Bab 29 : Hutang Darah Pakai Darah Hutang Duit Pakai Maruah!

2.7K 226 7
                                    

Tak berkedip Damon pandang keadaan isterinya yang sedang duduk bersilang kaki di sofa dalam keadaan rambut kusut masai, kaki tidak beralas, baju terkeluar sana sini. Lalu ke adik lelakinya yang sudah bercalar balar dekat muka, dan rambut berselerak macam sarang burung!

Mendengar makluman kejadian yang berlaku di garaj tadi, dia yang sedang sibuk menyiapkan kertas kerja di bilik study terus bergegas ke ruang tamu ini. Malah ibu dan ayahnya yang sedang makan lewat malam terpaksa hentikan sesi makan mereka untuk pastikan anak mereka tak diapa-apakan.

"Apa yang dah berlaku ni Damien?"tanya Kenzo dengan kening berkerut risau dia bila melihatkan keadaan anak lelakinya yang seperti baru bergaduh dengan bini.

"Kamu tak apa-apa?"tanya Renna yang duduk dekat sebelah Damien sambil cuba menyentuh luka dan memeriksa wajah handsome anak lelakinya yang kemerahan itu.

Damien dengan kasar menolak tangan Renna ketepi. "Tanya la menantu kesayangan ibu ni!" tunding dia dengan marah semasa memandang Devina dengan kening mencerlung.

Seperti madam besar, Devina duduk dekat sofa satu seat dengan tangan di atas arm rest sofa tersebut pandang bengang ke Damien. "Kenapa dengan saya?"balas dia dengan samseng sekali.

Damon pandang ke Devina dengan risau bila nampak keadaan tak terurus isterinya. "Sudah la tu Devina. Rehat-rehat la dari bergaduh dengan kami semua?"

Dengan laju kepala Devina berpaling memandang Damon. Kening dia mencerlung tajam yang menakutkan. "Awak pertahankan Damien ke?"soal dia dengan garang.

Damon nak buka mulut untuk berkata, tapi terlebih dahulu Damien bersuara.

"Perempuan gila ni patut masuk je dalam hospital sakit jiwa sana.Bukan dalam rumah ni. Sudah la buat orang cirit birit satu rumah, kemudian serang orang tiba-tiba...gila tak gila namanya tu!"dengking Demian dengan bengang sewaktu sedia hendak bangun dari duduknya. Namun dipegang Renna.

Devina kembali menjeling tajam ke Damien. "Awak marah ke Damien?Huh?Marah?"cabar dia dengan nada bengang yang dikawal terpaksa. Ikutkan hati mahu saja dia terkam dan cakar muka tu sampai calar balar!Geram pulak jiwa dia dibuatnya!

Rahang Damien berketik. Darah dia mula menyirap, nafasnya mula naik turun hilang sabar. Memang dia marah!Tak!Sebenarnya dia nak mengamuk! "Apa masalah kau hah!Tiba-tiba serang aku?Memangnya salah apa aku dekat kau!"tanya dia dari balik ketapan gigi.

Devina berdengus tak percaya, dia pandang ke Damien seperti mahu ketawa. Lalu dia pandang kanan dan kirinya dimana Damon, Marisa, Kenzo dan Renna sedang berada. "Dengar tak tu?Lelaki tak sedar diri ni tanya apa salah dia?Seriously?"soal dia bernada hendak ketawa tapi tak ketawa.

Renna pandang ke Damien lalu ke Devina. Susah sungguh la macam ni. Nanti kan kalau dia melawan, Devina akan tarik balik hak pemilikan harta dia, Kalau tak bersuara anak lelakinya teruk dikerjakan Devina pula!

"Kelakar ke sekarang ni masalahnya?"soal Damien yang kemudiannya berdiri tegak kerana berasa sakit hati taktala Devina seakan memperkecilkan dia. "Kau jangan melebih ya!Aku boleh susahkan hidup kau dalam sekelip mata. Ibu dan ayah aku akan kerjakan kau cukup-cukup. Damon boleh ceraikan kau!" ugutnya dengan mata menjegil bulat.

Terhambur ketawa Devina selepas itu. Dia pukul-pukul lengan sofa tu sambil ketawa.

Kenzo yang dengar pandang serba salah ke Damien, sementara Renna tundukkan matanya ke bawah tidak berdaya. Damon pula berkerut kening tak suka lepas dengar akan kata-kata Damien. Suka hati je nak tuduh dia akan ceraikan Devina!

"Ahhahaha!Apa awak kata?Ahahaha..."ketawa Devina sampai naik semput dia di buatnya. Dia pegang dadanya nak cari nafas kerana penat ketawa. "Ibu dan ayah akan kerjakan saya cukup-cukup?"tanya dia yang kemudiannya pandang ke mentuanya. "Betul ke ayah?Ibu?" tanya dia bersama sisa ketawa. Kelakar betul!

Damien ikut pandang ibu dan ayahnya. Berharap orang tuanya akan lakukan sesuatu. Namun tiada sebarang reaksi dari mereka berdua. Sebaliknya dua orang itu sedaya upaya larikan pandangan supaya tidak memandang Damien.

"Ayah...ibu?Jawab la. Ibu dengan ayah akan kerjakan menantu gila depan kita ni kan?" tanya Damien sambil tunding jari ke Devina.

Tidak semena tangan Damien kemudiannya di tampar oleh Damon sewaktu lelaki tu berdiri menghadang Devina postur melindungi.

Tersentak Damien setelah itu. Dia pandang terkejut kedepannya sebelum bersemuka dengan abang sulungnya yang membuat muka serius kepadanya. Keningnya terangkat tinggi!

"Damien...berhenti cakap macam tu tentang Devina. Hormat sikit. Dia kakak ipar kau. Dan aku takkan ceraikan dia kerana kau yang mintak. Faham tu?"tegas Damon dengan nada autoritinya.

Tercengang Damien selepas mendengarnya. "Apa kau cakap?"mata dia gerak ke belakang bahu Damon. Dia pandang Devina yang sedang duduk gaya bos di sofa tersenyum sinis kepadanya. Seakan beritahu 'See..i told you!'kepada dia.

"See...tak ada sesiapa dekat sini yang akan berpihak pada awak...even parents awak sendiri."kata Devina dengan jahat sekali. "Macam mana ni?Cry baby kena buli dan tak ada sesiapa nak bantu dia..."agahnya lagi sambil buat muka tercebik-cebik sebelum ketawa jahat. "Ahahahah"

Seakan gunung berapi mahu meledak, Damien gerak ke depan hendak menerkam Devina. "Betina tak guna!Kau memang nak mati!Aku sumpah!Aku akan cekik kau sampai mati! ArghhH!!!"marah dia yang akhirnya tidak dapat dibendung lagi kerana sudah terlampau menyirap. "Apa kau dah buat dekat keluarga aku ha!"

Damon yang sudah bersedia dekat situ, terus peluk badan Damien dan hadang adiknya dari dekati Devina serta merta.

Sambil letakkan dua jari di bawah rahangnya, Devina sikukan lengan kanan dia pada sofa tu lalu tersengih jahat memerhati tantrum yang dilontarkan oleh Damien. Wow!Nampaknya target dia terjerat dalam perangkap sendiri. "Oh-oh...someone get angry.."beritahu dia dengan dramatic.

Tercekik dengan air liur sendiri, mata Damien terbutang luas apabila mendengar kata-kata Devina. Dia baru apa?Tak mungkin!Dia tak mungkin kalah pada Devina.

"Hmm...nak buat macam mana ya. Nampaknya encik Damien Knight kita akhirnya terbabas jugak dari amarahnya."sakat Devina sewaktu bangun dari sofa itu lalu berdiri dengan kedua-dua tangan di belakang badan.

Damien jauhkan dirinya dari Damon yang memeluk tubuh dia supaya tidak menyerang Devina tadi. Dia dengan muka tergamamnya pandang devastated ke Devina setelah menyedari dirinya sudah termasuk dalam perangkap Devina. Lemah longlai seakan tenaganya jatuh, dia terduduk dekat sofa semula dengan muka termenung.

Terus Devina dekati Damon, dia pegang lengan tu lalu lingkarkan tangan sekeliling lengan tu sambil memandang Damien. "Kata orang hutang darah pakai darah, hutang duit pakai maruah. Jadi nanti pastikan awak tandatangan hak pemindahan harta itu ya. Kalau awak tak nak, siap sedia untuk hadap hakim Bersama saya nanti."pesan dia sebelum beri senyuman paling manisnya sewaktu sandarkan pipinya ke tepi lengan Damon.

Damon yang dengar hanya pandang wajah Damien tanpa berkata apa-apa. Dia tak dapat nak buat apa-apa.

"Dan lagi satu...tolong sertakan hak pemulangan harta kepada bekas isteri awak, Marisa sepenuhnya jugak secepat mungkin." beritahu Devina lagi.

Marisa yang berdiri dekat dalam ruangan itu sejak tadi tersentak memandang terkejut ke Devina. Tidak menyangka Devina tahu siapa dirinya di sini!

Renna berkerut kening sedih lalu gosok belakang badan anak lelakinya dengan kasih. Dia sendiri dalam situasi yang sulit, jadi tiada apa-apa yang dia dapat lakukan.

Kenzo terduduk di situ kerana letih dengan drama yang berlangsung sebentar tadi. Bila nak habis semua ni?Dia penat la!

21. Menantu Dari NerakaWhere stories live. Discover now