Bab 2 : Pertemuan Yang Membawa Kepada Pertunangan

3.5K 250 4
                                    

Dua pasang kaki bertumit tinggi berjalan dengan lekas merentasi koridor tersebut. Seorang maju ke depan, seorang lagi asyik-asyik hendak tersandung ketika berjalan seakan bergelut akan sesuatu.

"Cik!Cik tak boleh masuk ke sana sekarang!" laung setiausaha yang sejak tadi cuba halang dia dari berjalan masuk ke dalam. Yang mana sikit pun tak berjaya buatkan dia berhenti dari berbuat begitu!"Hei!Berhenti!"

Devina tidak berhenti. Sebab dia dah nekad. Dia nak jumpa dengan lelaki yang entah siapa-siapa pilih dia sebagai calon isteri sekarang ni. Suka hati je kan buat deal tanpa minta keizinan dia. Ingat dia ni apa!? Tak ada hati tak ada perasaan. Lelaki tu akan berkahwin dengan dia. Dan kahwin ni bukan buat main-main. Jadi kena la sama-sama setuju!

"Cik...cik tak boleh masuk!"halang setiausaha depan pejabat pula.

Namun tidak sempat setiausaha tu nak halang, sebab Devina sudah pun tiba depan pintu itu lalu tolak pintu itu dengan kasar sehingga menyebabkan pintu tersebut menghentak dinding dengan kuat.

"Tuan...maafkan saya. Saya cuba halang."ucap setiausaha yang berada di belakang Devina dengan cemas.

Devina berdengus kasar. Dia sama sekali tidak peduli akan rayuan maaf yang diucapkan oleh pembantu di belakangnya. Dia sedang menyirap marah sekarang ni!

"Tak mengapa Lisa, I'll handle it."kata lelaki yang berada di belakang meja tu sambil lambai tangan menghalau ke setiausahanya.

Setiausaha tersebut itupun beri anggukan faham lantas undurkan diri keluar dari situ dengan muka leganya.

"Miss may I help you?"tanya lelaki tu dengan nada serius dan mendatar seakan tidak kisah atau peduli dengan kehadiran Devina di situ.

Lantas Devina alihkan matanya dari setiausaha yang bergerak keluar tadi ke lelaki depannya semula. Dia tak ambil masa lama untuk analisis lelaki ni. Dan dia tak sangka lelaki yang di sangkakan selama ini berbeza dari sangkaan asal dia.

Sangkaan dimana lelaki yang lebih tua dari dia pasti kelihatan tua, muka grumpy dan kelihatan tidak menyenangkan dan tidak senang mata memandang. Namun sebaliknya pula. Lelaki depannya sama sekali tidak kelihatan tua 8 tahun dari dia malah kelihatan lebih smart dan steady bersahaja.

Apapun dia boleh handle semua ni.

Devina kemudiannya maju ke depan meja tu sebelum meletakkan beg tangannya dengan marah ke atas meja. Mata lelaki depannya pandang ke handbagnya sebelum naik semula memandang dia.

Devina kemudiannya topangkan kedua-dua tangan atas meja tu lalu sondongkan badannya ke depan sebelum berkata di depan muka tu."I don't care what kind of sick game that you on right now....what I know it stop now! Kalau awak berdegil jugak, jangan salahkan saya sekiranya sesuatu terjadi."ujar Devina dengan tegas.

Bersama muka batu tiada perasaan, lelaki depan Devina lentokkan sikit kepala lantas bertanya. "Do I know you?"tanya dia sewaktu tilik wanita cantik yang menyanggul kemas rambut ke belakang dan mengenakan dress lengan pendek warna biru gelap paras lutut beropol di bahagian kolar depannya.

Devina buat muka 'WTF' sambil berkerut kening lepas dengar soalan tu. Seriously? Takkan la tak kenal dia siapa?Orang yang lelaki ni nak kahwin dengan?Ke saja buat tak tahu siapa dia?

Devina kembali berdiri tegak lantas silangkan tangan ke dada lalu pandang judging ke lelaki depannya."Oh...of course. Awak mana la kisah nak ambil tahu tentang orang yang awak lamar mahu dikahwini kan sebab awak terlalu sibuk dengan ego awak tu."selorohnya dengan nada sinis sambil tarik sengih meleret mengejeknya. Lelaki tak guna!Buat dia makin sakit hati je la!

Lelaki depan Devina agak taken back sekejap lepas dengar. Lalu matanya mula gerak naik turun hendak menilik Devina ingin pastikan apa yang dia dengar itu betul. Ini ke calon isteri yang ibunya telah jodohkan? Tak sangka pulak!

"I see...so you're she."kata lelaki tu dengan nada kecewa seakan terkilan lepas sedar calon isterinya adalah Devina.

Berdengus tak percaya Devina dengan reaksi yang diberikan oleh lelaki depannya masa dia pandang dumbfounded. Asal?Teruk sangat ke dia ni sampai macam tu sekali reactionnya. Tolong sikit eh..dia pun tak hingin la bersuamikan lelaki ni.

"Eh...dengar sini ya. Saya cuba bercakap dengan awak setamadun yang boleh, tapi sikap tenang awak ni menjengkelkan saya. Jadi sebelum saya maki hamun awak dekat sini .Hentikan semua idea mengenai perkahwinan ni dan batalkan niat awak untuk jadikan saya sebagai isteri awak. Sebab saya tak mahu bersuamikan lelaki macam awak ni!Faham!?"lafaz Devina dengan satu nafas. Habis saja bercakap dia jatuhkan tangannya ke sisi hendak tenangkan diri.

Tidak lama selepas itu, lelaki di belakang meja tu menarik nafas dalam-dalam sambil bangun dari situ. Serta merta buatkan Devina telan air liur gemuruhnya, Yalah, mana tak nervous. Lelaki depan dia ni tinggi dan tegap. Dan besar, atau mungkin sebab dia yang kecik!Sebab itu dia rasa macam ni. Apapun, no problem. Dia boleh handle semua ni!

Lelaki tu kemudian keluar dari belakang meja tu lalu berhenti di depannya bersama tangan tertanam di dalam poket seluarnya. Yang mana buatkan Devina ambil beberapa langkah ke belakang sebab kedudukan mereka agak rapat tiba-tiba. Still, Devina tidak tunduk akan aura penuh dominan dari lelaki ni . Dia terpaksa dongakkan kepalanya sedikit sebab lelaki depannya so freaking tall!

"No."jawab lelaki tu sejurus itu.

Devina mengedipkan mata beberapa kali sebab tak menyangka itu jawapan dari lelaki ni. Say what?! "Tak nak?"tanya dia dengan nada tergamamnya. Kepala dia!Penat dia membebel satu pun tak masuk dalam kepala lelaki ni?

"Apa yang awak fikirkan akan berlaku huh?Sudah la serbu masuk ke pejabat saya macam tu je, kemudian ugut saya itu ini dan awak fikir selepas semua tu, segalanya akan settle?"soal lelaki depan Devina dengan nada bengang namun kelihatan tenang.

Devina kemudiannya palingkan kepalanya ke arah lain. Cuba nak cari comeback untuk kata-kata lelaki ni.

"Suka atau tidak. Kita akan tetap berkahwin Cik Devina and no one can change my decision."

Terkejut dengan kenyataan itu, Devina kembali pandang ke lelaki depannya semula dengan mata terbutang luas. Suka hati betul! "Look, Mr. Damon Knight!"dia tunding jari telunjuknya depan muka tu dengan bengang. Serta merta jarinya di pandang oleh lelaki tu. "Saya cadangkan awak ubah so-called solution awak ni atau kita akan hadapi beberapa isu!"

"Dan saya cadangkan awak untuk turunkan jari awak tu dari depan muka saya!"balas Damon dengan mendatar.

Semakin berderau darah Devina di buat dengan sikap tenang bersahaja lelaki depannya. Sumpah! Dia macam nak jerit je depan muka ni!"Gila!!Awak gila!Semua ini gila!Urgh!"raungnya dengan geram sebelum capai beg tangannya dari meja lalu berpaling hendak pergi dari situ.

Baru saja dia hendak bergerak, satu cengkaman erat terasa di tangannya, buatkan Devina berhenti dari langkahnya. Dia pun palingkan kepala ke balik bahu.

"Memandangkan awak dah jimatkan masa saya dari untuk mencari awak dan saya sendiri telah discusses mengenai lamaran tu.apa kata kita teruskan kepada agenda seterusnya?"ujar Damon sebelum keluarkan tangan yang berada dalam poket tu sebelum sebuah kotak hitam velvet dipegangnya.

Devina pandang terkejut ke kotak tu. What the hell!Is he being serious?Sejak bila pulak lelaki ni beli cincin ni?Dia tak beri kata putus apapun lagi!

Damon buka kotak itu lalu mengeluarkan sebentuk cincin silver bertatah berlian di atas darinya.Dengan paksa dia capai tangan kanan Devina lalu menyarung cincin tunang itu ke jari cincin Devina dalam sekelip mata.

"Argh!"Devina terus tarik tangan dia cuba nak tanggalkan cincin tu serta merta dari jarinya!Gila ar!

"Kalau saya jadi awak, saya akan fikirkan semula tindakan awak tu. Sekali cincin tu tertanggal dari jari awak, dengan rasmi semua apa yang awak miliki, company, pengaruh serta nama baik family awak, akan saya jejaskan sehingga rebah menyembah tanah!"deram Damon dengan renungan gelapnya kepada Devina.

Tangan Devina serta merta turun ke sisi. Terketap erat giginya sewaktu balas renungan Damon. Dasar lelaki tak guna!Fine. Kalau ini yang lelaki ni hendakkan. Akan dia turuti. Tapi bukan dengan rela dan senang hati. Lelaki ni silap sebab pilih orang untuk cari pasal dengan. Lantas Devina pun tersengih puas hati. Dia turunkan tangannya ke bawah. Tak jadi nak tanggalkan cincin tunang dari jarinya.

"Oh...ini cara awak ya. Okay...jumpa pada hari wedding tu nanti. Mr. Fiance'!"katanya dari balik ketapan gigi sebelum melangkah keluar dari situ dengan langkah berangnya.

21. Menantu Dari NerakaWhere stories live. Discover now