Bab 9 : Menantu Dari Neraka

3.1K 230 4
                                    

"Ingatkan dah lari terus?"perli Renna sewaktu mematai Devina yang sedang berjalan masuk ke ruang tamu utama agamnya. Seharian tidak kelihatan, malam baru muncul?! Perempuan jenis apa menantunya ni?

"Good evening mother."sapa Devina sebelum duduk menghenyak punggung ke sofa lantas bersandar letih padanya. Penat sungguh dia satu hari ni. Ke sana ke mari tak berhenti.

"Siapa izinkan kau untuk panggil aku ibu. Hanya ahli keluarga sebenar saja dibenarkan gelar aku 'ibu' dalam rumah ni."deram Renna dengan muka bengisnya.

Sedang Devina gerak nak selesakan diri di sofa, dia angkat mata ke Renna sewaktu ibu mentuanya membebel. Alah...macam la dia nak sangat gelar Renna sebagai 'ibu'. Gara-gara rasa respect pada orang lebih tua dari dia la dia panggil macam tu.

Lantas Devina berdengus mengejek.  Dia tarik sengih sinisnya. "Fine then. I call you Renna. Is it okay?"selarnya tanpa bertapis. Tua tak tua, kau kurang ajar, dia kurang ajar. Fair and square.

Kepalan penumbuk digenggam Renna dengan erat-erat menahan sabar mendengaran balasan kata dari menantunya. Amboi bahasa tu bukan main cantik ya! Dalam hati dah mula sumpah seranah akan Devina. Dari mana aje la menantu dia ni datang. Asal perangai bukan main lagi kurang ajar! Sumpah!Dia tak sangka  yang menantu dia ni lain dari calon yang sebelum-sebelum ni!

"Kenapa?Cat got your tongue?Tak tahu nak cakap apa dah?"sambung Devina lagi lepas tengok air muka keruh Renna yang seakan sedang merinding jengkel akannya. Berlagak..ingat dia ni apa?

Taktala takat didih kesabarannya dah sampai kemuncaknya, Renna berdiri dan menengking berang. "Kau jangan nak melebih ya. Aku boleh buat Damon susahkan hidup kau lebih dari halang kau sebilik dengan dia tahu tak!"

Devina ketawa jahat sambil lirik Renna dengan renungan tak sukanya. Itu je? Serius la!Kalau macam tu dia pun boleh buat perkara yang sama. Kelakar betul. "Marah ke?"tanya dia sambil lentokkan sedikit kepala ke kanan lalu sentuh ia dengan dua jari dibawah rahangnya.

Kening Renna terangkat tinggi setelah sedar apa yang dia baru saja lakukan. Sh*t! Dia dah naik marah!

Giliran Devina pula yang bangun. Lantas dia jalan mendekati ibu mentuanya selangkah demi selangkah sambil meletakkan tangan di belakang badan gaya ala tuan besar. Let see...siapa madam besar dalam rumah ni!

Mata Renna membulat sewaktu perhatikan Devina mendekati dia. Jadi takut tiba-tiba. Tapi dia tak tunjukkannya diwajah. Hanya diam-diam menelan air liur gemuruh saja.

Berdiri je Devina depan Renna, renungan dingin dan dalam terus ditujukan ke mata tu."It okay...kali ni saya lepaskan. But next time. No more chance for you mother. Kalau  ibu still jugak melenting atau naikkan suara pada saya. Secara officialnya harta ibu jatuh ke tangan saya. Are you understand?!" pesannya dengan nada mendatar.

Kening Renna berkerut mahu naik angin sewaktu berasa tergugat dengan kata-kata Devina. Dan baru saja dia nak buka mulut, pintu ruang tamu itu terbuka lantas anak lelaki sulungnya, Damon berjalan masuk ke dalam ruangan. Serta merta terlintas satu idea di fikirannya.

Tidak semena, Renna angkat tangan lalu menampar pipi sendiri lalu jatuhkan diri ke lantai itu.

"Tolong!Maafkan ibu!"raung Renna dengan dramatik sekali. Siap menangis lagi tu.

Devina yang lihat kejadian itu terkebil-kebil bingung. Semuanya berlaku dalam sekelip mata sampai dia tak sempat nak kedipkan mata pun lepas Renna tampar pipi sendiri lalu jatuh di depannya.

"Ibu!"panggil suara Damon dari belakang dengan lantang tiba-tiba.

Melompat terkejut Devina di buat suara lantang tu. Kepalanya pun dengan laju di palingkan ke belakang untuk lihat.

"Damon!Tolong ibu...isteri kamu!Dia sakiti ibu!"lakon Renna sambil teresak-esak menangis tiada air mata.

Mendengar akan tuduhan itu, Devina buat muka 'WTF' sewaktu tunduk memandang Renna di lantai depan kakinya. Suka hati je nak menuduh! Sentuh pun tidak, inikan lagi tampar. Dasar drama queen betul.

Pada masa itu la Damon tiba di depan Renna sebelum bantu ibunya bangun dari situ. "Apa yang dah berlaku ni?"soal dia sambil pandang Devina.

"Mana la saya tahu...ibu awak tu hah yang tiba-tiba tampar diri sendiri kemudian terjatuh dekat situ..."cebik Devina sambil menyilang tangan ke dada. Berasa jengkel dengan tuduhan Renna terhadap dia. Macam sh*t je punya perangai!

"Takkan la dengan orang tua pun awak tak boleh nak bertimbang rasa?!Perlu ke tayang perangai tak guna awak tu dekat semua orang! Sedar la sikit. Diri tu bukan muda lagi. Buat la perangai matang!"keluh Damon dengan nada marah yang terpaksa di kawalnya.

Devina apa lagi. Berderau marah la jadinya lepas dirinya diperendahkan macam tu sekali dengan Damon. Dan bila dia ternampak sengih meleret di bibir Renna, Devina tersentak sendiri. Oh...nak buat dia marah ke ni? Menjadi la. Fine. Kalau ini yang mentua dia mahukan. Dia pun boleh berlakon jugak.

"Sikap mana yang awak maksudkan?Ini memang sikap saya. Tiada apa yang saya perlu ubah sebab ini memang saya...kalau awak tak tahan, ceraikan saya. Dan semua ni akan settle. Simple as that."kata Devina dengan bersahaja.

"Hei perempuan tak guna. Isteri jenis apa kau ni hah kurang ajar dan melawan kata suami sendiri. Parents tak ajar ke!"komen Renna dengan muka bencinya.

Dengan pantas Devina palingkan kepala ke Renna lantas tarik sengih jahatnya. Aip!Ungkit parents dia pulak. Tak tenang mereka dalam kubur tu nanti kan! "Hahaha...baru sekarang ke nak tanya...?"soal dia sewaktu pandang kagum ke Renna. "Let me introduce you then...saya Devina Winter...menantu dari neraka untuk keluarga ni.And yes. Parents saya ajar saya. Mereka ajar saya untuk respect orang yang tahu nak respect saya. Dan kenapa saya perlu respect orang yang sendiri tak pernah nak respect saya? Am I right?"baru la dia pandang ke Damon dengan kening terangkat tinggi.

Damon mengetap rahang. Tahap kesabaran dia semakin menipis. Rasa macam nak tampar pun ada muka Devina ni. Tahu tak sebab Devina tak balik satu hari ni, dia susahkan dirinya dan batalkan semua urusan kerja dia semata nak temankan nenek Devina uruskan urusan orang tua tu. Dan balik-balik je kena hadap perangai bitch Devina pula!

Berasa puas melihat reaksi dua beranak di depannya, Devina turunkan tangan yang bersilang di dada ke bawah lantas gerak mencapai beg tangan dari sofa. Better dia berhambus! Tanpa berkata apa-apa lagi badannya dipalingkan mahu pergi dari situ.

"Nak ke mana lagi tu?"soal Damon tanpa memandang Devina. Tangannya mengepal penumbuk menahan marah yang sedang menggunung di dalam dadanya.

"Anywhere...Except this house."Devina palingkan kepala ke balik bahunya.

"Tak boleh. Malam ni dan sampai bila-bila. Awak tak dibenarkan keluar dari rumah ni melainkan saya yang izinkan."baru la Damon pusingkan badan dia menghadap Devina. Renungan mencerlung terarah pada isterinya.

Devina yang dengar cengkam kuat pemegang handbagnya. Apa Damon cakap!?"Kenapa pulak saya kena dengar kata-kata awak?" bantahnya.

"No!Damon. Biar perempuan ni duduk luar." tegah Renna sambil merangkul lengan anaknya.

Damon tidak hiraukan Renna. Dia malah terus gerak ke Devina lantas cengkam lengan tu dengan kuat. Ditarik Devina mendekat ke depan dadanya dengan paksa.

Devina menahan nafas terkejut bila Damon pegang dia. Kepalanya kemudiannya didongak ke atas nak lawan renungan marah tu.

"Awak isteri saya. Dan saya suami awak. Apa saja kata saya, awak harus patuh akannya. Better awak dengar sementara saya cakap elok-elok."desis Damon di depan muka Devina setelah itu.

Devina tidak membalas. Dia hanya diam mengetap gigi erat-erat sebab nak tahan diri dari melenting di situ. This gonna be hellway untuk dia!

21. Menantu Dari NerakaWhere stories live. Discover now