Bab 23: Terima la Saya

2.8K 212 1
                                    

"Apa semua ni Danzo...awak bawa saya ke sini hanya semata untuk saksikan awak Bersama dengan orang lain?"tanya dia dengan begitu kecewa sekali. Retak seribu perasaan dia sekarang ni. Dia fikirkan Danzo adalah lelaki pilihan hatinya. Orang yang dapat berikan dia kebahagian. Tapi tidak. Danzo tak ada bezanya dengan ahli The Royal yang lain.

Menyakitkan hati dan sadis tiada perasaan!

"Maafkan aku Devina"

"Maaf?Awak kata maaf?Awak ingat dengan ucapan tu boleh pulihkan keadaan?Awak!Saya cintakan awak setulus hati saya!Tapi awak sikit!Sikit pun tak bertimbang rasa sampai sanggup terima lamaran yang entah siapa-siapa ni demi harta?tiga tahun kita Bersama, takkan ada sikit pun perasaan kasihan dalam hati awak tu untuk saya?Saya ni apa untuk awak!"bentak dia sambal pukul dada tu sekuat hati kerana kecewa. Lelaki tak guna!Sampai hati buat dia macam ni!

"Kau ingat aku nak ke buat semua ni?Ibu paksa aku Devina. Kalau aku tak patuh akan arahan dia, dia akan lucutkan aku dari hak perwarisan keluarga. Dan aku akan jadi papa kedana. Fikir la sikit. Kau nak ke bercinta dengan lelaki tak berharta?"bidas Danzo dengan bersungguh seakan apa yang dikatakan olehnya itu benar dan masuk akal.

Dia yang dengar pandang tak percaya. Berdesup laju darah mengepam naik ke kepalanya hingga buatkan dia berpinar hendak pitam. "Itu yang awak fikir?Harta?Is it make you happy when you have all of this?"tanya dia lagi.

"Tak ada harta tak ada cinta Devina...semua zaman sekarang orang perlukan duit baru bahagia. .Tak ada duit tekanan dan stress je yang dapat.tang mana nak bahagianya??"Danzo pandang Devina dengan renungan dingin tiada perasaan.

Berserah dengan kenyataan yang diberikan oleh Danzo, Devina mengangguk kepala faham. "Fine. Kalau ini yang awak mahukan. Kalau begitu selamat berbahagia. Saya doakan yang terbaik untuk awak dan keluarga awak. Selepas ni jangan cari saya atau kaitkan saya dalam hidup awak lagi. Cause we are over!"beritahu dia dengan air mata bergenangan di kelopak matanya.

Satu sentuhan hinggap melingkar di pinggang yang dirasai buatkan dia yang sedang baring mengiring dengan mata terpejam membuka mata perlahan-lahan. Termenung melihat bingkai gambar pengantin yang diambil sewaktu dia bersanding hari itu.

"Apa awak buat?Bukan ke tempat awak dekat sofa sana?"tanya Devina pada orang yang sedang baring di belakangnya sambil memeluk pinggang dia. Dapat dia rasakan muka tu bersandar di lehernya saat ini. Bernafas dengan deru yang hangat menyapa kulit lehernya.

Damon dekat belakang Devina tak bersuara, dia malah eratkan lingkaran tangannya di pinggang Devina dan sandarkan belakang badan tu dekat pada dadanya. "Awak masih ada perasaan pada Danzo?"tanya dia tak lama kemudian dengan suara bisikan kecil.

Mata Devina berkedip satu kali sebaik dengar soalan tu. Dia diam tidak bergerak untuk tolak atau alihkan tangan Damon dari pinggangnya. Dia tak kuasa nak bertekak atau bergaduh lewat malam macam ni. Penat la!

"Kenapa?"tanya Devina dengan perlahan.

"Saya tak boleh lepaskan awak."bisik Damon dekat leher Devina.

Devina tidak terkutik dengan soalan itu, malah mata dia yang berkaca. Hati dia dah tertutup sejak Danzo kecewakan dia beberapa tahun lepas. Nak sukakan lelaki tu senang. Tapi nak terima seseorang yang baru ke hatinya yang sedia terluka ianya bukan perkara yang mudah. "Tak. Saya tak ada perasaan dekat Danzo lagi. Perasaan tu lama terkubur sejak dia beritahu saya, harta itu lebih penting dari segalanya."luahnya dengan jujur. Sakit bila mengingatkannya, tapi tak sesakit sewaktu dia ditinggalkan.

"Kalau macam tu terima la saya.Saya janji saya takkan buat awak kecewa seperti Danzo buat pada awak."minta Damon sewaktu tunduk merehatkan kepalanya ke belakang tengkuk Devina dengan mata terpejam lantas melepaskan hela nafas Panjang.

Devina tidak menjawab. Dia hanya diam termenung melihat tangan dia yang bercincin kahwin di jari sebelum gerakkan tangannya ke pinggangnya. Dia letakkan tangannya atas tangan Damon lalu dicapai untuk mengalihkan tangan tu.

"Please..."minta Damon yang mengeratkan lagi pelukan dia di pinggang Devina bila Devina mahu alihkannya.

Keluhan Panjang lepas dari bibir Devina.

"Saya berani bersumpah atas nyawa saya yang saya pilih awak dari harta."lafaz Damon lagi.

"Kalau macam tu beritahu saya"Devina biarkan tangan Damon dekat pinggang dia lalu bawa tangannya ke bawah kepala. "Kenapa saya yang awak pilih sebagai isteri awak. Adakah sebab saya waris tunggal keluarga saya atau ada agenda lain dalam kepala awak dan kenapa baru sekarang?" tanya dia sambil merasai muka Damon di belakang badan dia bergerak-gerak.

Buat beberapa saat Damon diam tak bercakap apa-apa. Lepas tu dia alihkan mukanya dari badan Devina dan pusingkan badan untuk baring telentang menghadap siling pula.

Devina ikut berpaling, dia pusingkan badannya mengiring menghadap Damon pula. Tepi muka suaminya di pandang dengan renungan ingin tahu. Sejak hari pertama sehingga sekarang, ini la soalan yang dia tertanya-tanya.

21. Menantu Dari NerakaWhere stories live. Discover now