Mel gadis misteri yang secara tiba tiba muncul dalam hidup Eify. Kali pertama Eify berjumpa dengan Mel Kali pertama jugalah Eify menyelamatkan Mel.
Kini Mel tinggal bersama Eify Dan kawan-kawannya. Mereka digelar Gang Gunners. Keberadaan Mel dalam...
"Eify! Saya tanya ni! Awak kenal Abang Bad? Awak ada jumpa dia ke?"-Mel
Mel mendekatiku.
"Eify!"
Aku memandang Mel yang sudah duduk disebelahku.
Aku hanya mengangguk.
"Abang Bad suruh awak selamatkan saya kan?"-Mel
"Lepas ni awak nak hantar saya pergi dekat Abang Bad kan?"-kata Mel lagi.
Aku hanya merenung Mel.
"Kau nak kahwin dengan Marta?" -Eify
"Awak jangan cakap yang awak nak hantar saya dekat Marta!"-kata Mel lalu menutup mulutnya.
"Aku tanya kau nak kahwin dengan Marta ke tak Mel?-Eify
"Mestilah tak nak! Kalau nak, saya tak lari"-Mel
Mel sudah tidak memandangku. Aku tahu mesti dia masih tertanya-tanya pasal Bad. Aku juga masih tak habis fikir dengan keputusan Bad.
---------------------------------------------------------------- Hari Eify dan Fin bertemu Bad.
Aku dan Fin menuju ke tempat Bad. Semenjak Bad pergi dulu, aku sudah tidak berhubung dengannya lagi. Aku dan Bad bersahabat baik sebelum munculnya Gunners. Tapi satu hari Bad mengkhianatiku hanya disebabkan duit dan ingin hidup mewah. Que pula adalah kawan baikku dari kecil, tapi semasa Que melanjutkan pelajaran ke luar negara, aku hanya berdua dengan Bad.
Masa tu aku berumur 16 tahun dan Bad berumur 20 tahun. Kami menghabiskan masa lepak bersama. Sampailah satu hari Bad memberitahuku yang dia join kongsi gelap sebab nak duit.
Aku dan Fin sampai di Warung kepunyaan Bad. Warung ni menjadi tempat budak-budak kongsi gelap lepak.
Bad sedang main daun terup dengan beberapa orang lelaki di meja makan. Fin tidak berhenti ditempat sepatutnya. Fin memecut motornya dan berhenti di depan Bad.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Semua yang tengah duduk bermain terus berdiri kecuali Bad! Penampilannya masih tak berubah. Dengan tenang Bad berpaling ke arahku dan Fin. Dia seperti sudah tahu kedatangan kami. Aku turun dari motor manakala Fin tidak berganjak.
"Hey Eify!"Bad
"Kau tahu kenapa aku datang!"-Eify
"Lama tak jumpa sahabat"-Bad
Fin tergelak sambil menggeleng kepala. Mereka sudah tahu sejarahku dengan Bad.
"Aku tak nak buang masa!"-Eify
"Betullah kata budak-budak ni, Eify yang dulu bukan Eify yang sekarang"-Bad hanya senyum.
"Maksud kau Eify yang kau khianat dulu?" Kata Fin sambil tersengeh.
Bad tergelak.
"Terpulang kepada Eify nak menilai"-Bad senyum
"Mel! Siapa dia? Aku tahu kau yang hantar dia"-Eify
Fin melihatku pelik. Muka Bad berubah menjadi serius dan dia terus mendekatiku.
"Kau lupa adik aku Eify?" - Bad
Adik? Aku baru teringat Bad ada adik perempuan. Kenapa aku boleh lupa semua ni.
"Aku nak dia datang dekat kau, tapi aku tak hantar dia Eify!"-Bad
"Kejap! Mel tu adik Bad?"-Fin
"Memang aku ada bagitahu Mel, kalau dia rasa tak selamat dengan Marta, lari."-Bad
"Lari dan masuk Lorong V?"-Eify
"Aku yakin dia selamat dekat situ Eify."-Bad
"Kau yakin? Kau tahu tak yang dia hampir tertangkap masa tu? Kau tahu yang Marta takkan lepaskan orang yang pernah larikan diri!"-Eify
Bila tahu Mel adik kepada Bad, aku menjadi marah dengan sikap Bad yang tidak mengambil berat sebagai seorang abang.
"Tapi Mel selamat sekarang Eify! Aku yakin sebab tu tempat kau!"-Bad
"Apa rancangan kau sebenarnya?"-kataku serius.
"Aku nak cakap berdua dengan kau Eify, boleh?"-Bad.
Aku memandang Fin. Fin hanya mengangguk.
Bad POV
Eify sudah banyak berubah sekarang. Dulu Eify seorang yang periang sekarang hanya kebencian yang ada dimatanya. Mungkin dendam.
Aku dan Eify pergi ke tempat lain yang jauh dari Fin dan Warung.
"Aku berhutang dengan Marta Eify. Aku gunakan semua duit tu untuk sambung pelajaran Mel. Bila Mel dah habis study, aku ingatkan dia akan dapat hidup mewah dengan berkeja di tempat Marta. Kau benci aku Eify, tapi kau tahu macam mana aku sayang adik aku. Apa yang aku ada sekarang semua untuk dia nanti. Dan semua ni bukanlah hasil dari kongsi gelap yang aku join sebelum ni. Aku dah cuci tangan. Sebabtu Marta cari aku. Aku serahkan Mel dekat Marta sebab aku tak nak Marta kacau Mel."-Bad
Aku menarik nafas panjang dan mengeluh. Tanpa memandang Bad aku berkata,
"Tindakan bodoh!"
"Aku tahu. Tapi aku tiada pilihan lain Eify. Aku beritahu Mel kalau dia rasa bahaya, lari pergi lorong V. Aku tahu dia akan jumpa kau disana, dan.. aku yakin kau boleh jaga dia Eify. Kau kenal Mel dari umur dia 12 tahun lagi"- sambung Bad lagi.
"Aku tak boleh jaga Mel selama-lamanya. Kau abang dia, itu tanggungjawab seorang abang."-Eify
"Kau percaya aku boleh jaga Mel?"-Bad
Bad tanya aku. Sepatutnya aku yang tanya dia soalan ni.
"Aku lagi percaya kau dari diri aku sendiri Eify."-Bad
"Aku tak boleh buat. Ambil balik tanggungjawab kau. Pasal Marta aku handle."-kataku dan ingin berlalu pergi.
"Marta nak jadikan Mel isteri dia!"-Bad
Langkahku terhenti. Tanpa berfikir panjang aku mendekati Bad dan mencengkam leher bajunya.
"Kau buat apa Bad! Kau janji apa dengan Marta?!"
"Aku..aku nak langsaikan hutang. Marta setuju tapi dia nak Mel jadi isteri dia"-Bad
Seorang lelaki berlari ke arah kami dan menjerit. "Bad! Marta dah jumpa tempat adik kau bersembunyi!" - kata lelaki itu.
Aku dan Bad terkejut!
"Eify! Tolong selamatkan Mel!"-Bad
Aku melepaskan Bad dan berlari ke arah Fin. Sebelum gerak, aku sempat menghubungi Que.