Bab 17 : Lady Date!

2.9K 198 0
                                    

Krincing!

Bunyi loceng pintu kafe kedengaran taktala daun pintu itu ditolak ke dalam. Buatkan dianyang dengar terus palingkan kepala ke arah pintu. Dan bila dia Nampak orang yang cantik mengenakan blaus lengan pendek off shoulder bunga-bunga berdiri di situ, terus dia melaung riang.

"Devina...sini!"panggil Naylie ke rakan baiknya itu.

Dengar saja namanya di panggil, kepala Devina yang tertala ke kanan kafe itu pun berpaling. Pandang saja dia ke rakannya, dia ikut tersenyum. Tanpa berlengah langkahnya diatur ke Naylie sehingga la tiba di meja mereka.

"Lama tunggu?"soal Devina semasa tarik kerusi bertentangan dengan Naylie lalu duduk di situ.

"Boleh la..."jawab Naylie sambil perhatikan Devina selesakan diri di kerusi itu.

"So ada apa kau call aku ni?"tanya Devina sebaik dia selesai selesakan diri dan duduk tegak memandang Naylie.

"Haih...apa kau ni. Nak lepak dengan kau pun tak boleh. Ala maklum orang dah kahwin la katakan."seloroh Naylie bernada seakan terkilan dengan soalan tu.

Devina hanya berdengus menyampah. "Tak payah kau nak berlakon la dengan aku. Kau ingat aku tak faham dengan perangai kau ni?"ujarnya. Nak merajuk konon. Memang tak dia nak pujuk. "Kau tu mananya nak ingat aku kalau bukan aku yang call atau mesej kau dulu."

Naylie kemudiannya ketawa. Spoilt. Baru acah-acah nak merajuk. Dah kantoi. "Habis kau tu yang busy memanjang, aku nak kacau pun segan, Takut nanti kan aku mesej ke call ke time tu la kau kerja, time tu la kau meeting, time tu lah kau sibuk dengan buku terbaru kau..."beritahu dia.

"Sorry."ucap Devina serta merta. Kalau dia jadi Naylie, dia akan buat benda yang sama."Kau ada masalah ke?Atau ada something penting nak beritahu aku?"tanya dia selepas itu.

Naylie terus tarik sengih lebar, lalu rehatkkan tangan ke atas meja itu sebelum sondongkan mukanya ke depan Devina. "Guess what...family aku dapat balik harta dia orang yang dirampas dengan The Royal dua hari lepas. Terutama sekali harta keluarga sepupu aku. Ada orang dari mahkamah datang hantar dokumen penting soal pemindahan nama dan hak."dengan giddy Naylie berkata.

Devina yang dengar buat muka poker face dia lalu tersenyum. "Iya...bagus la kalau macam tu." balasnya.

"Tapi kau tahu tak kenapa?Tiba-tiba The Royal buat macam tu?Setahu aku la..dia orang tu kalau dah tamak, tamak nak mampus. Angin apa dah rasuk dia orang sampai nak pulangkan harta yang dia orang dah rampas?"soal Naylie.

"Kenapa kau tanya aku?"tanya Devina sambil buat muka blank seakan dia tak ada kena mengena dengan semua tu.

"Yalah...kau kan menantu dia orang..mana la tahu kan kau ada dengar apa-apa dari dia orang?"Naylie bawa dekat gelas smoothie coklatnya ke depan mulutnya lalu straw dalam gelas tu di masukkan ke mulutnya sebelum minuman itu di sedut sedikit.

"Mana la aku tahu...aku menantu je. Bukan keluarga dia orang. Maybe dia orang dah taubat ke apa ke pintu hati terbuka nak buat kebaikan ke...kan mana tahu. Hati manusia ni kan mudah berubah-ubah."balas Devina dengan senyuman di buat-buat. Cepat jugak ya Kenzo buat kerja. Hampir nak tersengih dia, Devina tundukkan kepalanya ke bawah. Bagusla Naylie dapat balik harta keluarga semula. Tak ada la rakannya ini susah hati. Dan dia harap mereka yang dapat semula harta mereka tu jaga la elok-elok. Kalau bukan The Royal yang rampas orang lain boleh kuasai semula.

"Memandangkan hari ni mood aku baik, kau order je apa kau nak. Aku belanja. Lepas ni kita pergi shopping pulak. "aju Naylie dengan bersemangat kemudiannya.

Dengan sisa senyuman di bibir, Devina angkat kepalanya lalu pandang wajah berseri gembira Naylie. "Betul ni?Jangan menyesal pulak nanti?" sakatnya sambil menjungkit-jungkit kening pada Naylie. ,

"Ah kau! Jangan nak melebih pulak. Pada-pada sikit. Aku tak sekaya kau yang boleh borong satu shopping kompleks tu...beli mana yang aku mampu bayar je."jeling Naylie dengan jengkel.

Devina ketawa. "Alah...gurau je pun tak boleh."

"Gurau kau tu tak berpada."marah Naylie dengan nada bergurau.

Tidak terasa dengan semua itu, Devina hanya tersenyum mendengarnya.

"Oh ya...jom selfie. Kau cantik hari ni. Boleh la aku interframe sikit dekat IG, biar ramai yang follow aku."aju Naylie dengan bersemangat sambil seluk tangan ke dalam beg tangannya.

Excuse me?Devina buat muka."Hari ni je aku nampak cantik?Memangnya sebelum ni aku nampak macam hantu kak limah ke?"getusnya.

"Boleh la..."sakat Naylie pula.

"Hish..perempuan ni kan!"ditampar tepi lengan tu dengan Devina secara main-main.

"Dah la...ready..tengok kamera!"arah Naylie yang tidak pedulikan akan Devina yang terasa dengan kata-katanya atau tidak.

Mahu tak mahu Devina pun pandang ke kamera phone Naylie. Siap sedia pasang muka cantiknya. Dan masa itu la Naylie berkata.

"Sebelum ni kau nampak macam mak beranak tiga..."komen Naylie semasa detik timer phone dia tiba di saat hitungan '3'. Dia tersenyum lebar dengan senang hati kerana Berjaya kenakan Devina lagi.

Berasa bengang dengan komen itu, Devina pun jeling dan buat muka bengang ke Naylie tidak peduli nak ambil gambar lagi.

Dan ketika itu la gambar di ambil!

21. Menantu Dari NerakaWhere stories live. Discover now