Bab 25 : Nenek Yang Swag!

2.9K 197 6
                                    

"Nenek?"laung suara tu dari dalam.

Mariah yang sedang bercakung menggembur tanah dalam pasu itu angkat kepalanya sebelum ternampak wanita anggun yang mengenakan dress fit ikut bentuk badan warna merah berjalan mendekati dia.

"Oh..kamu datang."tersenyum lebar Mariah lepas nampak cucu kesayangannya datang.

Devina tersenyum lebar. "Buat apa sensorang tu?Mana tukang kebun yang lain?"tanya dia sambal paying depan mukanya sebab silau cahaya pagi yang memancar tempat berkebun neneknya. Suka benar orang tua ni penatkan badan.

"Ada je...nenek saja nak luangkan masa dekat sini. Hah...yang kamu ni baru sekarang nak jenguk nenek kenapa?"tanya Mariah sambil turunkan topi berkebunnya dari kepala lantas seka peluh yang merintik di dahi dengan belakang lengan baju kemeja lusuhnya.

Devina silangkan tangan lalu berdiri dengan sassy sewaktu memandang neneknya. "Aik...jenguk salah tak jenguk salah?"

"Huh...mentang-mentang dapat mentua kaya, call nenek pun tak mahu."rajuk Mariah sambil buat muka sewaktu berkata.

"Jangan nak mengada ya. Devina busy. Lagipun nenek sendiri pun apa kurangnya. Bukan nak call tanya khabar ke apa...datang pun tak beritahu. Mana nak sempatnya.."bebel dia pula.

Mariah mengetap garis bibir sewaktu pandang menyampah ke Devina. "Oh ya...macam mana dengan pelan kamu di sana?Adakah semuanya berjalan lancar?"

"Of course...everything going like we plan. Kenzo dan Renna dah pulangkah hamper kesemua harta dan asset yang mereka rampas. Sekarang tinggal sisa dari anak-anak mereka pula untuk di ambil alih."beritahu Devina dengan muka bangganya.

Mariah gerak memberi tumbukan kecil di tepi lengan Devina. "Haih...dasar si musang yang licik. Kamu ni memang jahat kan.."

Jahat tak jahat, kalau orang jahat, kena la di hukum. "Oh ya...ni Devina nak beritahu nenek something."

Mariah kerutkan keningnya. "Beritahu apa?Jangan cakap kamu pregnant sudah."

"Eh...ke situ pulak."terperanjat Devina lepas dengar, dia pulak yang tampar perlahan tepi lengan neneknya itu. Orang tu ni kan...kalau cakap ikut sedap mulut je!

"Habis tu?Apa bendanya."

Devina Tarik sengih jahatnya sambil tayang barisan gigi dia. "You know...about Damon sickness?"

"Hah?Memangnya Budak tu sakit ke?"bingung-bingung Mariah pandang langit sekejap sebelum pandang ke Devina. "Asal nak mampus dah?"

"Haih...orang tu ni.."keluh Devina kerana letih menghadap sikap selamba bersahaja neneknya ini. "Bukan la...dia cakap dekat Devina yang dia ada penyakit jantung. Dan dah lama niat nak kahwini Devina. Kalau bukan disebabkan sakit dia datang semula, dah lama dia kahwini Devina"beritahu dia.

Mariah buat mulut 'o' sambil mengangguk kepala.

"And paling best, si cicak kobeng mulut longkang tak guna Danzo tu canang tentang past relationship kami pada parents Damon dan jugak Damon sendiri.."tambah Devina lagi.

"What?He did?"terangkat tinggi kening Mariah mendengarnya. "Dah kenapa pulak dia beritahu mereka?Memangnya dia nak get back dengan kamu semula ke?"

Tersembur Devina lepas dengar, dia berdecit tak percaya. "Gila apa nak get back balik dengan lelaki sewel tu. Danzo buat macam tu sebab nak buat Devina naik angin dekat situ yang mana tidak berjaya. Silap dia la cari pasal dengan ex girlfriend psiko macam dia ni."katanya dengan yakin dan berlagaknya.

Mariah menggeleng kepala. "Ada-ada saja la kamu semua anak muda. Masa nenek muda tak ada drama macam ni sekali. Kami semua enjoy hidup kami baik-baik saja."

"Berlagak."cebik Devina sambil memandang atas bawah kerana menyampah. "Zaman nenek lain, zaman Devina lain. Mana boleh di samakan."getusnya.

"Ahahah...betul la..."ketawa Mariah sambil Tarik sarung tangan dari tangannya.

Ikut tersenyum, Devina dapatkan neneknya lalu merangkul lengan tu. "Jom masuk dalam. Kita borak dekat dalam. Sini panas."ajaknya.

"Cerita apa lagi kamu ni?"tanya Mariah sewaktu mula berjalan bersama Devina di sisi.

Devina rehatkan kepalanya ke bahu neneknya lalu tunjuk sesuatu sambil berkata ke sekitar rumah agam mereka itu dengan gembira. Mariah dekat sebelah kejap-kejap ketawa sepanjang perjalanan mereka itu.

21. Menantu Dari NerakaWhere stories live. Discover now