24

42 3 0
                                    

Mel POV

Hari sudah pun gelap. Aku yang berada dalam bilik Que tidak mendengar suara di luar. Ke mana mereka semua pergi? Aku membuka pintu ingin menjenguk.

Aku melihat seseorang tengah baring di atas sofa yang berada dalam bengkel. Aku melihat sekeliling lagi, tiada kelibat sesiapa kecuali orang yang tengah baring itu. Mungkin itu Fin.

Aku menuju ke bengkel dan melihat lelaki itu ialah Eify! Eify kelihatan sangat letih, sampai kehadiranku pun dia tidak sedar. Ini baru pertama kali aku melihat Eify tidur lepas kami melarikan diri haritu.

Aku mengambil selimut kecil yang berada di tepi sofa lalu menyelimutkan Eify

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku mengambil selimut kecil yang berada di tepi sofa lalu menyelimutkan Eify.

"Mell!"

Kedengaran seseorang menjerit dari belakang. Dengan pantas Aku menoleh ke belakang dan memberi isyarat senyap.

"Shhhhh"- Mel

"Ohh okayyy" kata Cici berbisik.

"Mel, jom pergi luar semua dah tunggu. Hehe"-Cici

Aku pelik.

"Semua?"-Mel

Aku mengekori Cici pergi ke meja makan. Ya, betul. Que, Fin, Zaim, Eddy, Bin, Khairul, Airul dan Cici berada di meja makan. Hanya Kla sahaja tidak kelihatan.

Mereka sudah menyediakan tempat duduk untukku.
Sebelah kanan ku Que, sebelah kiri ku Fin. Yang lain duduk dihadapan bertentangan denganku. Bin, Zaim dan Airul duduk manakala Khairul, Eddy dan Cici berdiri di belakang mereka.

Aku memandang mereka satu persatu-satu. Ada yang tersengih, tersenyum, nak tergelak.

"Mel, ceritalah"- Cici masih berbisik

"Cerita apa?"- tak tahu kenapa aku juga bercakap dalam keadaan berbisik.

"Apa jadi tiga hari lepas Mel?"- Khairul

"Tiga hari lepas?"kataku pelik.

"Mel dengan Eify, pergi mana? Buat apa? Hehehe" - Fin mendekatkan wajahnya ke arahku sambil tersenyum nakal.

Que menolak muka Fin.
Aku hanya tergelak.

"Tanyalah Eify. Tanya kita buat apa"- Mel

"Nak tanya Eify, lambattt lagi Mel"- Eddy

"Dia tengah tidur, ini lah masanya kita nak story story Mel"-Zaim

"Kenapa korang semua berminat sangat nak tahu ni?"- Mel

"Kalau Mel nak tau, Eify tu tak pernah tau berdua dengan perempuan lain, selain .."-Cici

Belum sempat Cici menghabiskan ayatnya, aku terus menyambung

"Rina?"-Mel

Mereka mengangguk.

"Eify bawa Mel pergi bengkel lama Gunners" -Mel

Mereka saling berpandangan kecuali Que yang dari tadi fokus melihat wajahku.

"Seriouslah Mel?"- Khairul

"Betullah. Takkan Mel nak tipu pula"-Mel

"Okayyyy.. korang stay dekat bengkel berdua?"-Cici

Mereka yang lain berpandangan sambil tersengih.

"Bukan berdua"-Mel

Masing-masing fokus ke arahku lagi.

"Ada Mama dengan Rina."- Aku menyambung ceritaku.

"Haaiiiii"

"Kannnn"

"Aku dah agak dah! Eify takkan berdua dengan Mel"

Masing-masing menunjukkan reaksi kecewa.
Aku melihat ke arah Que. Que hanya tersenyum melihatku.

Tiba-tiba terlintas difikiranku untuk menjadikan cerita tu lebih menarik!

"Tapiiii.."-Mel

Mereka sekali lagi menoleh ke arah ku dan menanti aku menghabiskan ayat.

"Tapiiii?"-Cici

"Tapi apa Mel?"- Zaim

"Kejap! Nanti!" Tiba-tiba Fin bersuara sambil kedua tangannya di angkat ke atas.

Kami semua memandang Fin.

"Kau kenapa Fin?" - Bin

"Kejap! Bagi aku tarik nafas dulu" kata Fin lalu menarik nafas panjang dan menghembus semula.

Mereka yang lain mengeluh, manakala Que mengetuk dahi Fin.
Aku tergelak lagi.

"Cepatlah Mel, tapi apa?"- Airul

"Korang ni memang berminat sangat eh nak tahu pasal Eify. Haha"- Mel

Mereka mengangguk laju. Aku menggeleng kepala sambil menahan gelak.

"Eify ada ajak.. ermmm ajak,"-Mel

"Ajak apa?"Fin sekali lagi mendekatkan wajahnya ke arahku.

"Ajak Mel..ermm" patutkah aku bagitau. Kalau Eify marah macam mana?

Tiba-tiba..

"Ehem!"

Kami semua menoleh ke arah suara itu datang. Masing-masing terkejut.

Eify!

Eify berdiri tidak jauh dari tempat kami berkumpul. Sejak bila dia berada disitu aku tidak pasti. Kami langsung tidak perasan Eify.

"Ajak apa Mel?" Kata Eify.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
MY SILENT PROTECTORWhere stories live. Discover now