Kawasan Gunners
Mel POV
Aku dan Eify tiba di kawasan rumah Gunners. Sesudah turun dari kereta, Eify mendekatiku dan menggenggam tanganku sambil tersenyum.
Aku melihat yang lain tengah berdiri berdekatan dengan meja makan. Ada dua orang perempuan juga berada bersama mereka, Rina dan Maya.
Khairul perasan kehadiranku dan Eify.
"Eify." Kata Khairul.
Rina yang tadi membelakangi kami terus berpaling dan berlari menuju ke arah Eify. Muka Rina seperti sedang menangis. Sampai sahaja Rina didepan kami, Rina terus memeluk Eify. Eify terpaku seketika dan kami saling berpandangan. Tanganku tadi yang digenggam Eify cuba aku lepaskan tapi dihalang oleh Eify.
"Rin.." kata Eify
"Eify, Mama kena tikam.." - Rina
Wajah Eify berubah dan tanganku dilepas.
"Rina cakap apa ni?" Kata Eify sambil menolak Rina melepaskan pelukannya.
"Mama kena tikam Eify. Mama sekarang dekat hospital. Rina cuba call Eify tapi Eify tak jawab."
"Kita pergi hospital sekarang."- Kata Eify
"Ni semua sebab awak Mel! Bila awak muncul semua jadi huru hara. Awak tau tak siapa yang tikam Mama? Orang Marta!" - Rina menjerit ke arahku sambil melemparkan kertas yang sudah renyuk kehadapan mukaku.
Belum sempat aku mengambil surat itu, Eify mencapai dan membukanya.
'Ini bayaran untuk barang Marta yang kau ambil. Setiap barang yang diambil, mesti dibayar dengan nyawa!'
Muka Eify berubah seperti menahan marah.
"Rin, masuk kereta, kita pergi hospital sekarang." - Kata Eify dan terus menuju ke arah mereka yang lain.
Rina hanya mengangguk dan sempat menjeling kearahku. Aku melihat Eify seperti mengarah sesuatu kepada Gang Gunners yang ada masa itu.
Kla, Fin dan Que belum kelihatan. Aku masih terpaku dan tidak dapat berkata apa-apa saat ni.
Sebelum masuk ke dalam kereta, Eify melihat kearahku. Aku berharap Eify akan membawaku sekali tapi Eify terus masuk kedalam kereta dan berlalu pergi dengan Rina.
Khairul dan Bin menaiki motor pergi bersama Eify.
Seperti biasa yang lain masuk ke dalam bilik mengambil senjata masing-masing dan berjaga di hadapan pagar Gunners.
"Mel, jangan risau okay. Mama selamat, kitorang sempat bawa pergi hospital. Eddy tengah tunggu kat sana dengan parents dia"- Cici sempat menyapa aku dan menjelaskan keadaan Mama sebelum pergi menuju ke luar pagar.
Aku ke yang salah? Sebab aku, Mama jadi macam ni. Mesti Eify marah dengan aku sekarang ni. Aku punca semua ni jadi. Kalaulah aku tak muncul dalam hidup Eify, semua ni takkan jadi. Air mataku mula mengalir. Tiba-tiba telefon berbunyi menandakan mesej masuk.
'Eify!'
Dengan pantas aku membuka mesej dan membacanya.
Mesej: 'Sayang jangan pergi mana-mana. Tunggu aku balik'
----------------------------------------------------------------
"Mel." Seseorang memanggilku.
Maya.
"Maya nak cakap sikit dengan Mel boleh?"
Aku hanya mengangguk.
Kami duduk ditempat makan berdua.
"Maya nak cakap apa?"
"Eify yang minta Maya jangan gugurkan kandungan masa dulu. Sebab, anak ni tak bersalah."-Maya
"Saya tahu semua tu Maya."- Mel
"Mel tak nak ke tengok Eify bahagia dengan keluarga dia sendiri?" - Maya
"Saya isteri Eify. Saya tahu Eify bahagia"- Mel
"Mel seorang je yang akan bahagia dengan pilihan ni. Mel pun tahu kan." - Maya
Aku cuba memahami apa yang disampaikan Maya.
Belum sempat aku bersuara, Maya meneruskan ayatnya.
"Macam mana dengan keluarga Eify? Kawan Eify, Mama dan anak kami. Semua akan dalam bahaya sebab Mel."-Maya
"Awak sebenarnya nak apa dari saya?"-Mel
"Tinggalkan Eify. Bagi Eify peluang untuk bahagia macam dulu sebelum Mel muncul dalam Gunners."-Maya dengan wajah serius.
"Sebelum saya muncul atau sebelum awak pergi tinggalkan Eify?"- aku cuba menguji Maya.
"Tiada siapa yang dalam bahaya selepas Maya pergi Mel. Semua ni jadi lepas Mel muncul." - Maya
Jauh disudut hatiku, aku setuju dengan kenyataan yang Maya katakan tadi. Aku tersenyap seketika.
"Kalau Mel sayang Eify, let him go."- sambung Maya lagi.
"Why not awak yang bagitahu Eify untuk tinggalkan saya dan pilih awak."- Mel
Suara motor tiba kedengaran.
"Melllll." - Fin
Que, Kla dan Fin menuju ke arahku dan Maya.
"Mel okay?" Seperti biasa, Que akan bertanya keadaanku dalam setiap situasi dan keadaan aku alami. Berbeza dengan Eify.
Aku hanya mengangguk. Aku perasan Maya seperti tidak senang melihat layanan mereka terhadapku.
"Que, Mel nak pergi tengok Mama" - Mel
Mereka saling berpandangan. Tiba-tiba Kla bersuara.
"Kami hantar." - Kla
Que yang tadi senyap, mengangguk perlahan tanda setuju.
"Que, Eify dah pesan." Kata Fin tidak setuju dengan Que dan Kla.
"Takpe, aku bertanggungjawab." Kata Kla.
"Eify akan okay, selagi kita ada dengan Mel." Kata Que.
"Okay okay. So? Sekarang?"- Fin
Aku mengangguk. Kla, Que dan Fin pun menuju ke arah kereta yang ada dalam bengkel.
Belum sempat aku berdiri, Maya cuba menahanku.
"Kalau Mel sayang Eify, Mel tahu apa Mel patut buat." - Maya
----------------------------------------------------------------
Thank you for supporting me !!!
Part 45 will be the last chapter for this story! 🥹
Rasa happy ending ke tak ? 🥹
Vote banyak banyak kalau nak happy ending ! ❤️✨
ANDA SEDANG MEMBACA
MY SILENT PROTECTOR
RomansaMel gadis misteri yang secara tiba tiba muncul dalam hidup Eify. Kali pertama Eify berjumpa dengan Mel Kali pertama jugalah Eify menyelamatkan Mel. Kini Mel tinggal bersama Eify Dan kawan-kawannya. Mereka digelar Gang Gunners. Keberadaan Mel dalam...
