Bab 19 : Kerja Gila!

2.8K 207 0
                                    

Entah kenapa paginya bermula dengan begitu ceria, Segalanya terasa mudah dan selesa. Mula-mula dia tak bertembung dengan Damon sebab mungkin lelaki tu keluar awal untuk ke tempat kerja. Yang mana dia suka, sebab kejadian lewat malam masih lagi terngiang-ngiang dalam kepala dia. Kalau jumpa pun mesti dia tak tahu nak buat apa. Lepas tu tak ada kesesakakan masa nak ke company Haden. Sarapan pulak sedap.

Tapi tak tahu pulak semua ini hanya suatu petanda menanti tenang sebelum rebut!!

"Yes!"

"No."

"YES!"

"I say no."

"Urgh!!"bengang dengan semua itu, Devina berpaling menghadap papan putih yang tertera pelbagai coretan dan peta minda. "You see this?It already made. I can't do it again!"tunjuk dia pada Haden. Apa masalah lelaki ni?Dah kenapa tiba-tiba nak cancelkan semua konsep yang dia dah reka. Tahu tak nak buat jalan cerita ni bukan senang. Beritahu pulak last minute!

Kerja gila semua ni!

"Aku nampak. Still...aku akan batalkan konsep cerita ni. Kau kena buat cerita lain. Banyak feedback minta supaya kau buat cerita mengenai thriller dan suspence seperti pembunuhan or something like that."kata Haden semasa pandang ke skrin ipad lalu tulis sesuatu dengan pen ipad di skrin itu.

Mencekak pinggang Devina di buatnya. Dia pandang mencerun. Siut betul!

"Yang awak baru beritahu saya hari ni kenapa?Release date promotion novel saya seminggu dari sekarang. Mana sempat saya nak prepare semua ni dalam masa sesingkat tu."beritahunya.

Sambil buat muka tak kisah dan berlagaknya, Haden pandang ke Devina lalu naikkan cermin mata ke batang hidungnya sambil tu. "Sebab kuasa beri keputusan atas aku. Company aku. Duit aku. Dan kau bekerja untuk aku. Even kita adalah rakan kongsi dan 'kawan baik' tak bermakna kau kena tidakkan permintaan aku."katanya sambil tekankan perkataan kawan baik tu.

"Hah?"Devina buat muka 'WTF' dia lepas dengar, Mulutnya ternganga sedikit sebab tak terkata dengan kenyataan yang diberikan oleh Haden. Elok saja dia ada mood nak berkerja. Terus rosak gara-gara meeting mengejut ni!"Awak sengaja ke apa ni?"tanya dia sambil mengepal penumbuk menahan sabar. Kenapa dia rasa Haden macam nak kenakan dia?Hari tu okay je. Dah kenapa pulak nak buat perangai tiba-tiba macam ni?

"Dah kenapa pulak aku kena sengaja buat semua ni?Kan aku beritahu kau tadi. Semua ni sebab feedback dari editor dan pembaca sendiri."ujar Haden sambil beri renungan mencabar ke Devina. Dia sakit hati sekarang ni. Sakit hati sebab masih tak boleh terima yang Devina dah berkahwin. Yang sepatutnya dengan dia bukan si keparat Damon tak guna tu! Kecewa dia sampai terbawa-bawa sehingga ke hari ini walaupun sudah dua minggu berlalu.

Devina turunkan tangan dia dari pinggang lalu gerak ke meja sidang yang bersepah dengan buku dan helaian kertas. "Fine. Kalau itu yang awak nak."sentapnya sambil mengemas sepah di situ dengan lekas.

"Kau nak ke mana?"tanya Haden sewaktu perasan seperti Devina bersiap hendak keluar dari situ. "Meeting kita belum selesai lagi."tegasnya. Sudah la susah nak temui Devina, dan wanita ini mahu keluar?Tak sampai sejam pun dia bercakap dengan Devina.

Berasa jengkel dan bengang, Devina pandang ke Haden. "Research!Kan awak suruh saya ubah balik story line tu. Meeting ni dah selesai!Tak ada apa yang perlu dibincangkan lagi. Ini kan hak awak. Buat keputusan semua sendiri tanpa pengetahuan saya. Saya ni siapa. Meeting ke tidak. Sama je. Awak tetap buat keputusan awak sendiri."bebelnya sambil sumbat barang ke dalam beg dan failnya.

Tersentak Haden kemudiannya. Baru dia tersedar apa yang dia buat. "Devina...aku-"dia berdiri perlahan-lahan.

"Ada apa-apa awak beritahu pada pembantu saya. Jadi jangan ganggu saya sepanjang hari ni!"tegas Devina sambil berjalan pergi dari situ tanpa memandang Haden. Geram betul. Dia baru nak rehat dari buat draft atau manual. Ingat tak penat apa karang ayat Panjang-Panjang ni.

"Devina!"panggil Haden semasa berlari mengejar langkah Devina dekat belakang.

Tidak hiraukan panggilan itu, Devina terus keluar dari bilik meeting tu dan bergegas ke pintu lif. Tak nak dia buat kerja dalam tempat ni. Sesak!

21. Menantu Dari NerakaWhere stories live. Discover now