Bab 6 : Apa benda ada tulang belakang ada muka tapi tak ada tangan dan kaki?

3.1K 229 4
                                    

"Morning!"sapa Devina dengan ceria depan pintu pejabat tu sambil tatang dua bekas berisi cup minuman di tangan.

Pekerja yang ada di dalam ruangan kecil itu palingkan kepala ke arah pintu itu dengan laju lepas dengar suara ceria tu. Terkejut mereka. Tak sangka dapat jumpa orang ni secepat ni.

"Penulis Devina"sambut mereka dengan gembira dan ada yang buat muka lega.

Kenalkan Devina Winter, 25 tahun, penulis dan pengarah urusan di syarikat pencetakan terkenal dalam bandar ini. Namun tak siapa tahu akan nama sebenarnya kerana dia menggunakan nama penanya untuk setiap urusan kerja. "Asal ni?Ceria bukan main. Bukannya saya hilang dua hari tanpa khabar macam tu je."seloroh Devina sewaktu dekati tengah ruang tu lalu serahkan bekas berisi cup minuman tu kepada staf di situ.

Mereka dekat situ pandang Devina dengan renungan simpati. Mereka bukan kasihan tapi cuma bersedih. Selama lima tahu ni semua orang yang kerja dalam syarikat Publisher Diamond Heart ni tahu betapa pentingnya Devina pada owner tempat ni. Malah mereka semua, staf yang bekerja di sini ship kan Devina dengan bos mereka. Jadi lepas berita mengenai perkahwinan Devina dengan ahli business paling berpengaruh dalam bandar ni berlangsung, bukan mood mereka saja yang swing, tapi bos mereka jugak.

Devina yang faham sangat akan angin dan situasi yang sedang berlaku tarik senyuman serba salahnya. Maaflah sebab rosakkan mood kerja dalam tempat ni. Dia tak ada dia niat pun. Sungguh kalau di beri pilihan dia takkan pilih jalan ni."Dekat mana Haden sekarang?"tanya dia. Pasti lelaki tu tengah moody!

"Bos ada dekat dalam bilik sidang. Sejak awal pagi dekat dalam bilik tu,..katanya tak nak di ganggu."beritahu Sarah, ketua editor.

Devina mengangguk kepala sambil ketap garis nipis di bibir. Mesti la lelaki tu tak nak di ganggu. Lagi-lagi lepas berita wedding dia tersebar di kaca tv semalaman. Haih...ni lagi seorang. Tak pasal-pasal jadi kerja dia nak memujuk. "Kalau macam tu awak semua teruskan kerja. Saya pergi jumpa Haden dulu."pamitnya setelah itu.

Mereka di situ beri isyarat faham sebelum kembali ke tempat kerja masing-masing dan sambung semula apa saja yang mereka lakukan sebentar tadi.

Sementara Devina atur langkahnya ke bilik siding. Tak lama dia berjalan, dia tiba di depan pintu kaca tu lalu ternampak kelibat lelaki bercermin mata dengan pakaian serba hitam duduk menghadap skrin laptop. Kening itu berkerut tajam seakan sedang fikiran sesuatu. Sambil tersenyum nipis, dia tolak pintu kaca tu ke dalam.

Serta merta kehadiran Devina di sedari oleh Haden. Lelaki tu serta merta alihkan perhatian dari skrin laptop ke Devina yang sedang berjalan masuk mendekati tempatnya.

"Hai..."sapa Devina.

Kenalkan, Haden Kenneth, 27 tahun. Rakan sekolej dan juga rakan kongsi perniagaan ini. Mereka berdua berkenalan sejak tahun kedua di kolej sehingga la tamat univerisiti dan berakhir menjadi rakan sekerja sehingga la sekarang. Haden merupakan seorang lelaki bertubuh lampai, berambut hitam berkilat, beranting-anting di cuping kiri dan berbahu bidang.

Haden buat muka tak faham. Keningnya berkerut. "Apa kau buat dekat sini?"bukan ke patutnya Devina honeymoon ke apa ke...kan baru berkahwin. Buat apa di sini?

"Kenapa?Tak boleh ke?"tanya Devina lepas berdiri dekat sebelah meja berhampiran dengan Haden. "Kalau macam tu saya balik dulu la ya."kata dia yang mahu berpaling dari situ.

Haden dengan tersentaknya terus hulur tangan lalu cengkam pergelangan tangan tu lekas-lekas. "Eh..aku tanya je."

Terus tersengih nakal Devina lepas dengar. Dia sengaja je. Nak sakat si Haden ni a.k.a lelaki yang ada crush terhadapnya selama beberapa tahun ni. Dia tahu cuma buat tak tahu. Saja nak tunggu berapa lama Haden nak simpan perasaan kepada dia dan bertindak. Tapi itu la, sampai ke sudah, Haden pendamkan saja perasaan dari dia tanpa berbuat apa-apa.

"Dudukla.."arah Haden selepas melepaskan cengkamannya dari pergelangan tangan Devina.

Tanpa berlengah Devina pun Tarik kerusi di situ lalu duduk selesakan diri. Setelah itu baru la dia pandang ke Haden tanpa berkata apa-apa buat seketika. Cuba baca air muka lelaki ni. "Awak tak datang ke majlis resepsi saya semalam?Saya cari awak, tapi tak Nampak awak dekat mana-mana?"tanya dia tidak lama selepas itu.

Haden larikan matanya ke skrin laptop. Cuba hilangkan rasa gugupnya dengan menyentuh touchpad pada laptopnya. "Saya ada meeting mengejut dengan klien."dalihnya sambil tu.

Tak percaya dengan jawapan itu, Devina topang bawah rahang dia dengan tangan kanan yang disikukan atas meja tu untuk pandang muka handsome Haden. Serius!Tak tipu, kalau Haden tanggalkan cermin mata bingkai tebal dari muka ni, Haden akan jadi lelaki yang sama tanding macam Damon. Bezanya, renungan Haden ni penuh dengan emosi, tak macam Damon, Dingin tak ada perasaan!

"Meeting?Seingat saya la...kita tak ada apa-apa projek sehingga hujung bulan depan. Selain tu semuanya projek buku baru saya. Kalau awak maksudkan klien tu adalah saya...hmm...macam mana saya boleh jumpa awak dan berada di majlis resepsi pada masa yang sama?"persoalnya dengan muka dibuat-buat tak faham.

Terus menjeling Haden ke Devina lepas dengar. Geram dia dengan Devina. Dah tahu tanya lagi! Mesti la dia tengah frust!Satu-satunya cinta pandang pertama dan crush dia telah berkahwin. Kahwin pula dengan lelaki paling menjengkelkan dalam dunia ni! Macam dah tak ada pilihan lain apa!

Devina ketawa lepas Nampak jelingan merajuk Haden. "Ahaha...hei. Jangan pandang saya macam tu okay. Bukan saya yang mintak nak berkahwin dengan Mr. Super Annoying Frustrasted tu ya. Dia yang nakkan saya. Saya tak boleh buat apa-apa...awak sendiri tahu kan The Royal tu macam mana?"kata dia.

Haden menjuling mata menyampah. Yeah!Terima kasih sebab ingatkan dia alasan kenapa dia perlu bencikan lagi keluarga tu lebih lagi! "Still kau tak buat apa-apa mengenainya?"keluhnya dengan perlahan.

"Saya dah cuba. Jangan cakap saya tak cuba. Tapi serious talk, ianya hanya bagi saya dapat darah tinggi je. So dari saya elak kenapa tak hadapinya saja."kata Devina yang kemudiannya turunkan tangan dari dagunya lalu silangkan tangan atas meja untuk sondongkan lagi kepalanya ke Haden.

Haden jarakkan sikit kepalanya ke belakang. Kalau dulu masa Devina single nak rapat macam mana sekalipun dia tak kisah, sekarang ni isunya dah lain. Devina ni dah jadi isteri orang. Nak tak nak dia kena set up social bounderies antara mereka. "Apa maksud kau?"tanya dia.

Devina berdengus kecil hendak ketawa. "Well memandangkan mereka nak sangat bertaruh, saya pun akan ikut bertaruh dengan mereka. Maybe later or soon, saya akan buatkan hidup The Royal susah."beritahunya.

"Hah?"nganga Haden dengan muka tak faham.

Berasa terusik dengan wajah comel Haden bila lelaki ini bingung, Devina kerutkan hidungnya sewaktu tersenyum. "Awak akan tahu nanti. So jangan sedih. And stay happy okay?Sebab even saya dah berkahwina itu tak bermakna saya tak dapat buat apa saya nak buat."katanya dengan renungan penuh semangat.

Haden mula rasa tak sedap hati. Bukannya dia tak kenal Devina ni macam mana orangnya. Dari dulu sampai sekarang perangai gila-gila wanita ini sukar untuk diramal pasang surutnya. Ada masa tu normal ada masa tu dah macam orang baru keluar dari hospital bahagia. Entah macam mana dia boleh ada crush terhadap wanita ni. "Apa yang kau cuba nak buat kali ni Devina?Fikir baik-baik sebelum buat sesuatu tu. Nanti orang lain kena tempiasnya."pesannya dengan serius.

"Haih...tak ada apa-apa la."Devina lambai tangan 'tak apa-apa' sambil berkata. "Ni...saya nak tanya awak satu teka teki..awak kena jawab."ajunya tiba-tiba.

"Apa teka-tekinya?"Haden beri focus sepenuhnya kepada Devina.

"So...apa benda yang ada tulang belakang, ada muka tapi tak ada tangan dan kaki?"Devina jungkit-jungkitkan kening semasa bertanya.

Haden buat muka berfikir, jarinya gosok bawah dagu hendak mencari jawapan untuk soalan tersebut. Macam pernah dengar! "Ada tulang tapi tak tangan dan kaki?"ulangnya.

Devina mengangguk kepala sambil ketap bibir nak halang diri dari ketawa. Alahai Budak tadika pun boleh tahu. "Yup!"

"Uhmm...sotong?"

"Ahaha...ding!Salah. Jawapannya buku la. Alahai awak ni..owner company pencetakan buku tapi teka teki macam ni pun tak boleh nak jawab."geleng Devina dengan sisa sengih mengejeknya.

"Ah!"keluh Haden dengan letih lepas dengar jawapan tersebut. Rasa dungu pulak tiba-tiba. "What ever."

21. Menantu Dari NerakaWhere stories live. Discover now