Bab 1 : Berita Baik Sentiasa Bawa Berita Buruk

4.8K 300 13
                                    

Dalam cerita dongeng selalu berakhir dimana moment ending adalah happy. Harmony. Happening. dan sebagainya.

Di mana gadis malang atau princess dalam cerita suatu cerita tu berkahwin atau dapat bersama dengan putera idaman hati mereka.

Yeah...can't denied the fact yang semua orang nak ada happy ending! Siapa je yang nak sad ending. Orang yang nak mati pun nak ada happy ending! Inikan lagi orang yang hidup?

Tapi itu dalam cerita dongeng je!

Realiti?

Seperti tunggu bulan jatuh ke riba!

Semua tu hanya buat sakit hati!

Mana ada moment happy ending dalam hidup ni. Kalau ada pun, balik-balik heroin kena hidup terseksa dulu baru la happy. Sementara heronya....huh!Hampeh!

Serious!Kenapa ya dalam semua cerita, heroin kena hidup terseksa dulu baru boleh happy?Tak boleh ke bagi mereka happy tanpa syarat?Mereka tak mintak okay untuk dilahirkan sebagai wanita. Dilahirkan semata nak tanggung sakit dan susah!Kalau function mereka hanya untuk sakit, baik tak payah!

Don't get it!

Kalau dia la kan, dia tak nak menderita macam orang lain. Dia nak happy okay, mak ayah dia besarkan dia dengan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. Perhatian yang lebih dari segalanya. Limpahkan dia dengan kemewahan dan kesenangan.

Tapi itu la...setiap kesenangan yang diperoleh perlu di bayar. Sama ada cash atau nyawa sendiri.

Menjadi waris tunggal untuk kekayaan ni bukan suatu yang dia banggakan. Orang selalu kata,'Wahh seronoknya kau...ada harta, ada rumah dan company besar.''Mesti seronok.jadi orang kayakan..','Ini mesti belanja sakan beli.baju branded'. Bla...bla...bla..tengok je dia nampak senang.

Sedangkan, dari balik semua kesenangan ni, dia adalah anak yatim piatu. Hidup sendirian sebatang kara selepas mak ayahnya meninggal seorang demi seorang sebab sakit.

Maka tinggal la dia sendiri di rumah agam mewah ni bersama neneknya yang tua. Rasanya happy tak?

"DEVINA WINTER!"suara ngauman lantang kedengaran dari dalam rumah tidak semena.

Buatkan dia yang sedang baring melunjur di kerusi depan kolam renang tersentak lalu jatuhkan buku yang ditegakkan atas dadanya. Sambil berkerut kening dia turunkan cermin mata hitamnya sedikit ke batang hidung.

"Ada apa lagi pulak tu?"keluh Devina sewaktu pandang ke arah pintu slidding di seberang kolam renang tempat dia bertapak. "Kenapa?"

Neneknya jalan berarak mengelilingi kolam renang tu mendekati tempatnya dengan muka berang.

"Patut la nenek panggil kamu tak menyahut. Di sini rupanya kamu berada."bebel suara kecil seperti watak suneo dalam cerita Doremon tu.

"Nenek nak apa sampai terpekik terlolong macam nak keluar anak tekak ni?"soal Devina acuh tak acuh sewaktu turunkan kaki dari bangku melunjurnya lalu naikkan cermin mata hitamnya ke mata sebab silau dengan cahaya matahari tengah hari tu.

"Ini...nenek ada berita baik dan berita buruk untuk kamu. Yang mana satu kamu nak dengar dulu?"aju nenek Devina, Mariah Lee, 68 tahun. Walaupun telah berusia, sesungguhnya semangat wanita ini seperti wanita 50-an. Sangat cergas dan sangat sihat. Masih aktif bekerja dan ke sana sini.

Devina buat muka tak pasti lepas dengar pilihannya. Dia bukannya tak kenal neneknya macam mana. Memangnya kalau ada berita buruk, berita baik tu tak ada gunanya pun. "Mana-mana je la..."balasnya.

Mariah ambil tempat duduk di sebelah Devina lalu pandang wajah cucu kesayangan a.k.a kawan baiknya selama 10 tahun dia jaga setelah anak lelaki dan menantunya meninggal dunia. "So...berita baiknya ialah kamu akan berkahwin. Sementara berita buruknya orang yang kamu akan kahwini itu adalah anak lelaki kepada The Royal."

Devina menjegil mata bulat.

WHAT!

THE!

HELL!

"Huh?"ternganga Devina lepas dengar. Dia bukan terkejut dengar kenyataan dia nak kahwin. Tapi dia terkejut sebab dengar nama The Royal dari mulut neneknya. "Anak lelaki The Royal?Yang mana satu?"terus terbayang dia beberapa muka yang boleh bawa mimpi ngeri kepadanya nanti!

Mariah tarik sengih serba salahnya. "Yang sulung."

Oh my god!Devina tepuk dahinya dengan perasaan devastatednya."Dah kenapa nenek setuju?"soal dia sambil tu. Ramai-ramai anak lelaki The Royal yang sulung jugak ke?

"Nak buat macam mana. Dah mereka orang berkuasa dalam bandar ni. Nanti kan kalau nenek bantah mahunya mereka jejaskan bisnes dan nama baik keluarga kita. Tak ke naya?" balas Mariah.

Devina turunkan tangan dari dahi. Dia kemudiannya pandang neneknya dengan kening berkerut mengalah. "Kalau macam tu kenapa yang sulung jugak. Mereka kan ada anak lelaki yang sebaya dengan Devina?Lelaki beza 8 tahun dari Devina tu jugak jadi calonnya?" keluhnya dengan nada nak menangis.

Sumpah nak menangis!

"Nenek tak tahu...dah mereka yang beritahu macam tu."Mariah rangkul bahu Devina. "Jangan la sedih."

"Jangan sedih nenek kata?"Devina pandang tak percaya ke neneknya sambil bertanya. "Nenek tahu tak mereka tu apa?Mereka tu 'vampire' nenek tahu tak?Iblis yang bertopengkan manusia yang cekik darah orang untuk kumpulkan harta dan rampas kekayaan orang lain. Macam mana kalau harta kita jadi taruhan mereka pulak?"tanya dia sambil berkerut kening risau.

Mariah tersenyum senang lalu menggosok belakang badan Devina dengan kasih. "Sebab itu kamu kena ingat pesan nenek ni. Ingat... jangan marah. Atau kamu kalah."beritahunya dengan renungan penuh muslihat.

Devina tenung dalam-dalam akan renungan neneknya itu sewaktu dengar bait kata tersebut.

21. Menantu Dari NerakaWhere stories live. Discover now