Bab 11 : Pelan Satu

3K 217 4
                                    

Kringg!!!!!!!!

Tersentak kepala tu dari atas bantal dengan lekas bila dengar bunyi deringan loceng yang kuat lagikan dekat tu. Bersama mata terbutang luas, Kenzo bangun dari baring dia untuk cari tahu dari mana pulak bunyi jam loceng ni datang. Setahu dia tak pernah pulak dia guna jam loceng.

Baru saja Kenzo nak sedarkan diri dari mamainya, tak pasal-pasal bunyi sesuatu meletup diselangi dengan jeritan kuat kedengaran dari bilik air.

POP!

"Argh!"teriak Renna dengan takut sekali.

Terkebil-kebil bingung tak tahu nak buat apa, Kenzo dengan lekas turun dari katil lalu bergegas ke arah bilik air. "Apa?Ada apa?"tanya dia sebaik tiba di depan pintu bilik air. Sekali lepas dia pandang, Renna sudah bersimpuh di atas lantai dengan kepala tertunduk ke bawah. "Apa yang berlaku?"

Dalam keadaan terketar-ketar Renna pun angkat tangan dia. Dan lepas dia angkat tangan, dia tunjuk ke mangkuk tandas yang di duduk tadi. "Ada orang letak sesuatu di bawah penutup mangkuk tandas ni.."beritahu dia.

"Hah?Apa bendanya?"Kenzo yang masih belum sedar sepenuhnya dari mamainya, dekati mangkuk tandas tu. Sekali lepas dia check, ada bekas kantung mercun pop-pop melekat di bawah penutup tu. Jadi bunyi meletup tu kerana mercun ni? "Macam mana benda ni boleh ada dekat sini?"tanya dia sambil pandang isterinya.

Renna angkat kepala lalu tayang muka dia yang sedang kemerahan sebab terlalu marah dan terkejut yang amat sangat. "Siapa lagi kalau bukan menantu awak tu! Ini pasti prank dari dia untuk buat kita marah!"marahnya. "Saya tak tahan la dengan dia tu!"rengek dia sambil pukul permukaan lantai.

Kenzo garu belakang kepalanya yang terasa gatal. Kalau macam tu bunyi jam loceng tadi tu? "Awak ada guna jam loceng ke?"tanya dia.

"Bukan saya...ini semua kerja dia la. Saya bangun pun gara-gara bunyi jam loceng la. Tapi saya tak jumpa dekat mana jam loceng tu sejak tadi. Itu saya ke bilik air nak buang air kecil, sekali tu ini yang terjadi.."ngadu Renna dengan nada jengkel merengeknya. "Lakukan sesuatu mengenai hal ni Kenzo!"

"Awak kan yang beria nakkan dia sebagai menantu..sekarang bila semua ni berlaku awak nak marah pula."keluh Kenzo.

Renna yang dengar terus bangun dari lantai tu lalu buat muka berang ke suaminya. "Itu sebelum saya tahu dia bukan macam orang lain...perempuan ni...dia bukan sebarangan perempuan...dia setan...dia akan buat kita naik angin bila-bila masa!"deramnya dengan mata menjegil bulat.

"Habis tu apa awak nak saya buat sekarang ni?"soal Kenzo.

"Lakukan sesuatu...sesuatu yang boleh buatkan dia naik angin dan melenting!Dengan itu semua pertaruhan ni akan selesai. Damon akan ceraikan perempuan sewel tiga suku tu dan halau dia keluar dari sini."aju Renna dengan nekad. "Sebarkan fitnah tentang syarikat dia nak muflis ke apa ke...apa sajala...janji dia naik angin!"

Kening Kenzo berkerut tak suka bila suara nyaring isterinya bergema dalam bilik air. Bingit telinga dia.

"Yalah...yalah. Saya akan uruskan sesuatu mengenainya.."ngalah Kenzo. Haih bagi dia kerja betul la!

Renna kuak rambutnya ke belakang dengan rimas lalu pandang akan pantullan dirinya di cermin sinki. Habis rosak imej kedatinan dia sebab serabutkan kepala pasal menantu nerakanya ni! Stress! Elok tak beruban, jadi beruban terus rambut dia nanti!

21. Menantu Dari NerakaWhere stories live. Discover now