Mel gadis misteri yang secara tiba tiba muncul dalam hidup Eify. Kali pertama Eify berjumpa dengan Mel Kali pertama jugalah Eify menyelamatkan Mel.
Kini Mel tinggal bersama Eify Dan kawan-kawannya. Mereka digelar Gang Gunners. Keberadaan Mel dalam...
" Weh, Eify. Kau dari mana? Eif, lelaki tu nama Eif.
"Kau okay tak Eif?"
"Kitorang cari kau tau tak"
"Eh eh.. ada awek. Hehehe"
Ada 3 orang lelaki tengah duduk di atas kerusi. Kawasan yang luas di kelilingi pokok dan pagar dawai sekeliling kawasan tersebut. Tepi bahagian kanan terdapat satu blok panjang dan terdapat banyak pintu.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Ada hal sikit tadi. Ni kawan-kawan aku, tu Fin, Kla, Cici, ada Airul, Zaim, Eddy, Bin, Khairul tapi tak sampai lagi, haa tu Que." Dia menunjuk ke arah seorang lelaki yang baru keluar dari pintu bilik ketiga. Ada 10 pintu dalam sebaris. Rumah yang unik. Ini pertama kali aku melihat rumah yang cuma sebaris bilik sahaja.
"Hiii"-Mereka bertiga serentak menyapa aku.
"Eif, kenalkan lah bidadari turun dari langit ni. Hehehe" Kata Fin.
"Nama apa Eif?" Tanya Cici.
"Hah ? Entah!" Eif menjawab sambil mengangkat kedua bahu.
"Err..panggil Mel".
"Hi Mel, datang dari mana?" Que bertanya sambil menuju ke tempat Fin, Kla dan Cici dalam bengkel. Berbeza dengan Eif, Que seorang yang sopan dan lembut bila berkata.
Fin- Tinggi 180 dan kurus. Berkulit gelap dari yang lain. Pakai seluar pendek paras lutut dan berbaju Jersey MU.
Kla- Tinggi 175 dan berbadan 'fit' seperti selalu pergi gym. Seluar sukan panjang, baju body fit berwarna hitam.
Cici- lelaki berbadan kecil rendah dari aku, mungkin tinggi 158cm. Bertopi, seluar pendek dan berbaju tshirt nike.
Que- Tinggi 178 berbadan kurus. Kulit putih dari yang lain. Berbaju putih dan seluar jeans hitam. Lagi satu, rupa paras yang tampan.
"Dia baru keluar penjara" Kata Eif sambil tersengeh.
'Amboi, suka hati dia cakap aku keluar dari penjara' kataku dalam hati.
"Hah? Cantik-cantik macam ni baru keluar penjara. Tak percaya aku." Kata Fin.
"Jangan risau Mely, ni tempat selamat untuk Mely, Cici ada. Hehehe" kata Cici.
Aku hanya tersenyum melayan gelagat mereka bertiga. Eif langsung tak pandang aku dari mula sampai tadi. Dia duduk di kerusi sambil minum air.
"Suka hati kau je panggil Mely kan Ci," kata Fin.
"Haha,, Eh tak apa, boleh je. " aku tak boleh tahan gelak.
"Habis tu dia nak tidur mana Eif?" Kata Cici.
"Kau ni Ci, kan ada banyak bilik kat sini. Takpe, Mel stay bilik Fin, hehehe"kata Fin.
'Boleh tahan mulut Fin ni eh' kata ku dalam hati.
"Jangan risau Mel, ada 10 bilik kat sini. Pilih je nak stay bilik yang mana, hehe" kata Que
"Yang penting bukan bilik aku." Eif bersuara.
'Aku pun tak nak lah.'
"Bilik Que boleh." Que memandangku dengan senyuman.
'Que ! Handsomenyaaaaaaa..'
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
*Que illustration*
Eify POV ~~
"Que!" aku memanggil Que.
Que datang ke arahku dan kami bergerak ke tasik yang ada di belakang rumah.
"Cantik girlfriend Eif. Haha" kata Que
"Diamlah. Aku jumpa dia dekat lorong V. Aku tak tau macam mana dia boleh tau tempat tu."
"Menarik. Dia buat apa dekat situ?"-Que
"Ada 2 orang lelaki kejar dia tadi. Dia takut lepastu nak ikut aku pula. Esok aku hantar dia balik. Kau korek sikit pasal dia boleh. Kau tau aku tak reti sangat cakap dengan perempuan ni"
"Haha. Boleh bro" - Que berkata sambil menepuk bahuku.