Bab 14 : Rakan Tikam Rakan

2.9K 207 3
                                    

10 tahun yang lalu....

Di suatu petang yang indah, ketika matahari hendak terbenam, sewaktu semua orang sudah berada di dalam kediaman masing-masing hendak menikmati makan malam bersama ahli keluarga mereka.

"Kali ni je Wood. Aku mintak tolong kau."rayu Kenzo.

"Berapa kali kau nak buat perangai lama kau ni? Isteri kau tengah sakit, kau boleh pulak berjudi macam ni sekali?"soal Wood.

"Aku tahu aku salah. Tapi nak buat macam mana. Aku sendiri tak boleh agak yang aku akan kalah dalam pertaruhan tu. Please. Kalau ayah aku tahu soal ni dia mesti akan buang aku dari hak perwarisan tu.."

Wood yang sedang duduk di belakang meja tu pandang kesal ke rakan baiknya. Selama bertahun lama dia berkawan dengan Kenzo, sekali dia tak pernah tak tolong langsaikan hutang kawannya. Tak cukup dengan tu dia juga tolong cover cerita tak baik tentang Kenzo. Semua keslaahan jenayah Wood yang tolong bersihkan dan jauhkan dari pengetahuan ayah Kenzo.

Dah jadi kebiasaan Wood menolong Kenzo, Kenzo ambil kesempatan di atas kebaikan Wood.

"Aku bukan tak nak tolong kau. Tapi hutang kau ni terlalu banyak. Ibu aku akan marah kalau dia tahu aku keluarkan duit."jawab Wood.

"Alah...please. Kali ni je. Nanti bila aku dijadikan waris utama. Aku bayar la balik." rayu Kenzo lagi.

Keluhan panjang lepas dari Wood. Kawan punya pasal, dia pun mengangguk kepala mengalah. "Tapi dengan syarat...kau tak boleh berjudi lagi sehingga la hari perwarisan kau selesai. Faham!"tegasnya.

"Aku janji."ikrar Kenzo sambil angkat tangan bersumpah.

Tak lama selepas itu Kenzo keluar dari bilik bacaan tu. Tinggalkan Wood sendirian. Pada masa itu la Wood buat panggilan. Hendak hubungi seseorang untuk uruskan isu hutang Kenzo. Beberapa minit kemudian, pintu bilik bacaan terbuka semula.

Wood yang sedang bercakap melalui telefon itu pandang ke arah pintu lantas melihat anak gadisnya berjalan masuk dengan muka grumpy tak puas hati.

"Apa pakcik tak guna tu buat sekat sini?"dengan kasar anaknya bertanya.

"Devina...!"menjegil bulat mata Wood lepas dengar bahasa anaknya. Dia terus letakkan gagang telefon lalu pandang Devina. "Berapa kali papa pesan supaya jaga bahasa kamu sebelum berkata-kata?"

"Well....kalau untuk pakcik tak guna yang suka menyusahkan tu..sorry but not sorry tak ada perkataan elok untuk dia."getus Devina dengan jengkel. "Apa lagi dia nak?Bersihkan sepah dia?Tutup mulut orang?Bayar hutang dia?"

Wood buat muka mengalah. Dia tak larat nak bertekak dengan anak gadisnya. "Devina sayang...please..bahasa tu."keluhnya.

Dengan jasar Devina berdengus. Dia silangkan tangan ke dada. "Kata anak kepada tuan punya bandar ni...takkan la nak bayar hutang pun mintak dekat orang...tak habis-habis nak menyusahkan kita."cebiknya.

"Kenzo itu adalah kawan papa sejak kecil. Baik buruknya dia, kami dah bersahabat lama." beritahu Wood dengan lemah lembut.

"Kawan jenis apa tu?Hah?Kawan jenis tikam kawan sendiri demi kepuasan sendiri? Pst!" decit Devina dengan benci.

Wood menggeleng kepala tak percaya dengan sikap kasar anak perempuan tunggalnya ini. Susah hati sungguh dia mengenangkan anaknya. Macam mana la nanti bila dia sudah tiada lagi di dunia ni? Siapa la yang akan bentuk anak perempuannya jadi seorang wanita yang lemah lembut.

"Kamu dekat sini kenapa?Kenapa tak makan sana?"soal Wood sambil gagahkan diri untuk bangun dari situ dengan susah payah.

Bersama renungan menyampahnya, Devina dapatkan ayah dia yang sakit itu lalu pimpin orang tuanya bangun dengan berhati-hati. "Nak jemput papa makan sekali la. Duduk sendiri dekat meja tu buat Devina bosan.." beritahu  dia sambil tu.

Wood tersenyum sedih. Susahnya la hati dia.

"Macam mana nanti kalau papa dah tak ada lagi?Kamu nak ajak siapa pulak?"

"Ajak hantu mama dengan papa la...siapa lagi." seloroh Devina dengan bersahaja.

Wood tertawa mendengar jawapan itu. "Ada-ada saja la kamu ni. Mesti ada jawapannya. Nanti dah besar terbawa-bawa perangai ni, masalah tahu tak. Tak ada lelaki mahu dekati kamu.."pesannya.

Devina pula yang ketawa. "Hah..elok sangat la tu. Devina sendiri bukannya kisah pun kalau tak ada sesiapa yang sukakan Devina.."


21. Menantu Dari NerakaWhere stories live. Discover now