25

31 7 0
                                    

Mel POV

Kami semua terdiam melihat Eify yang merenung serius ke arahku.

"Aku sakit perut. Nanti kita sambung."-Cici

"Eddy, tadi kau kata nak sedia untuk makan malam? Aku ikut"- Fin

"Betul-betul. Gerak dulu."-Eddy

"Weyy korang lupa ke kita ada latihan untuk pertandingan nanti?"- kata Zaim kepada 'band boys'.

Khairul, Airul, Bin mengangguk laju. Mereka pun berlalu pergi.

Hanya aku dan Que yang masih berada di meja makan.

"Sorry Mel" kata Que sambil mencuit hidungku.

Belum sempat Que berdiri aku sempat menarik tangan Que.

"Jangan pergi, please Que"- kataku perlahan cuba memujuk Que.

Que melihat tanganku yang sedang menggenggam tangannya. Lalu dia mengangkat muka memandangku semula. Posisi Que sedang membelakangi Eify yang masih berdiri sambil berpeluk tubuh. Masih merenung ke arahku.

Aku perasan yang Eify juga melihat aku menggenggam tangan Que.

"Que"- Eify

Que senyum memandangku. Dia seperti faham apa yang dimaksudkan Eify walaupun hanya dengan menyebut namanya.

"Be safe!" Kata Que lalu mengenyit matanya.

Que pun berlalu pergi. Que sempat menepuk bahu Eify semasa mereka berselisih. Aku terus berdiri ingin cepat-cepat pergi.

"Duduk!"-Eify

Langkahku terhenti. Aku masih tidak faham kenapa setiap kali Eify memberi arahan, aku seperti bertukar menjadi robot yang hanya mengikut perintah. Bukan hanya aku tapi geng Gunners pun sama.
Ini salah satu kelebihan Eify, setiap arahan yang keluar dari mulutnya pasti akan dituruti tanpa sebarang bantahan.

Aku duduk semula. Eify mendekatiku dan duduk ditempat Que duduk tadi.

"Apa plan kau?"-Eify

"Plan?"-Mel

Eify hanya senyap.

"Okayyy sorry, saya tengok mereka semua macam seronok je dengar cerita, tapi saya tak sempat bagitahu pun yang awak ada ajak ...erm, saya kahwin"-Mel

Aku memejam mata menunggu reaksi Eify.

"Aku bukan tanya pasal tu."-Eify

"Huh? Habis tu pasal apa? Tanyaku pelik

"Apa plan kau bila nak pergi dari sini."-Eify

"Oh!" Aku teringat semula keputusan yang aku buat semasa berada di bengkel lama.

Aku menggeleng.

"Jangan pergi."- kata Eify perlahan

Aku memandang Eify yang sudah beralih ke arah lain.

"Saya tak boleh selamanya tinggal dekat sini Eify"-Mel

Eify diam. Lama.

----------------------------------------------------------------

*Beberapa tahun lepas semasa Mel berumur 14 tahun dan masih bersekolah*

"Mellllllllll" - Dania

Dania berlari ke arahku tergesa-gesa.

"Ada apa Dan?"-Mel

"You ingat tak that guy yang buli kita semalam?"-Dania

"Kenapa? Tak nak tahu lah!"-Mel

MY SILENT PROTECTORWhere stories live. Discover now