Bab 12 : Rutin Baru

2.9K 225 3
                                    

Laci neck tie di tarik sebelum dicapai satu dari deretan neck tie yang ada oleh Damon. Setelah itu dia berpaling keluar dari bilik,
bersama pakaiannya.

Ditutup saja pintu bilik tu, Damon pandang ke arah katil dimana Devina sedang duduk melunjur kaki melakukan sesuatu dengan telefon di tangan. Dia pun dekati cermin varniti lalu berdiri di situ.

"Devina..."panggil Damon sambil perhatikan pantulan Devina melaluinya.

Devina buat tak dengar. Dia hanya seronok goyangkan hujung kaki sewaktu khusyuk melihat sesuatu di skrin telefon tersebut.

Melihatkan isterinya buat tak tahu dengan panggilan tadi, Damon mencekak pinggang lalu berpaling menghadap katil. "Awak tak dengar atau buat-buat tak dengar?"tanya dia selepas itu.

Tanpa memandang Damon, Devina jawab sewaktu tersengih sendiri. "Saja buat tak dengar."beritahu dia dengan bersahaja.

Damon buat muka bengang. Tapi dia tak marah, malah sempat lagi tersenyum penuh muslihatnya. "Ya sudah...memandangkan awak sendiri tak boleh nak belajar isteri yang baik. Jangan salahkan saya kalau awak terpaksa terperuk dalam rumah agam ni tidak keluar sampai bila-bila."katanya dengan bersahaja.

Terus tersentak Devina. Dia turunkan telefon dari depan muka untuk pandang Damon. "Apa awak cakap?Did you....did you just-"gagap dibuatnya.

"Yes I'am. Saya ugut awak. Kalau awak expect saya respect awak dan jadi suami yang baik untuk awak. You have do the same to me." lata Damon yang menyambung kata-kata Devina.

Devina berdengus tak percaya semasa pandang suaminya yang tunjuk muka handsome berlagak kepada dia. Tahu la handsome! Tapi tak payah la sengih macam mintak penampar. Menjengkelkan betul la! Urghh!

"So?Awak datang sini atau tidak?"Damon gunakan mata dia untuk tunjuk depannya.

Bersama dada berbuku geram, Devina merenggus kasar sebelum turun dari katil tu lalu jalan dekati Damon. Sumpah berdenyut sakit dadanya sekarang ni sebab tahan marah.

Damon tunggu Devina dengan sabar sehingga la isterinya berdiri dekat depan dia.

Berdiri saja di depan Damon, Devina bercemberut masam. "Now what?"dia silangkan tangan ke dada tak puas hati.

Lantas, Damon pun suakan neck tie tadi ke depan Devina."Ikatkan untuk saya."minta dia.

Kepala Devina serta merta tunduk memandang neck tie tu sambil berkerut kening. What the heck!Ikat neck tie?Semata ni je Damon ganggu dia!? Sambil mengetap gigi menahan sabar, Devina angkat kepala semula lalu pandang ke Damon. "Memangnya awak tak ada tangan ke nak ikat sendiri?Tak reti?"tanya dia dengan jengkel.

Damon buat muka 'seriously' kepada Devina lepas dengar isterinya cakap macam tu dengan dia. Nak kena ajar betul isterinya ni tentang sopan santun pada suami sendiri. "1...2..."hitung dia dengan perlahan.

Menahan terkejut dengan hitungan itu, Devina tersentak lantas rampas dengan kasar neck tie tu. Asal Damon hitung macam tu?Suami dia nak buat apa!? "For what is that?"tanya dia dengan marah.

Berasa puas hati, Damon tarik sengih meleret kemenangan dia. Nak handle Devina ni senang je. Guna saja cara buku bertemu ruas. Habis cerita."Saja...saya tahu awak akan buat. Cuma perangai keras kepala awak ni buat ego awak menggunung tinggi macam Everest." selorohnya semasa pandang muka Devina.

Hampir hendak maki, Devina gigit bawah bibir dengan geram. Apa?Sengaja?Ego!?Lelaki ni kan!Ya tuhan!Sakitnya hati!Terus dia pejam mata buat seketika untuk tenangkan diri.

"Kenapa?Nak marah ke 'sayang'?"gelar Damon yang nak tambahkan lagi sakit hati Devina. Dia tersengih nakal masa tengok Devina pejam mata. "Marah la...boleh saya ambik semua harta awak dengan tuan badannya sekali.."

Dengan laju mata Devina terbuka. Dia buka mulut nak melenting, sekali tu dia tutup mulutnya semula selepas sedar yang dia akan kalah kalau dia marah. Jadi apa yang dia buat hanya la hentak kaki melepaskan geram lantas lingkarkan neck tie ke sekeliling Damon dengan kasar.

"Dasar lelaki menjengkelkan menyakitkan hati mintak penampar. Awak tunggu la. Akan saya balas balik."bebel Devina sewaktu ikat neck tie tersebut di kolar kemeja Damon.

Berasa lucu dengan ugutan Devina, Damon tidak membalas, dia hanya tersengih sedikit lalu pandang ke depan. Merasai pergerakkan Devina mengikat neck tie di lehernya. Harap-harap isterinya tak jerut dia sudah!

Setelah beberapa minit, Devina siap ikat tali leher tu. Sebagai sentuhan terakhir dia tolak dada Damon kerana jengkel. "Dah tu... berhambus sana cepat-cepat...buat sakit hati je menghadap!"sungutnya semasa hendak bergerak semula ke katil.

"Siapa kata kita dah selesai..."balas Damon sebelum hulur tangan ke pinggang Devina lalu tarik isterinya ke dalam dakapannya lalu disandarkan rapat ke dada.

Terbuka luas mata Devina setelah itu. Dia pantas mendongak ke muka Damon kerana terkejut sambil pegang bilah bahu tu.

"Apa ni!"getus Devina yang memukul bahu tu kerana terkejut. Sesak la dada dia lama-lama macam ni.

Damon tersenyum lalu tunduk menyengetkan kepalanya sedikit sebelum mengucup pipi kanan Devina tanpa berkata apa-apa.

Hinggap saja bibir tu ke pipinya, Devina diam kejung dekat situ. Holly damn it!

Seakan tiada apa-apa yang berlaku, Damon dengan bersahaja kemudiannya lepaskan Devina dan gerak ke arah katil dimana kot dia berada.

"Duduk rumah diam-diam. Kalau saya balik awak tak ada...saya gari awak satu hari nanti." pesannya semasa menyarung kot ke badan menghadap Devina

Devina yang belum tenang dari terkejutnya hanya pandang tercengang akan Damon tanpa berkata apa-apa.

Setelah itu Damon pun melangkah keluar dari situ.

Nampak saja Damon keluar dari situ, Devina terumbang ambing nak rebah. Lantas dia terduduk dekat kerusi varniti di situ sambil pegang dadanya yang sedang sesak dan berdegup kencang.

Tak guna punya laki!

Lemah semangat dia! Siut betul...ada ke patut goda dia dengan cara brutal macam ni! Urgh! Sakit jantung dia pam darah dengan laju sejak tadi.






21. Menantu Dari NerakaWhere stories live. Discover now