Bab 7 : Shopping Tak Jadi!

2.9K 228 3
                                    

Selepas melawat Haden dan syarikatnya, Devina beransur ke beberapa lokasi. Mulanya dia jumpa beberapa orang untuk urusan peribadinya. Setelah itu dia ke bank lantas ke kedai makan sebelum berakhir di shopping mall.

Sampai saja dia shopping mall itu, Devina beli barang dan keperluan yang lain pada masa yang sama luangkan masa untuk lapangkan fikiran dia.

Dekat beberapa buah kedai dan premis dalam shopping mall itu di lawat oleh Devina seorang diri. Bukan boros, dia beli barang pun baramg yang diperlukan sewaktu di rumah mentuanya nanti. Hingga penuh tangan kanan dan kiri tu dengan beg shoppingnya.

Destinasinya berakhir setelah lawatannya ke kedai lelucon. Kedai dimana menjual barangan prank. Kalau ikut kan hati mahu saja dia borong satu kedai tu. Namun tak dapat nak lama-lama lepas dia terima panggilan dari nombor tidak di kenali.

"Hello?"sapanya sewaktu mengepit phone pada bahu dan telinganya.

"Dekat mana awak Devina?"sapa suara dalam tu tiba-tiba.

Tersentak sikit Devina lepas dengar. Tapi lepas tu dia tersengih. "Kenapa?"soalnya dengan meleret. "You miss me?"tanya dia dengan nada manja. Tapi sekali tu buat muka. Uweeekkk! Loya tekak eh! Devina menjuling mata menyampah.

"Jangan nak mengada. Saya perlukan awak di sini sekarang."arah Damon dalam panggilan dengan nada serius biasanya.

Devina capai telefonnya dari telinga lalu di pegangnya selepas selesai buat bayaran di kaunter. Lantas dia atur kakinya keluar dari kedai ni. "Wow.  Look who here need me now. Malam tadi bersungguh nak saya jauh dari awak. Dan sekarang apa?Awak perlukan saya?"selorohnya sambil membelok ke kanan koridor.

"Hei...dengar. Saya perlukan awak sebab nenek awak datang ke rumah untuk temui awak. Jadi berhenti tunjuk perangai sassy awak tu pada saya. Dan pulang ke rumah ibu saya sekarang jugak."sentap Damon dengan jengkel.

Devina ketawa mengejek. Tahu pun takut. Heh! Lantak situ. Biar je la neneknya dekat situ. Biar dia orang tahu macam mana keluarga mentua dia layan dia pada hari pertama dia sebagai ahli keluarga The Royal.

"Sorry...saya busy hari ni. Pandai-pandai la awak jawab pada nenek saya tu."protes Devina dengan nada bersahaja dia.

"What?Ulang balik!?"

Heh!Devina tarik sengih meleret jahatnya. "Saya bukan kaset untuk di rewind semula. Awak dengar apa yang awak dengar. Itu je." balasnya. Dia nak tengok berapa lama Damon boleh tahan dengan perangai dia. Nak sangat berkahwin dengan dia bukan. Jadi rasakan la sendiri bahananya.

Damon diam buat seketika dalam panggilan tu. Mungkin sedang tahan sabar nak elak diri dari melenting.

"Ahhahaha...kenapa diam?"sakat Devina. Dia nak tuang minyak dekat api yang tengah marak ni. "Awak marah ke?"

"Devina!"panggil Damon dengan nada suara marah yang dikawal dengan keras.

"Ya saya..."sengih Devina dengan jahat. Nak.marah la tu. "Ingat ya cik abang sayang. Awak marah awak kalah. Jadi hati-hati."pesan dia.

"Saya beri amaran pada awak Devina. Jangan cabar kesabaran saya. Atau awak akan hadapi masalah!"jelas-jelas dalam panggilan tu, Damon sebenarnya tengah tahan sabar dari naik angin. "Awak datang sini atau saya sendiri yang cari awak."

"Yeah-yeah...what ever."macam la dia hairan dengan ugutan tu.

Devina tiba di depan pintu lif. Dia tekan butang turun lalu berdiri dekat situ sambil pandang pantulan bayangnya di pintu itu.

Damon tak membalas. Mungkin sebab terlalu marah agaknya.

Ding!

Pintu lif pun terbuka tidak lama selepas itu. Tanpa berlengah, Devina masuk ke dalam lif itu. "Kan saya dah pesan pada awak dari awal lagi sewaktu pertemuan kita wahai Mr.Husband yang menyakitkan hati lagikan tak faham bahasa. Awak yang berdegil untuk terima saya. Saya dah beritahu yang awak akan tanggung akibatnya."katanya semasa menekan butang ground floor lantas berdiri di tengah lif itu. "Sama ada awak hadap semua ini atau ceraikan saya. Itu pilihan awak. Saya tak apa-apa."katanya sambil pandang serius ke pintu lif yang perlahan-lahan tertutup.

10 saat berlalu tanpa balasan dari Damon sebelum lelaki itu berkata. "Fine. Awak buat apa awak nak buat. Tapi satu je perkara awak kena tahu Devina..."suara itu tidak lagi kedengaran tegang seperti tadi. Ianya kedengaran serius yang biasa.

Devina tarik sengih kemenangan lepas dengar akan kenyataan itu. "Apa bendanya?"

"No matter what the reason is...I would never divorce you. Remember that."pesan Damon.

Terus jatuh senyuman Devina lepas dengar. Dia pandang tercengang. Berasa tak percaya dengan kata-kata itu.

Lantas panggilan tersebut itupun diputuskan terlebih dahulu dengan Damon. Meninggalkan Devina terpinga-pinga dalam lif tu.


21. Menantu Dari NerakaWhere stories live. Discover now