31

63 7 2
                                        

Mel POV

*Dapur Gunners*

Disebabkan Eify tadi, macam-macam soalan keluar dari mulut Fin dan Cici. Nasib baik mereka hanya menganggap Eify bergurau. Aku melihat mereka sangat tenang walaupun baru sahaja membahayakan diri sebab nak menyelamatkan aku dari kahwin dengan Marta. Mereka seperti tidak risau apa akan terjadi selepas ini.

Aku membersihkan dapur walaupun masih memakai baju pengantinku. Jam sudah menunjukkan pukul 4 petang. Mereka yang lain sedang berehat, ada yang berada dalam bengkel dan ada yang masuk ke bilik masing-masing.

Eify sedang berbual dengan Que dari tadi. Aku hanya memerhati dari jauh, sekejap mereka tergelak lepastu bertukar serius. Tak pasti apa yang mereka bualkan.

Tiba-tiba Eify muncul sambil membawa botol air.
Rindunya dekat suami sendiri. Aku tersenyum sendiri.
Terlintas difikiranku nak usik Eify.

"Abang!"-kata ku berbisik.

Eify berpaling ke arahku.

"Aku bukan Abang kau Mel."-Eify

'Nak manja sikit pun tak boleh' bisik hatiku.

Aku mendekati Eify yang sedang mengisi air dalam botol.

"Dulu Mel panggil Abang, okay je."- Mel

"Siapa kata okay?"-Eify

"Orang lain ada je panggil suami dorang abang."-Mel

"Itu orang lain."-Eify

'Sombongnya! Masih sama macam dulu'

"Habistu, takkan nak panggil 'aku' 'kau'. Tak romantik langsung!" Kataku sambil berlalu pergi.

Aku melewati bengkel dan menuju ke bilik.

"Sayang!"

Badanku terpaku. Aku berpaling ke belakang melihat Eify yang sudah tersengeh melihat aku.
Lalu, aku melihat sekeliling takut kalau-kalau yang lain dengar suara Eify tadi.

'Hish, dia ni kan!' Bisik hatiku.

"Siapa sayang?" - Fin keluar dari bengkel.

Fin melihat ke arah Eify lalu berpaling ke arahku.
Nak bagi alasan apa pula kali ni.

"Ohh Rina." - Fin

"Rina?"- Mel

Aku berpaling ke belakang dan melihat Rina yang sudah tersipu malu.

Oh! Sayang?
Aku melihat Eify semula dan memberikan jelingan paling tajam. Kalau terkena dekat tangan boleh terhiris luka! Dengan isteri sendiri tak nak panggilan manja. Tak habis-habis Rina. Aku menuju ke bilik Que tapi aku sempat berpaling ke arah Eify.

Wajah Eify berubah.

Aku terus masuk ke bilik Que dan mengunci pintu.

"Mel?" - Que

Aku melihat Que sedang baring diatas katil dengan muka terkejut. Que hanya memakai jeans hitamnya dan tidak memakai baju.

"Que!" Kataku dan terus berpaling membelakangi Que.

#####################################

Thanks for support!!!
Please vote for next !!!! 😍😍❤️‍🔥❤️‍🔥

MY SILENT PROTECTORTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang