Bab 33 : Pelan Empat!

2.7K 191 0
                                    

Dengan laju jari jemari tu menaip atas keyboard computer sementara mata bergerak dengan teliti untuk melihat setiap perkataan yang ditaipnya.

Disebabkan siri kedua bukunya telah dilancarkan, Devina dalam proses untuk menyiapkan buku siri ketiga yakni yang terakhir sebelum hujung bulan ni berakhir untuk proses editing dan penilaian. Di pejabat syarikat publisher Haden, duduk dia sendirian dalam ruangan tu sejak tiga jam lepas sehingga terbabas waktu makan tengah hari tidak keluar-keluar.

Staf yang sudah biasa dengan sikap Devina yang sememangnya sangat komited dan tekun ketika bekerja sudah terbiasa dengan situasi ini. Malah ramai yang tidak berani untuk masuk ke pejabat wanita itu ketika Devina sedang siapkan draftnya.

Namun ramai-ramai yang faham situasi Devina, ada seorang saja yang boleh sesuka buat hal sendiri tapi memikirkan Devina dan kesan yang orang tu akan dapat sekiranya kacau Devina ketika wanita itu sibuk!

Tanpa ketuk tanpa salam, pintu kaca jernih itu terbuka sewaktu Haden berjalan masuk ke ruangan tu.

"Jom keluar. Makan."ajaknya semasa berdiri depan meja tu.

Devina jeling ke Haden sebelum pandang ke skrin komputernya. "Busy."

"Yeah..I can see that. But I want to eat."ujar Haden bernada tidak peduli dengan jawapan Devina. Sebab dia memang tak pernah terima jawapan tidak dari Devina sejak awal perkenalan mereka. Even Devina bantah dan tidak mahu, dia akan anggap semua jawapan itu sebagai YA!

Devina kembali menaip ayat seterusnya dalam perenggan ceritanya. Malas nak pedulikan Haden. Dia tahu lelaki ni sengaja nak jengkelkan dia untuk buat dia berhenti dari menghadap skrin monitor. Tapi masalanya dia tak boleh berhenti sewaktu idea sedang melimpah-limpah keluar dalam kotak imaginasinya!

"Jom...aku dah reserved restoran untuk kita.."tanpa menunggu respon dari Devina, Haden kemudiannya, jalan keliling meja tu. Dia capai kot, beg tangan dan telefon Devina sebelum Tarik Devina bangun dari kerusi tu.

Kebingungan dengan desakan Haden, Devina terpaksa bangun dari situ dalam keadaan terpinga-pinga. "Apa awak ni?Saya tengah siapkan story line ni..kalau awak kacau, idea saya akan hilang nanti."gerutunya sewaktu Haden sarung kot ke tangannya.

"Aku tahu...masalahnya aku tengah lapar ni. Tak boleh tunggu lama. Jom."kata Haden yang bersahaja bawa tangan Devina ke dalam rangkulan dia lalu pimpin mereka berdua keluar dari pejabat itu.

"Seriously?Nanti kan saya lambat siapkan awak kerjanya nak menyentap je.."

"Aku yakin kau boleh siapkan punya sebelum date line tiba."pujuk Haden sewaktu mereka berdua jalan mendekati pintu lif.

Berdiri saja di depan lif tersebut, pintu itu pun terbuka. Buatkan Haden pegang belakang badan tu lalu dorong Devina masuk dulu baru dia ikut dari belakang. Lalu butang tingkat lobi ditekannya sejurus itu sebelum berdiri di situ dengan tangan berada di dalam poket seluar.

Sambil betulkan kolar kotnya Devina pandang ke depan dengan renungan tak kisahnya. Menanti pintu lif terbuka dia pun bersuara. "Awak dah uruskan perubahan nama syarikat yang saya minta awak buat tu?"

Dengan muka dingin berlagaknya, Haden pandang akan pantulan imej mereka berdua dari pintu liif itu. "Dah...semuanya dari profile dan latar belakang. Sebijik macam yang kau suruh aku detailkan."jawabnya.

Devina bawa tangannya naik untuk selak anak rambut ke belakang telinga. "Kalau macam tu emailkan maklumat tu kepada pengurus besar cawangan saya. Sebab dia perlu lakukan pemindahan wang tu ke syarikat tersebut."

"Okay."angguk Haden dengan ringkas. "So kau pelan untuk buatkan syarikat tu kepunyaan Knight?Tapi kenapa?Untuk apa lepas kau rampas kau nak pulangkan balik semua harta tu dekat dia?"tanya dia dengan kening berkerut tak faham.

Devina menarik sengih sinis. "Well..saya tak hamak dengan harta-harta haram tu. Lagipun semua wang itu di rampas secara salah di sisi undang-undang. Ianya sangat tidak selamat untuk saya salurkan ke mana-mana company yang saya ada. Untuk itu saya perlu cipta sebuah syarikat atas nama Knight supaya nanti bila jabatan cukai dan rasuah buat siasatan mengenai duit gelap ni, saya takkan terjejas dan syarikat saya tak dalam bahaya."jelasnya dengan mendatar dan bernada tidak peduli.

Haden palingkan kepala ke sisi dengan muka tergamam dia. "Kau nak buat dia yang kena tangkap untuk semua harta yang kau kumpulkan dalam syarikat yang kau suruh aku tukar atas nama dia?"soalnya dengan nada berbisik. Sangat perlahan. Tapi hanya cukup kuat untuk Devina seorang saja yang dengar.

Lantas, Devina pun palingkan kepala ke Haden. Dia pandang kawan baiknya ini dengan senyuman manis di bibir. "Yes darling..."jawabnya sebelum angkat tangan untuk tepuk habuk yang ada di kot biru gelap Haden perlahan-lahan. "Saya nak Knight yang kena tuduh untuk semua harta haram yang ahli keluarganya dah rampas dari orang tak bersalah."katanya sambal tu.

"Kenapa kau tak buat laporan je terus dari buat macam ni?Tak ke sama je kalau kau buat laporan ke jabatan cukai dan rasuah soal ni?"soal Haden lagi.

Devina ketawa. Dia boleh je. Tapi kalau dia buat macam, Knight senang je nak mengelat. "Mana seronok kalau macam tu. Kena la ada drama sikit. Baru la enjoy. Ya tak. Lagipun Oleh kerana harta yang saya peroleh dari Renna, Kenzo, Damien dan jugak Danzo sendiri terlampau banyak. Team khas saya tak boleh nak distribute semuanya kepada mangsa-mangsa yang terlibat. Jadi saya nak serahkan kepada mereka yang berkuasa untuk settlekan hal ni dengan betul dan saksama." Seusai itu dia kemudiannya tunduk mengeluarkan cermin mata hitam dari beg tangan.

Haden berdengus tak percaya, lalu pandang ke depan dengan sengih tak terkata dia. Rasanya semasa di universiti mereka belajar bisnes bukan strategi nak musnahkan bisnes! Macam-macam la Devina ni.

DING!

Pintu lif terbuka. Devina pakai cermin mata hitam itu ke mukanya lalu merangkul lengan Haden ketika berjalan keluar ke lobi tersebut dengan langkah sassy bergayanya. Sementara Haden jalan bersahaja dengan tangan berada dalam poket seluar.

Bila ada staf yang jalan melepasi mereka, cepat-cepat mereka beri tunduk hormat pada dua orang CEO besar company tersebut.

21. Menantu Dari NerakaWhere stories live. Discover now