Mel gadis misteri yang secara tiba tiba muncul dalam hidup Eify. Kali pertama Eify berjumpa dengan Mel Kali pertama jugalah Eify menyelamatkan Mel.
Kini Mel tinggal bersama Eify Dan kawan-kawannya. Mereka digelar Gang Gunners. Keberadaan Mel dalam...
Mel membuka pintu. Aku terpaku melihat isteriku didepan mata. Cantik. Mel memakai dress berwarna putih. Rambut Mel dibiar lepas dan ada bunga kecil ditelinga kanannya. Baju kami disediakan oleh Dania dan Cici. Aku hanya turuti sebab ini kemahuan Mel.
"Eify! Okay tak?" Aku bertanya lagi. Eify masih merenung aku.
"Ah, okay je. Cepatlah."- kata Eify dan terus menuju ke pintu.
Aku terpinga-pinga melihat Eify yang seperti tidak selesa. Nampak buruk ke? Eify yang sudah berada didepan pintu menoleh semula ke belakang.
"Mel, jom. Semua dah tunggu."- kata Eify.
"Cantik ke? Awak macam tak suka je" - Mel
Eify tersenyum lalu kembali semula kepadaku.
"Aku nervous sebab tengok sayang cantik sangat" kata Eify sambil mengusap lembut pipiku. Eify yang merenungku dari tadi cuba mendekatkan wajahnya. Aku tahu niat Eify, dengan pantas aku meletakkan tanganku didada Eify.
"Tak boleh Abang Eify, ada lipstick" - kataku dan tergelak bila melihat wajah Eify berubah. Tapi Eify tersengeh lalu berkata,
Semua Gang Gunners berpakaian smart. Mereka membantu Dania menghias kawasan Gunners menjadi cantik dari semalam lagi. Eify menjemput Mama tapi Rina tidak kelihatan. Aku tidak pasti samada Rina sudah tahu status aku dengan Eify atau tidak. Adakah Eify masih merahsiakan status perkahwinan kami. Kalau betul, kenapa Eify?
Semua orang tengah makan dimeja makan. Tiba-tiba Dania berdiri lalu memanggil aku dengan Eify. Dania membawa kamera.
"Jom photoshoot!" - Dania
"Dannnnn, thank you!"kataku teruja.
"Babe, I still remember your dream okay."Dania
Dania masih ingat impianku semasa sekolah lagi. Kami selalu berangan akan berkahwin dengan orang yang kami suka. Bila kahwin nanti aku nak ada photoshoot dan aku nak ada bilik khas hanya untuk gambar-gambar weddingku.
Dania menangkap beberapa gambar aku dan Eify di luar kawasan Gunners. Kami hanya berjalan kaki kerana tempat itu tidak jauh dari kawasan Gunners. Walaupun Eify banyak kali mengeluh tapi Eify tetap memberi kerjasama. Setelah beberapa minit, Dania meminta diri untuk pergi ke bilik air.
"Daddy!" Seorang budak berlari menuju ke arah Eify.
Aku dan Eify berpandangan lalu melihat budak itu. Eify terus berlutut sebelah kaki agar penglihatan sama tinggi dengan budak itu.
"Adik salah orang ni. Adik dari mana?" - kata Eify lembut. Aku boleh lihat yang Eify pandai berkomunikasi dengan kanak-kanak. Mungkin sebab dia membesar di rumah anak yatim.
"Ini Daddylah!" Kata budak itu.
Eify memandang aku. Aku terus merendahkan badan disebelah Eify.
"Ini bukan Daddy adiklah" kataku sambil senyum.
"Ish!" Kata budak itu lalu mengeluarkan sesuatu dari kocek seluarnya. Dia mengeluarkan sekeping gambar lalu menunjukkan kepadaku.
"Ini Mummy dengan Daddy!" Kata budak itu.
Bila melihat orang yang berada dalam gambar itu jantungku berdegup laju. Gambar Eify dengan seorang perempuan. Kedudukan mereka sangat rapat dalam gambar itu seperti sepasang kekasih atau suami isteri.
Belum sempat aku dan Eify bersuara, tiba-tiba seorang perempuan bersuara.
"Eify"
Aku dan Eify mendongak ke atas melihat wajah perempuan itu. Lepas sahaja melihat siapa perempuan itu, Eify terus berdiri.
"Maya" - Eify. Perempuan itu terus memeluknya.
*gambar Eify & Maya*
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
#####################################
Siapa Maya? 😢😢 Rina pun belum settle sekarang ada Maya pula 🤭 Please vote for more 🥰🥰❤️❤️❤️