15

57 3 0
                                        

Mel POV

"Gunners, standby!"- Que

Mendengar suara Que yang serius, masing-masing beredar. Mereka masuk ke dalam bilik masing-masing lalu keluar semula membawa 'barang' setiap seorang.

Aku yang duduk di kerusi tempat makan terpinga-pinga.

Ada yang membawa kayu baseball. Kayu besi pun ada. Lalu aku melihat ke arah Que yang membawa samurai.

"Wowowo... kejap! Kenapa ni?"-Mel

Aku tadi duduk terus berdiri.

"Mel masuk bilik, kunci pintu. Walau apa pun jadi jangan keluar."-Que

Kata Que sambil menolak aku masuk ke dalam biliknya. Belum sempat aku berkata apa-apa, aku sudah berada dalam bilik dan Que menutup pintu dari luar.

Tidak lama kemudian, aku dapat dengar bunyi motor di luar.
----------------------------------------------------------------
Que POV

Bunyi motor semakin mendekat. Tidak lama kemudian, kelihatan beberapa motor muncul.

Ramai!

"Gila! Siapa mereka ni?"-Khairul

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

"Gila! Siapa mereka ni?"-Khairul

"Marta"-Que.

Aku masih bertenang.

Bagiku, tiada masalah yang tak boleh diselesaikan. Jika perlu ada menang dan kalah, aku akan berjuang untuk menang.

"Sebelum jadi apa-apa, aku nak bagitau yang aku sayang kau orang semua tau."-Cici

"Eh kau Ci. Ingat kata-kata Eify, jangan mengalah sebelum berjuang, jangan berhenti sebelum menang"- Bin

"Masalahnya sekarang Eify dan Fin tak ada, kau rasa kita dapat ke nak lawan semua ni."-Cici

"Aku dah standby ni"- Zaim.

Sambil melibas ke kiri kanan kayu baseball yang dipegangnya.

"Pisau memasak aku ni pun dah lama tak rasa daging manusia"-Eddy

"Que, kau yakin ke ni? Eify ada cakap apa-apa tak?"-Airul

Aku hanya memandang Airul tenang. Lalu berpaling semula ke arah motor-motor dihadapan. Aku membiarkan soalan Airul tanpa memberi jawapan.

"Kau rasa kalau Que dah bagi arahan, Dari siapa lagi Rul, mesti lah Dari Eify. Kau ni karang .."-Zaim

"Eh, apa pasal mereka berhenti jauh sana?"-Bin

MY SILENT PROTECTORTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang