Bab 13 : Serve You Very Right

2.9K 241 1
                                    

Tidak lama selepas Damon keluar, Devina turun ke tingkat bawah untuk ke ruang makan untuk dapatkan sarapan.

Pada awalnya, Devina sangka dia tidak bertemu dengan mana-mana ahli keluarga dalam rumah ni memandamngkan jam masih awal lagi. Baru masuk 7 pagi. Matahari pun belum tegak munculkan diri.

Sekali tu, sampai je dekat ruang makan tu dia disapa dengan bapa mentuanya, Kenzo. Biasanya lelaki berusia 50 tahun ini kelihatan smart dan bergaya, namun tidak hari ni nampaknya.

"Morning father."sapa Devina dengan ceria sewaktu mendekat.

Kenzo angkat mata dari pinggan makanan ke Devina. Kecik besar je dia perhatikan menantu sulungnya ini. "Seorang saja?"soal dia dengan nada tidak puas hati.

Devina pandang kanan dan kiri dia cuba nak pastikan dia ada orang lain bersama ke sekarang ni. Memangnya bapa mentua dia ni expect siapa? "Daa...obviously I'm alone. Nampak ada orang lain ke dekat sini?"balasnya sambil tarik kerusi lalu duduk menghenyak punggung di situ.

Mata kiri Kenzo berdenyut bila mendengar balasan kata dari Devina. Sikit pun tidak menyenangkan hatinya. "Damon la siapa lagi?"soal dia sedaya upaya tidak kedengaran marah.

"Dah keluar la..."Devina capai gelas berisi jus oren di depannya lalu di sisip sedikit kemudiannya.

"Kenapa kamu tak ajak dia sekali untuk bersarapan sama?Memangnya kamu ingat perut kamu saja perlu diisi?Orang lain tidak!?"kata Kenzo lagi dari balik ketapan gigi. Dia mula hendak merinding jengkel bila Devina jawab acuh tak acuh setiap soalan yang dia ajukan. Tak reti apa nak hormat orang tua!?

Devina pandang ke Kenzo sewaktu dia capai roti bakar dari pinggan di depannya lalu diletakkan atas pinggannya. Hak-alah. Dah apahal pulak ayah mentuanya ni. Pagi-pagi nak menyentap dengan dia. "Ayah...anak ayah tu dah tua bangka pun...tahu la dia nak makan sendiri...tak payah nak di ajak bagai. Pandai-pandai dia la nanti. Kalau lapar dia makan. Kalau tak lapar ya tak makan. Ayah ni dah kenapa nak menyentap dengan saya awal pagi macam ni?Period ke?" balasnya dengan nada tak peduli.

Dada Kenzo mula naik turun hendak hilang sabar. Hidungnya kembang kempis keberangan. "Kamu tanya kenapa dengan ayah? Kamu tak tahu atau buat-buat tak tahu?"getusnya dengan geram. Tak berani nak tinggikan suara walaupun dada dia dah membuak-buak hendak.mengamuk.

Dengusan kecil lepas dari hidung Devina lepas dia dengar. "Kenapa?Bunyi jam loceng tu tak cukup kuat lagi ke?"sindir Devina sambil.menyapu jem blueberry pada roti bakarnya. Teringat dia jam 1 pagi tadi. Dia selinap keluar dari bilik curi-curi masa Damon tengah nyenyak. Sejam jugak dia cuba cari bilik tidur Kenzo dan Renna. Jumpa je, dia masuk dalam bilik tu lalu letakkan bluetooth speaker dekat bawah tilam tempat mereka baring. Satu untuk Kenzo, satu untuk Renna. Lepas tu dia tampal double sided dekat mangkuk tandas bilik air Kenzo dengan mercun pop-pop.

BAM!

Permukaan meja di tumbuk kuat dengannya."Kamu sudah melampau!"mengaum akhirnya Kenzo kerana tidak lagi dapat membendung amarahnya. "Ingat tempat ni taman permainan kamu ke!"

"Pfft....AhAhHHHahah!!"Devina tersembur lucu lantas terbahak-bahak dongak sewaktu ketawa. "Ayah...ayah marah ke?"tanya dia dengan sisa ketawa.

"Nampak aku tengah ketawa ke sekarang! Ingat kelakar ke!"bentak Kenzo sambil memukul permukaan meja tu beberapa kali.

Sambil seka air mata dari tepi matanya, Devina sober kan diri dia dari ketawanya lalu duduk sandar ke kerusi sambil silangkan kaki.kanan atas lutut kaki kirinya.

"So...ayah mengaku la ayah marah ni?"tanya Devina dengan renungan penuh muslihat dia. "Saya tak sangka secepat ini pertaruhan kita akan berakhir."sengih dia menayang barisan gigi.

Seperti baru di siram ais ke badan, Kenzo terpempan di situ. Wajahnya serta merta menjadi pucat lesi sebaik sedar apa yang baru saja berlaku.

Devina tersengih gembira. "Well...well tengok siapa masuk perangkapnya sendiri. Dengan ini secara rasminya harta Knight Kenzo jatuh ke tangan Devina Winter."lafaz dia dengan nada serius dan renungan gelap ke bapa mentuanya.

Tersandar lemah Kenzo lepas mendengarnya. Dia pandang bungkam ke Devina seakan baru terima khabar orang mati.

"Tak...tak mungkin. Aku takkan biarkan kau rampas harta aku macam tu je. Aku akan susahkan kau Devina...aku akan malukan nama baik keluarga kau!Aku akan jejaskan reputasi company kau!"lafaz Kenzo dengan nekad namun kelihatan cemas dan terdesak.

Devina capai roti tadi lalu digigitnya dengan berselera sambil pandang Kenzo. Sebaik di gigit dia kunyah dengan perlahan. "Cuba la...saya nak tengok. Sejauh mana ayah boleh jejaskan diri saya kalau saya adalah seorang yang muflis dan tidak mempunyai apa-apa?" balasnya dengan nada bersahaja.

"Apa maksud kamu?"Kenzo kembali duduk tegak dan sandarkan deoan badan ke meja. "Muflis?"

Devina angguk kepala. "Yup...saya dah mufliskan diri saya. Jadi sekalipun ayah cuba burukkan nama saya atau company, tiada apa-apa yang bakal beri kesan pada saya...buat la. Saya nak tengok..."cabar dia lagi.

Terkedu Kenzo buat kali kedua. Jantung yang sedan mengepam darah ke otak semakin melaju. Buatkan dia hampir hendak pitam. Tak mungkin!

"Ingat ya...ayah dah tandatangan perjanjian saya. Jadi suka atau tidak, ayah perlu tukar harta ayah atas nama saya sepenuhnya. Faham?"pesan Devina lalu tersenyum mesra pada Kenzo.

"Kalau aku tak nak...apa kau akan buat?"cabar Kenzo pula. Dia takkan berundur dengan mudah.

Soalan itu buatkan Devina yang mahu suap roti ke dalam mulutnya semula tak jadi. Mata dia terus menjeling tajam ke Kenzo dan roti di tangannya di letakkan semula atas pinggan.

Excuse me? Devina buat muka samseng masa pandang tu. "Sorry apa dia tadi?Tak nak?"kening sebelah kanan di jungkit dengan sassy. "Are you sure about that?If I were you...I would never say no or disobey me..." beritahu dia.

"Memangnya kau boleh buat apa pada aku hah?Aku mempunyai kuasa terbesar dalam bandar ni. Perempuan picisan macam kau takkan dapat apa-apakan aku!"deram Kenzo dengan bengis sekali.

"Of course you are. Saya tak nafikan kuasa ayah lebih besar dari saya. But there is one thing that you should know...that I know what you did last summer ago..."beritahu Devina sebelum tarik sengih meleret dia. Nak main ugut-ugut kan...why not!

"Apa maksudnya?Apa yang berlaku pada musim panas tu?"soal Kenzo bingung-bingung.

"Tak ingat?"tanya Devina pula. "Nak saya tolong ingatkan ayah ke?"

Diam-diam, Kenzo mengepal penumbuk di bawah meja. Tak mungkin! Tak mungkin Devina tahu!

"Okay...let me remind you what happen at summer time 10 years ago..."senyum Devina dengan jahat.

21. Menantu Dari NerakaWhere stories live. Discover now