Bab 20 : Pelan Dua

2.7K 221 1
                                    

Disebabkan suaminya tidak berbuat apa-apa untuk permintaannya, dia ambil keputusan untuk lakukan hal itu sendiri. Memandangkan tiada apa-apa dapat buatkan menantunya naik angin, Renna rancang untuk gunakan orang lain untuk cetuskan amarah menantu dia itu. Orang yang menantu dia sendiri tak boleh nak tangani sendirian!

Pintu bilik bacaan itu di tolak dia dengan kasar lalu dia dekati meja yang penuh dengan kertas, laptop, buku terbuka sana sini lalu mencampak kasar gulungan tepat dekat keyboard laptop tu.

PAP!

Tersentak Devina lepas gulung kertas tu jatuh pada laptopnya semasa dia sibuk menaip diatasnya tadi. Sambil berkerut kening dia dongak memandang depannya lalu bertentang mata dengan Renna yang sedang Tarik senyuman sinisnya.

"Wahai menantu yang baik hati lagikan cantik, ibu mentua kamu ni perlukan bantuan kamu?Boleh kamu luangkan masa sekejap?"ujar Renna dengan nada manis yang disengajakan.

"Busy."tiada mood nak berdrama, Devina tolak gulungan kertas itu ke tepi lalu kembali menaip.

Terus jatuh senyuman dari bibir Renna, dia buat muka bengang dia masa pandang Devina. Haish! Mujur dia tak bawa apa-apa dekat tangan, kalau dibawanya tadi, sudah di pelangkung kepala ni sekarang jugak! "Hei...aku tanya elok-elok ni kan. Boleh tak jangan nak kurang ajar sangat."katanya dengan nada benci tak suka pula.

Devina tidak membalas, dia hanya buat tak dengar dan terus focus menaip story line untuk bukunya. Kalau nak berdrama tunggu kerja dia siapa dulu.

Melihatkan reaksi Devina yang sikit pun tidak hiraukan dia, Renna pandang setiap kertas dan barang yang ada di situ buat seketika. Heh!Ya-tak ya...kenapa la dia tak terfikir ya. Bersama sengih meleretnya, Renna tunduk ke meja tu lalu menyepahkan semua yang ada di meja itu ke lantai dengan kasar.

SPRAA!!

Elok jari jemari Devina laju menaip atas keyboard laptop itu, ianya terus terhenti. Dia jeling ke lantai dan barangnya yang bersepah dekat lantai tu tanpa bergerak sikit pun.

"Sekarang kau nak buat apa?Aku dah mintak elok-elok bukan dengan kau tadi?Kau yang mintak semua ni. Jadi jangan salahkan aku!"Renna silang tangan ke dada sambil berkata. Dia yakin pasti semua ini dapat buatkan Devina menyirap.

Yang mana ianya memang berjaya. Devina turunkan monitor laptopnya sewaktu berdiri dari situ. "Mother...did you really ask trouble from me?"Lengan baju sweater yang dipakai dia kemudiannya di sinsing naik ke siku kanan dan kiri sambil tu.

Renna pandang pelik ke Devina bila Nampak gaya macam nak membelasah dia. "Apa kamu nak cuba lakukan hah?Berani kamu sentuh aku, Damon takkan maafkan kamu.."beritahu dia.

"Lah...kenapa pulak?Takkan dah takut?Tadi bukan main lagi berani nak cari pasal. Sekarang dah kecut?"tanya Devina sebelum Tarik sengih meleret jahatnya. Sudah la dia tengah pening kepala, penat, marah, jengkel, bengang, fed up. Dan orang tua di depannya ini menambahkan semua itu pada dia! Itu namanya cari pasal.

Tanpa susahkan diri untuk keliling meja kopi tu, Devina dengan bersahaja melangkau meja tu dan tiba di depan Renna dalam sekelip mata.

"Hei!Apa ni!Jangan dekat!"arah Renna yang tiba-tiba rasa cemas.

Devina buat tak tahu. Dia malah terus cekau kolar baju Renna dengan sebelah tangan. "Ada saya beritahu tak dalam perjanjian yang ayah tandatangan hari tu terdapat syarat dimana saya boleh angkat tangan pada sesiapa dalam rumah ini?"tanya dia dengan renungan penuh aura membunuh. Memang silap la cari pasal dengan dia time macam ni!

"Arggh!!!"teriak Renna serta merta kerana ketakutan.

Jeritan nyaring itu sama sekali tidak buatkan Devina terkutik. Malah dia terus dorong Renna undur ke belakang hingga ibu mentuanya jatuh terduduk dekat sofa tu.

21. Menantu Dari NerakaWhere stories live. Discover now