Bab 38 : Plan Backfire!

2.6K 196 4
                                    

Knight bawa gagang telefon ke telinga dan baru la dia tunduk hendak tekan butang dail.

Masa itu la Devina bersuara. "Tak payah susah-susah call mereka untuk panggil ke sini."beritahunya sambil melihat kuku di jari jemarinya. Nak tengok kuitik merahnya masih berkilat di kukunya atau tidak. Kalau sudah tidak cantic, dia perlu dapatkan manicure!

Perlahan-lahan kepala Knight berpaling memandang ke Devina. "Apa maksud kamu?"tanya dia selepas itu.

"Huh?"Devina jungkit kening dia sewaktu alihkan matanya dari kuku ke Knight. "Apa dia tadi?"lantas tangannya di letakakn atas arm rest sofa semula.

Macam mana Devina tahu dia nak call siapa?Knight pandang ke keypad dail dan tekan beberapa punat di situ. Sekali bila dia selesai dail, nada panggilan masuk untuk buat beberapa saat. Dia tunggu dengan berharap. Berharap panggilannya akan di angkat.

Keluhan Panjang lepas dari bibir Devina apabila dia melihat betapa gigihnya Knight nak buat panggilan. Ini mesti hendak panggil guard supaya halau dia. Tapi nak buat macam mana, dia dua langkah ke depan dari orang tua bangka depannya ni.

"Mereka takkan ke sini sebab saya dah awal-awal minta Damon untuk arahkan mereka keluar rehat dan makan beramai-ramai di restoran berdekatan. Jadi dari atuk bazirkan masa hubungi team pengawal keselamatn syarikat ni, better atuk duduk dan jadi 'Budak' baik sementara saya cakap elok-elok sekarang ni."kata Devina dengan nada bersahajanya.

Terkedu Knight setelah itu. Dia pandang tak percaya ke Devina sambil menurukan gagang telefon dari telinganya.

"Duduk."aju Devina sekali lagi menggunakan mata dia sebagai isyarat supaya Knight duduk di sofa depannya.

Tidak tahu hendak berbuat apa lagi, Knight letak gagang telefon tu ke bawah sebelum bergerak semula ke sofa tadi dan duduk di situ menghadap Devina. Dia buat bukan sebab Devina yang suruh, dia buat sebab dia nak tahu apa sebenarnya yang dia sedang berurusan sekarang. Adakah manusia atau iblis bertopengkan manusia?

"Terkejut ke?"tanya Devina sewaktu pandang Knight dengan renungan gelap dia. "Jangan risau. Saya takkan apa-apakan atuk. Sebab mana seronok kalua watak Utama mati dengan cepat dalam sebuah cerita tu kan?"katanya. Disebabkan dia seorang penulis, dia tahu macam mana nak buat segalanya kelihatan menarik dan seronok!

"Apa mahu kau?"tanya Knight sambil mengepal penumbuk di atas kedua-dua lututnya. .

"Hmm.."jeda Devina sambil buat muka berfikir. "Atuk rasa kenapa ya saya ke sini?"tanya dia sebelum tersenyum senang. "Cuba teka."kepala dia dilentokkan sedikit setelah itu. Nak cari pasal dengan dia sangat kan. Rasakan ni!

Sambil mengetap gigi kebengangan. Knight berkata lagi. "Jangan nak buang masa aku. Beritahu aku apa tujuan kau ke sini atau mati kau aku kerjakan nanti."

"Uuu...takutnya.Hahaha.."acah Devina yang buat muka seakan takut sebelum ketawa. "Serious?Itu je?Atuk ingat saya akan takut dengan ugutan tu?Ahahah...kelakar betul."kata dia. "Cuba la atuk cakap macam ni dekat saya. Maybe saya akan takut....dengar okay."Devina sediakan dirinya sambil berdehem sikit lantas berkata. "Pernah dengar peribahasa, jangan disangka air yang tenang tiada bahayanya."kata dia. "How dare you touch my company with your filthy word?Apa?Harta haram?Aset tidak sah?Ada bukti ke saya pegang semua tu?Huh?"dengan nada tenang dan bersahaja dia jungkit kening mencabar ke Knight.

Tersentak mendengar kenyataan itu, Knight tahan nafasnya untuk kawal ekpresi di wajahnya supaya kekal tenang. Namun jantung dalam tulang rusuknya tidak dapat dikawal. Ingat berdegup kencang yang menyakitkan.

Macam mana semua plan dia backfire kepadanya pula?

21. Menantu Dari NerakaWhere stories live. Discover now