41

69 9 2
                                    

Eify POV

"Sorry Mel." Aku melutut di hadapan isteriku yang masih duduk di atas katil.

"Tolong dengar kalini je Mel, lepas dengar semua ni, terpulang kau nak buat keputusan apa, aku terima" Mel hanya diam. Sudah tentu sukar untuk aku terima kalau Mel buat keputusan untuk berpisah denganku.

Aku bangun dan duduk disebelah Mel.

"Maya adik tiri Kla. Dulu Gunners cuma ada aku, Que, Kla dan Fin sebelum yang lain join. Masa Kla join, Maya ikut sekali sebab parents diorang lari selepas berkahwin. Kami semua rapat macam adik beradik Mel. Satu malam tu, Maya bagitahu yang dia nak berjumpa dengan kawan lama tapi dekat Kelab Malam. Aku, Que dan Fin temankan Maya malam tu sebab Kla bekerja di gim.
Masa malam tu, kami cuma minur air coke tapi tak tahu kenapa semua macam tak sedar selepas air habis diminum, macam orang mabuk.
Aku rasa ada orang sabotaj kami dengan memasukkan sesuatu dalam minuman kami. Semasa pergi, Maya tumpang motor Que, tapi masa balik, aku nak Maya ikut aku sebab aku sudah berjanji dengan Kla untuk jaga Maya. Dalam separuh sedar kami membawa motor tapi selamat sampai di rumah.
Aku dan Maya sampai dulu di kawasan Gunners, aku membawa Maya masuk ke biliknya 05. Masatu..aku dan Maya.."

"Stop" kata Mel perlahan.

"Bangun pagi masa tu aku baru sedar yang aku berada dibilik Maya. Tapi tak ada sesiapa dalam tu termasuk Maya. Aku keluar dari bilik, Kla dan Maya sudah berada di meja makan. Maya memberitahu Kla yang aku sudah melakukan sesuatu terhadapnya. Aku menjelaskan semuanya kepada Kla. Aku tak sedar masatu Mel."

"Awak sayang Maya?" - Kata Mel perlahan

"Aku tak pernah ada perasaan dekat Maya walaupun sikit."
Memang betul yang aku tidak pernah menyukai apatah lagi menyimpan perasaan sayang terhadap Maya.

"Lepastu? Apa jadi?" Tanya Mel yang sudah dalam keadaan tenang.

"Kami merahsiakan perkara tu. Cuma aku, Maya dan Kla yang tahu. Sebulan lepastu, Maya bagitahu yang dia mengandung. Aku terkejut masa tu Mel, dan aku tak tahu apa yang perlu aku buat. Pada mulanya aku tak boleh terima tapi memikirkan perasaan seorang budak yang tak ada bapa, aku tak boleh biarkan perkara tu berlaku. Aku membuat keputusan akan bertanggungjawab. Maya juga bersetuju. Masa tu, kali terakhir aku jumpa kau Mel." Aku terus memandang wajah Mel.

"Jumpa?" Tanya Mel pelik.

"Hari terakhir aku jumpa kau dan bagi rantai tu." - Eify

"Oh.." -Mel

"Aku mengajak Maya untuk berkahwin secepat mungkin tapi Maya menolak. Dia kata bagi dia masa. Masatu, Fin cuma tahu yang kami kahwin sebab suka sama suka tapi tidak Que, sebab Que adalah orang yang paling rapat denganku dari kecil. Setiap tindakan yang aku buat, Que mesti tahu sebabnya tanpa aku jelaskan dan aku memberitahu Que perkara sebenar.
Sampailah satu hari tu, Fin membawa Maya balik dalam keadaan Maya tengah menangis. Fin memberitahu yang Maya ada lelaki lain, dan Fin dapat tahu Maya lah orang yang memasukkan pil dalam minuman kitorang masa dekat Kelab Malam. Masatu juga Fin dapat tahu yang Maya mengandung. Tapi Fin satu-satunya orang tidak percaya itu adalah anak aku Mel. Que dan Kla cuba menenangkan keadaan masa tu. Fin cuba yakinkan kami kalau Maya perangkap aku. Kla sempat melepaskan tamparan ke muka Maya sebelum Maya sempat bersuara.
Aku cuma memikir bayi dalam kandungan Maya masa tu Mel. Aku menyuruh mereka semua berhenti dan aku bagitahu yang aku akan bertanggungjawab tak kisah siapa pun bapa budak tu. Tapi keesokkan harinya Maya tak ada, dia cuma meninggalkan nota, yang dia sudah ada kekasih dan akan mengikuti lelaki tu ke luar negara."

"Awak tak cari Maya?"-Mel

"Aku cuba Mel dan aku dapat tahu dia ikut lelaki tu sebab lelaki tu kaya, berduit. Aku menganggap itu pilihan Maya." - Eify

"Habistu, anak tu, awak tak nak bertanggungjawab?"-Mel

"Bertanggungjawab macam mana Mel? Tak semestinya aku kena duduk sekali dengan Maya. Dia ada pilihannya sendiri. Setiap bulan aku mengirim duit kepada Maya untuk perbelanjaan bayi sampai lah akaun simpanan Maya di sekat oleh lelaki kaya tu. Aku menganggap mungkin mereka sudah berkahwin. Lepastu aku tak dapat cari mereka." -Eify

Selepas menjelaskan semuanya, aku dan Mel senyap seketika. Aku menunggu jawapan dari Mel.

"Mel, aku memang tak ada perasaan langsung dekat Maya. Tapi soal budak tu, aku akan cuba sebaik mungkin untuk jadi bapa yang baik untuk dia Mel. Aku tak nak budak tu, lalui macam mana aku lalui." -Eify.

Walaupun berat tapi aku harus menjelaskannya kepada Mel.

----------------------------------------------------------------
Mel POV

Mendengar penjelasan Eify, aku sedikit tenang walaupun sakit yang aku rasa belum berkurang. Tapi aku juga memahami macam mana membesar tanpa ibu bapa. Jauh disudut hatiku, aku bersetuju dengan keputusan Eify tapi aku perlukan masa untuk menerima.

"Kau akan tinggalkan aku Mel? - Eify melihat aku dengan mata yang berair.

Sejujurnya, selepas mengetahui semua ini, tidak sedikit pun terlintas difikiranku untuk berpisah dengan Eify.

Aku hanya menggeleng.

"Saya perlukan masa Eify. Saya nak stay dengan Dania boleh?" - Mel

"No Mel!" Kata Eify tegas.

"Eify, awak tak faham .." -Mel

"Bukan sayang, aku cuma risau keselamatan kau Mel, bila-bila masa orang-orang Marta akan cari kalau salah seorang Gang Gunners tak ada dengan kau Mel, apalagi aku." - kata Eify

Betul apa kata Eify. Kenapa aku sudah terlupa pasal Marta. Tapi kenapa sampai sekarang Marta belum datang cari aku?

"Biar Dania stay sini. Aku keluar" -Eify

#####################################

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

#####################################

Nak dapat 10 vote boleh tak 👉🏻👈🏻🥲
Thanks yang masih sudi baca and tunggu next part !!!
😭😭😭

MY SILENT PROTECTORWhere stories live. Discover now