9

41 2 0
                                    

Mel POV~~

Sepanjang perjalanan balik ke rumah, Eif tidak melepaskan tanganku. Que, dan Fin jalan di hadapan kami. Zaim, Eddy, Bin dan Airul masih berada di cafe. Kla gerak balik rumah lagi awal dari kami. Dia seperti tidak puas hati dengan apa yang jadi.

Aku terus masuk ke bilik sesudah sampai di kawasan rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku terus masuk ke bilik sesudah sampai di kawasan rumah. Aku mendengar perbualan Eif, Que, Fin dan Kla dari dalam bilik.

"Korang cari masalah lah." Kata Kla dalam nada yang tidak puas hati.

"Rileks Kla, benda settle kan." Fin

"Settle ? Fin, jangan disebabkan perempuan tu, kau nak kita semua dalam bahaya. Kau tau Marta tu macam mana kan ? Kau ingat, dia senang-senang nak lepaskan barang dia?" -Kla

"Wooo bro. Tu bukan barang bro, tu manusia, ada hati ada perasaan. Kalau kau rasa kita akan bahaya, kau rasa Mel macam mana?" - Fin meninggikan suara.

"Itu bukan masalah aku! Asal usul dia pun kita tak tau. Entah-entah.. " belum sempat Kla menghabiskan ayat kedengaran suara Fin membalas.

"Entah-entah apa? Tak semua perempuan sama macam adik kau .." Fin.

"Kurang ajar!!" Suara Kla seperti marah.

Selepas itu aku mendengar kekecohan diluar. Kedengaran Fin dengan Kla bergaduh. Que dan Eif menenangkan mereka.

"Enough lah" Suara Eif cuba menenangkan. Aku tahu dari suara itu  Eif tengah marah.

"Kalau apa -apa jadi, aku tanggung! Faham?!" Sambung Eif lagi.

"Fin, dah! masuk bilik kau." Suara Que kedengaran.

"Sial!!!!" Fin menjerit dan kedengaran barang jatuh seperti kena sepak.

Eif POV ~~

"Kurang ajar!" Kata Kla menuju ke arah Fin dan menumbuk mukanya. Fin jatuh terbaring tapi berdiri semula. Fin mencengkam leher baju Kla dan ingin menumbuk muka Kla. Aku dan Que cepat-cepat meleraikan mereka. Aku menarik Kla, Que pula menarik Fin.

Ini bukan lah kali pertama Kla dan Fin bergaduh. Sifat Fin yang terlalu rileks manakala Kla seorang yang serius menyebabkan mereka sering bergaduh dan tak sependapat.

Fin masuk ke dalam biliknya. Manakala Kla menuju ke arah motor nya dan terus berlalu pergi entah kemana.

Mereka yang lain sampai di rumah.

"Rina okay?" Aku bertanya kepada Khairul dan Cici.

"Okay bos!" Kata Cici. Khairul hanya mengangguk tanda setuju.

Tiba-tiba pintu bilik Que terbuka. Mel keluar lalu dihadapanku. Dia langsung tidak memandangku ataupun menegur yang lain. Aku tau mesti dia dengar pertengkaran antara Fin dan Kla tadi.

"Kau nak pergi mana?" Aku bertanya.

"Minum." Dia jawab sepatah.

Aku membiarkannya pergi.

MY SILENT PROTECTORWhere stories live. Discover now