Bab 46 : Mr. Menjengkelkan.

4.8K 322 31
                                    

Makan malam itu meriah dengan suara ketawa dan borak sakan mereka di ruang makan tersebut. Seorang demi seorang sibuk menceritakan apa yang berlaku di hari mereka.

"Kau bila nak kahwin?"tanya Damien kepada Danzo.

"Aku pulak. Kau yang lagi tua asal tak kahwin lagi?"balas Danzo sewaktu mencapai pinggan yang disuakan oleh Devina kepadanya.

"Aku tak ada teman wanita...tak macam kau..." kata Damien sebelum Tarik sengih meleretnya semasa tunduk mengerat makanan dalam pinggan.

Tersentak kepala Renna lepas dengar. "Apa?Danzo dah ada girlfriend?"soalnya dengan nada tak percaya.

"Woah!Hold up!Kenapa ayah tak tahu tentang hal ni?"soal Kenzo pula sambil mengunyah.

Danzo menjeling gerak ke Damien. Mahu melemparkan kata-kata carut kepada abangnya. Dasar si mulut tempayan!Langsung tak boleh nak tutup mulut! "Mana ada."nafi dia.

"Dia tipu, hari tu kan Damien nampak dia keluar makan dengan seorang cik ni.."adu Damien yang saja nak kenakan adiknya.

"Hei!Mana ada!"marah Danzo.

Damon yang perhatikan perbalahan mereka tersenyum senang. Dia sukakan keluarganya yang versi ini.Lebih neutral dan tidak terikat dengan sebarang peraturan dan kekangan. Dan dia harap selamanya akan begini! Lantas dia palingkan kepala dimana Devina sedang duduk memerhati Danish makan di kerusi baby. Melihat wajah itu sudah cukup buat dia senang hati dan berbunga.

"Makan sayur ni."

"No."

"Makan."

"No."

"Fine. Kalau ada cacing dalam perut kamu, jangan merengek dekat mama. Sebab mama takkan kasihankan kamu."kata Devina sambil sua brokoli depan mulut Danish.

Danish membulatkan mata. "Cacing?"

"Ha'ah..worm. You know thingy like noodle that roaming inside you?"kata Devina sambil buat muka kengerian. Saja nak takutkan anaknya biar rajin makan sayur bukan daging semata!

Sepantas kilat seperti angin lalu, tangan Danish capai brokoli yang tercucuk pada garpu lalu di suap ke dalam mulutnya.

"Macam tu la anak mama...sekarang habiskan makanan kamu."pesan Devina sebelum gerak hendak hadap makanannya. Dan baru saja dia nak gerak capai garfu, tidak semena muncul satu garpu dengan daging di depan mukanya. Sambil pandang terkejut dia palingkan kepala ke sisi sebelum ternampak tukang hulurnya.

"Ahh...saya suapkan."aju Damon pada Devina sambil tersenyum.

Berasa lucu dan suka pada masa yang sama Devina buka la mulutnya.

Sekali tu, Damon gerakkan garpu tu ke mulut Devina sebelum dimasukkan ke mulutnya sendiri. "Ah-ha. Terkena."sakat dia sambil kunyah daging tu.

Terus Devina buat muka bengangnya. Macam tak guna je!"Tidur dekat sofa malam ni!" rajuknya.

"Ahahah...sorry. Gurau je."ketawa Damon lepas Nampak muka tak puas hati isterinya. Lantas dia gerak mengucup pipi tu. "Nah....saya suapkan betul-betul ni."ajunya semula dengan potongan daging yang baru.

Sambil buat muka tak puas hatinya, Devina pun pandang Damon dengan curiga. Namun mulutnya tetap di buka. "Ahh!"nganganya.

Sekali lagi Damon kenakan Devina. Dari daging yang masuk ke mulut, Damon letakkan potongan melon ke dalam mulut tu lantas ketawa berdekah-dekah.

Devina yang bengang dengan perangai Damon terus tampar kuat peha lelaki tu! Hish! Selamanya Mr. Menjengkelkan ini akan sandang nama ni!

Selepas kejadian muflis tempoh hari, Devina telah bantu keluarga Damon untuk bina hidup baru mereka. Dari segi kewangan dan jugak kerja. Devina sediakan peluang untuk mereka pilih apa yang mereka hendak lakukan.

Pada tahun kedua selepas berpindah ke tempat baru iaitu kampung halaman papa Devina lahir, Kenzo telah pilih untuk bersara dari terlibat dalam dunia bisnes atau apa saja yang melibatkan wang yang banyak. Dia pilih untuk berkebun dan menukang sebagai aktiviti meluangkan masa tuanya.

Diikuti dengan Renna, yang sebenarnya berminat dalam bidang bakeri telah di berikan sebuah kedai roti dan kek. Dan dari situ la Renna tonjolkan bakat tersembunyi dalam pembuatan kek dan roti. Tak sampai enam bulan kedai itu di buka, kedai Renna menjadil viral dan terkenal di kalangan penduduk sekitar. Sehingga la sekarang ia beroperasi.

Sementara Danzo yang berminat dengan kereta serta kenderaan mewah telahpun membuka bengkel kereta sendiri. Di situ dia jual kereta dan baik kereta atau modified ikut permintaan kliennya. Oleh kerana kepakarannya itu, Danzo terpilih sebagai pasukan baiki kereta di litar lumba berprestij.

Damien yang sebenarnya minat pada seni dan galeri sudahpun mempunyi pusat pameran galerinya sendiri. Yang mana menggunakan wang hasil jualan hasil seni yang dihasilkan oleh dirinya sendiri. Devina nak tolong tapi Damien pilih untuk bina semuanya dari hasil titik peluh sendiri. Yang mana Berjaya!Damien kini terpilih menjadi duta majalah galeri terkenal yang memperkenal hasil-hasil kary berkualiti.

Akhir sekali Damon, bekerja sebagai eksekutif sebuah syarikat terkemuka ditempat itu yang mana kepunyaan keluarga Devina sendiri. Tapi sewaktu kali pertama bekerja di situ Damon tidak bermula dari atas. Dia mula dari sebagai pekerja kontrak kemudian staf biasa. Oleh kerana kebolehannya baru la dia perlahan-lahan di naikkan pangkat dan menjadi orang paling Berjaya dalam syarikat tersebut.

Datuk Knight masih di penjara menjalani hukuman beliau. Namun ada kadang kalanya beliau di lawat oleh Kenzo dan anak-anak Kenzo. Saudara mara lain tak pernah pun jenguk. Tapi kerapnya Devina la yang pantau kebajikan Knight sepanjang tempoh lelaki itu di penjarakan.

Nenek Devina, Mariah kini luangkan masa melancong ke serata tempat Bersama suami barunya yang ditemui tiga tahun lepas di sebuah parti charity.

Manakala Devina. kini menjadi ibu kepada dua orang anak, lelaki dan perempuannya. Seorang suri rumah tangga sepenuh masa dan menantu yang baik pada mentuanya. Tiada lagi perangai hantu menyakitkan hatinya.

~TAMAT~

21. Menantu Dari NerakaWhere stories live. Discover now