Bab 44 : Kepala kau!

2.8K 202 4
                                    

4 tahun kemudian.

"Arghh!!!!!Sakit!"

Bagai nak pecah gegendang telinga, orang yang berdiri dekat sebelah dah buat muka tak suka.

"Naylie!Berhenti la menjerit!"minta Devina sambil peluk pinggang kawannya erat-erat.

"Macam mana aku tak menjerit!Sakit woi nak beranak ni!"ngerang Naylie.

Devina buat muka masa dengar suara nyaring Naylie sekali lagi. Masa ni mereka sedang bergerak ke arah lif. Hendak hantar Naylie ke hospital. Katanya beberapa minggu sebelum due date. Entah macam mana boleh pulak nak terberanak masa orang tengah sibuk sediakan makan malam.

"Mama!"panggil suara kecil yang berada di sampinya tiba-tiba.

Devina tunduk. dia lihat anak lelakinya berusia 4 tahun sedang pegang kain kardigennya sewaktu tangan dia tekan butang untuk turun. "Ya sayang?"sambutnya.

"Kenapa aunt naylie terpekik-pekik?"tanya Danish dengan mata bulat ingin tahunya.

Tak sempat Devina nak jawab, Naylie menjerit lagi.

"Argh!!Haden!!Memang sampai bila-bila aku bencikan kau!"ngerang Naylie sambil panggil nama suaminya itu. Yup,dua orang ini akhirnya berkahwin dua tahun lepas. Dan baru tahun ni nak dapat anak. Itu la kata orang, jangan benci sangat nanti jadi suka!Hah!Kan berkahwin jugak dua orang sin chan ni!

Dan seperti tahu-tahu, muncul la lelaki dengan beg pakaian dan jaket tak sempat sarung, muka cuak gelabahnya dari hujung koridor tu mendekati mereka.

"Coming!"laung Haden.

Devina yang dengar pandang ke tepinya lantas ternampak Haden menghampiri dia dalam keadaan tercungap-cungap. "Dah bawa semuanya?"tanya dia. Memangkan ini adalah anak first Haden dan Naylie, keadaan memang akan kelam kabut macam ni. Lagi-lagi first experience.

"Adakah kau macam ni masa nak beranak Devina?"soal Haden sambil pegang dinding nak ambil nafas sebab dia kena packing barang kemudian berlari ke sana cari dompet la dokumen penting la apa lagi. Dah habis tu kena bergegas ke pintu lif pula.

Devina tersenyum nipis. Dia tak tahu nak cakap macam mana. Kalau salah cakap takut kawannya sebelah ni akan jadi takut pulak. "Aku lebih teruk dari dia. tak percaya tanya Damon."katanya. Bantai la!

"Urgh!Sakitnya.."rintih Naylie lagi sambil pegang perut.

Devina gosok belakang badan Naylie. "Sabar ya. Kita sampai kejap lagi. Tahan sikit."pujuk dia sewaktu palingkan kepala ke Naylie. Kesian kawannya.

Haden tunduk memandang Danish yang sedang diam dan bersahaja dekat sebelah Devina. Agaknya dia dapat anak perempuan ke anak lelaki ya?

"Hei...Buntal. Awak tak pernah beritahu saya pun jantina anak kita?"tanya Haden semasa pandang ke isterinya yang sedang berkerut-kerut muka menahan sakit.

Bersama nafas naik turun menahan sakit,Naylie pandang tak percaya ke suaminya. "Seriously??Itu yang awak tanya?"

"Yalah"

Devina pandang ke Haden dan Naylie silih ganti. Mula dah dua orang ni!

"Kan saya cakap saya sendiri tak tahu. Itu la saya suruh datang check up dengan saya awak busy dengan kerja. Dan sekarang baru awak nak tanya?"soal Naylie.

"Habis tu jadual check up bercanggah dengan jadual saya. Nak buat macam mana. Kalau awak tanya dari awal dan beritahu saya memang la saya tahu kan?"bidas Haden pula.

"hey..guys!Cut it off!"tegas Devina. Haih...masa macam ni sempat lagi nak bertekak.

Dia pandang Devina."Tak adalah...kalau anak aku boy, boleh la jadi geng Danish. Kalau anak aku girl boleh la aku jodohkan dia dengan anak kau..."seloroh Haden sambil gosok atas kepala Danish sambil tu.

"KEPALA KAU!"dengan serentak Naylie dan Devina berkata. Belum apa-apa lagi dah fikir macam tu.

Mendengar suara itu, Danish dongak memandang ke atas. "Apa yang kepala kau?"soal dia blur-blur sebelum suap lollipop ke dalam mulut lalu di gulum dengan berselera.

Ketiga-tiga orang dewasa itu ikut tunduk memandang anak kecil yang ada di tengah-tengah mereka. Tersentak sendiri sebab baru sedar yang di situ ada anak kecil!

"Ahaha...kepala kau!"ulang Danish lagi sambil tersengih menampakkan barisan giginya yang penuh dan teratur itu.

Tidak semena Naylie yang sedang dalam kesakitan itu turut ketawa kerana terusik dengan kecomelan anak Devina. Lantas diikuti Devina dan Haden yang ketawa kerana berasa lucu melihat cara penyampaian Danish tadi.

21. Menantu Dari NerakaWhere stories live. Discover now