Bab 39 : The King Has Fallen. Here Come The Queen.

2.7K 206 2
                                    

"Atuk tahu...kalau saya jadi atuk, saya takkan berani kacau apa yang bukan hak milik saya."kata Devina lagi sambil pusing-pusing cermin mata hitam yang ada di tangan kirinya. "Adakah ini cara atuk hendak bermain?"

"Dah memang betul kan!Kamu simpan semua harta anak-anak dan cucu saya. Kalau bukan kamu dimana harta mereka sekarang?Kenapa saya check semua rekod mereka tidak lagi memegang sebarang harta!"dengking Knight dengan berang sekali.

Devina menjungkit bahu sambil buat muka tak kisah. "Mana la saya tahu. Kenapa atuk tanya je diri atuk dekat mana harta mereka sekarang ni?"

Berasa berang dengan sikap bersahaja dan dramatic Devina, Knight tumbuk kepala lututnya dengan kepala penumbuk tadi kuat-kuat.

"Apa?"soal Knight dengan kening berkerut tak puas hatinya. "Apa kaitannya dengan aku?Ini semua kerja kau!Kau rampas harta dia orang dan edarkan kepada tikus-tikus pengemis dekat luar sana kau ada hak untuk semua harta tu!"

Buat beberapa saat Devina hanya diam memandang Knight yang sedang naik angin itu. "Atuk marah bila harta sendiri di sentuh oleh orang lain?"tanya dia. "Macam tu la yang orang lain rasa bila harta mereka dirampas dari mereka secara paksa tanpa sebab. Sama macam apa yang atuk rasa. Marah. Benci. Tertekan. Sebijik!"beritahu dia.

Air muka tegang Knight jatuh kepada tergamam lepas mendengarnya. Mulutnya terbuka sedikit kerana kelu tak terkata.

"Jangan risau. Saya akan pulangkan semuanya kepada atuk. Setiap sen. Setiap asset. Akan saya pulang. Tapi ada cagarannya."lantas beg tangannya di letakakn atas riba sebelum dia keluarkan satu fail biru plastic darinya lantas di campak ke atas meja kaca depan mereka.

Mata Knight terarah pada fail itu sebelum ke Devina semula. "Apa tu?"tanya dia.

"Harta keluarga atuk yang saya rampas la."kata Devina. "Semuanya saya dah pindahkan atas satu syarikat. Di atas satu nama yang sama. Dan di atas kuasa yang sama. Iaitu dibawah nama atuk sendiri. Which mean the one that have illegal asset and dark money is you. Only you."beritahu dia sebelum menarik senyuman lebar penuh kepuasan.

Seakan baru ditampar, Knight dengan kalut capai fail tersebut lantas di belek dengan kelam kabut. Bagi hendak tertanggal jantung dia sebaik mendengarnya. Sebaik dia baca setiap butiran yang ada di dalam kertas di fail itu, tangannya mula menggigil marah.

"You know...langit tak selalu cerah tau.Ada masa tu ia mendung. Ada masa tu ia cerah. Dan kadang-kadang hujan. Jadi jangan la nak mendongak sangat!Sebab takut tersandung pulak nanti."kata Devina semasa mengenakan cermin mata hitam ke wajahnya semula. "Good luck. Sebab maklumat dalam fail ni saya dah hantar pada jabatan cukai dan anti rasuah negara."beritanya semasa bangun dari situ.

Lantas fail yang ada di tangan Knight jatuh ke lantai. Lelaki itu dongak memandang Devina dengan kening berkerut tak percaya. "Kenapa lakukan semua ni?Siapa kamu sebenarnya?!"tanya dia dengan lemah.

Devina yang baru sahaja nak bergerak itu berdiri sekejap menghadap Knight. Dari balik cermin mata tu, dia tenung wajah tua Knight dengan hati yang hiba dan terkilan. "Seseorang yang cuba berikan kehidupan yang lebih baik kepada mereka yang telah tertindas?"kata dia sambil menjungkit bahu tidak pasti. "I don't know why I'm doing this. But what I know. People like you have to be terminate from this community. Cause parasite can't always keep living among human. They cause harm."jawabnya. "Memandangkan tiada apa-apa lagi, saya minta diri dulu. Semoga Berjaya Knight Royal."pamitnya setelah itu sebelum bergerak ke arah pintu pejabat dengan derap langkah yakin.

Checkmate!

The King has Fallen!

Here come the Queen!

21. Menantu Dari NerakaWhere stories live. Discover now