Fin POV
20 minit sebelum Fin sampai"Stop dekat lorong V"-Eify
Aku hanya mengangguk.
Sampai di lorong V, aku berhenti. Eify turun dari motorku."Kejap lagi Marta sampai. Aku pasti dia mesti bawa budak-budak dia. Yang lain perlu kau Fin"-Eify
Aku hanya tersengeh. Sahabat aku yang lain bukan penakut tapi mereka perlu orang berani macam aku ni. Aku nak langgar, aku langgar terus. Tapi kesan dia nanti aku tak fikir, Eify yang tolong selesaikan. Sebab tu aku dengan Eify kena bergabung. Tapi berbeza dengan keadaan sekarang ni, Eify nak kami berpecah.
"Jangan risau lah, kau patut risau diri kau tu."-Fin. Aku tergelak bila memikirkan sesuatu.
"Aku risau diri sendiri?"-Eify
"Risau sebab kau kena jaga Mel nanti. Jangan jatuh hati sudah. Hahaha"-Fin
Belum sempat Eify mengetuk kepalaku, aku terus memecut motorku.
Aku lalu jalan lain tapi boleh tembus di kawasan perumahan Gunners.Dari jauh aku melihat seorang lelaki berjalan kaki tengah menuju ke arah sahabatku. Masing-masing sudah ada 'barang' sendiri untuk pertahankan diri.
Nak fikir apa lagi, langgar terus! Tapi aku bukan nak langgar pun, kang mati bapa orang ni. Aku dah agak masa dan langkah orang tu, sebelum selangkah kakinya menjejak tanah, aku sampai dan berhenti betul-betul dihadapannya.
"Wooo CRAZY MAN! Oopss, sorry orang tua, tak perasan. Orang tua kalau nak jalan pandang kanan kirilah. Eh kanan kiri ke kiri kanan?"- Fin
Orang tua tu Marta!
Budak-budak Marta yang melihat kejadian itu terus turun dari motor dan berlari ke arah kami. Marta memberhentikan mereka dengan hanya mengangkat tangan kanannya. Fuh, hebat!
Sahabat ku yang lain mendekatiku.
"Fin! Tepat pada masanya Fin!"- Cici
Cici yang tadi berlari ke arahku terus memelukku erat.
"Kau dah kenapa Ci? Haha"- Fin
"Weyy Fin, kau boleh gelak-gelak lagi, musuh depan mata ni."- bisik Khairul.
"Nak berperang pun kena happy apa."-kataku dan turun dari motor. Marta tadi yang berada ditepi kanan motorku sudah beralih.
Que berdiri di depan Marta. Mereka saling merenung satu sama lain.
"Aku tak nak lama anak muda. Aku cuma nak ambil barang aku. Itu saja." - Marta sambil tersenyum.
Kami semua mendekati Que dan berdiri di belakangnya. Kalau nak berunding cara tenang atau berbincang cara baik, Que lah orangnya. My goodboy!
"Salah tempat Uncle"-Que.
"Aku minta baik-baik ni."-Marta.
"Kalau Uncle tak percaya, boleh masuk cari barang Uncle"-Que
"Que!" Airul, Cici dan Eddy serentak.
Que tahu ke plan Eify. Aku pun tak pasti plan Eify apa sebenarnya. Tapi kalau Mel ada dekat dalam, siap lah.
"Baik"-Marta
"Tapi, dua orang je boleh masuk. Uncle pilih lah"-kata Que sambil senyum.
Marta hanya tenang lalu berpaling melihat budak-budaknya. Mereka hanya mengangguk. Tak tahu apa arahan yang Marta bagi.
"Baiklah. Sekali lagi aku ingatkan anak muda, aku minta cara baik"-Marta
Que hanya mengangguk.
"Sila"-Que
YOU ARE READING
MY SILENT PROTECTOR
RomanceMel gadis misteri yang secara tiba tiba muncul dalam hidup Eify. Kali pertama Eify berjumpa dengan Mel Kali pertama jugalah Eify menyelamatkan Mel. Kini Mel tinggal bersama Eify Dan kawan-kawannya. Mereka digelar Gang Gunners. Keberadaan Mel dalam...