Mel POV ~~
Kedengaran pintu dari luar diketuk.
"Mel, nak joint tak?" - Cici
Aku membuka pintu.
"Jom!" Jawabku.
Semua orang memandangku. Aku tak pakai baju ke?
"Wow Mel. Macam nak buat show kejap lagi" - Khairul
"Babyyyy...you are sooo beautiful!" Kata Fin mendekatiku.
Apa yang cantiknya, skirt pendek paras paha, jeans tight hitam dekat dalam, baju lengan panjang berwarna hitam dan jacket hitam Eify.Kasut boot warna hitam.
Eify memandangku dari jauh. Di tersenyum sedikit melihat aku memakai jacket hitamnya.
"Jom lah korang." Aku bersuara.
"Jommmmmmm" masing-masing menjawab.
Bila semua mula bergerak, aku masuk semula ke bilik kerana tertinggal sesuatu. Aku dengar dekat luar dah sunyi sepi.
Aku keluar dari bilik. Aku nampak Eify berdiri menyandar dekat tepi pagar. Aku terus mendekatinya.
"Mana yang lain?" Aku bertanya sambil kami meneruskan perjalan.
"Dah gerak." Eif menjawab.
"Cantik jaket." Kata Eif dari belakang.
Eif POV ~~
Aku melihat Mel keluar dari bilik memakai jaket hitamku. Aku rasa sesuatu dalam diriku. Aku tenang melihat dia memakai barangku.
Mel masuk semula ke dalam bilik seperti tertinggal sesuatu. Que dan Fin berhenti didepan pagar.
"Korang pergi dulu. Tunggu Mel kejap." Kata Fin kepada yang lain.
Aku menggerakkan kepala memberi isyarat kepada Que. Que faham apa yang aku maksudkan.
"Jom Fin. Kita gerak dulu." - Que
"Mel dekat dalam lagi lah. Gerak dulu." Fin
"Tak apa, Eif pun tertinggal barang tu. Nanti dorang berdua gerak lah sekali. Dah dah, jom!" -Que
Fin mendekatiku. Dia merenungku dengan wajah serius.
"Jaga Mel baik-baik tau. Kalau jadi apa-apa..."
"Dahhhhhh... jom! Gerak Eif!" Kata Que.
Aku tergelak kecik. Aku dah kenal sangat perangai Fin. Dia kalau dengan perempuan protective melampau. Aku menggelengkan kepala. Tiba-tiba Mel keluar dari pintu dan menuju ke arahku. Kami pun gerak sekali menuju ke cafe Eddy.
Mel jalan laju dari aku. Mungkin dia tak selesa berdua denganku.
"Cantik jaket." Aku saja memula perbualan.
Mel pusing ke belakang. Dia merenungku dengan wajah yang serius dan mengecilkan matanya. Dia membuka jaketku dan mencampak ke arahku. Dia meneruskan perjalanan. Aku menahan gelak. Tak tahu kenapa aku rasa tenang bila bersama Mel. Aku rasa bahagia bila Mel memberi respon kepadaku.
Dari belakang, aku melihat baju Mel yang fit. Menampakkan bentuk badannya yang langsing. Melihat badan Mel, aku percaya dia seorang yang aktif. Melihat Mel berpakaian begitu, aku jadi geram.'Dia ni memang tak ada baju yang sopan sikit ke' kataku dalam hati. Aku mempercepatkan langkahku dan menyarung jaketku tadi ke badan Mel.
"Pakai!" Kataku dengan tegas.
Aku mempercepatkan langkah dan membiarkan Mel dibelakang.
YOU ARE READING
MY SILENT PROTECTOR
Roman d'amourMel gadis misteri yang secara tiba tiba muncul dalam hidup Eify. Kali pertama Eify berjumpa dengan Mel Kali pertama jugalah Eify menyelamatkan Mel. Kini Mel tinggal bersama Eify Dan kawan-kawannya. Mereka digelar Gang Gunners. Keberadaan Mel dalam...