Bab 30 : Real Deal!

2.6K 228 4
                                    

"Hei!Hei!Apa ni!Lepasla!"tangan tu di pukul-pukul dia sewaktu dirinya di tarik masuk dengan paksa ke dalam bilik. Sampai je dalam bilik dirinya di dorong dengan kasar sampai hendak tersembam dia di buatnya. Marah dengan tindakan itu, dia apa lagi, terus berpaling la nak bersuara. Sekali tu-

BAM!

Dihempas kuat pintu tu oleh Damon hingga buatkan Devina melompat sikit masa bunyi kuat tu memenuhi bilik tidur mereka. Berdiri kejung sekejap dia dekat situ menghadap pintu bilik dalam keadaan terkebil-kebil.

"Dah puas hati sekarang?"soal Damon sambil jalan laju mendekati Devina.

Taken back dengan perubahan Damon, Devina jalan undur ke belakang laju-laju. Aik! Dah kenapa pulak ni. Tadi bukan main lagi back up dia masa Damien naik angin. Sekarang nak marah? "Awak dah kenapa?"

Damon hulur tangan nak dapatkan Devina, sekali tu Devina larikan tangan dia ke belakang badan dan jauhkan diri. "Ke sini Devina!"tegas dia.

"No!"protes Devina serta merta."Apa awak nak buat?Dalam hal ni saya tak salah tapi Damien. Dia tipu Marisa. Rampas duit Marisa dan sakiti Marisa sebab Marisa minta bantuan Damien untuk bantu ayahnya yang sakit. Saya tak buat salah apapun."bidasnya sambil undur dan mengelak dari di dekati Damon yang seakan mahu menelan dia hidup-hidup. Seram pulak dia tiba-tiba.

Damon berhenti bila meja kopi depan dia hadang dia. Sambil mengetap gigi dan nafas naik turun deras, dia pandang Devina dekat seberang meja kopi tu. "Apa awak fikir?Apa dalam kepala awak tu sampai sesuka hati buat tindakan sendiri?Apa?Belasah Damien?Awak tahu tak dia boleh belasah awak lebih teruk dari apa awak buat pada dia?"tanya dia dengan bengang. Bertuah betul punya isteri.

"Salah dia la...dia yang sakitkan Marisa dulu. Kalau saya tak masuk campur, entah apa yang dia akan buat pada Marisa tadi."lawan Devina sambil tunding tangan ke lantai. Merujuk garaj yang ada di tingkat bawah.

Tangannya naik memicit dahi. Berasa sakit kerana darah di pam laju ke otak. "itu tak bermakna awak kena belasah dia jugak...macam mana kalau awak cedera atau apa-apa berlaku?Tak ke masalah je semua tu?"keluh Damon dengan nada jengkel.

Devina silangkan tangan dia ke dada tanda memberontak. Macam dia kisah pulak. "Lelaki ke perempuan kalau dia cari pasal dengan orang yang lemah saya kisah apa."balasnya dengan sassy sewaktu palingkan kepala ke arah lain.

Ketika itu la Damon gunakan peluangnya untuk lompat melepasi meja kopi tu dan terkam Devina. Tubuh kecil tu di peluk dia lalu di beri neck lock sekelip mata.

"Argh!"teriak Devina bila lehernya di cekik dengan lengan tu. "Apa ni!"

"Denda!"kata Damon.

"Denda kejadahnya!Lepaskan saya!Awak nak saya pengsan tak dapat udara ke!"

"Beritahu saya awak takkan serang orang dan letakkan diri awak dalam bahaya lagi!"aju Damon.

Devina buat muka jengkelnya lalu menjuling mata menyampah. "No way!"

"Fine!"Damon berikan tekanan pada leher tu.

Devina pejam matanya sambil bergelut nak alihkan tangan tu. "Okay!Fine!Fine!Saya janji yang saya akan serang orang bila mereka serang saya saja."lafaz dia dengan tergesa-gesa sebelum tersengih nakal.

"Hei!Bukan itu maksud saya!"Damon terus luku kepala tu dengan kepalan penumbuknya.

"Auw!Auw!"aduh Devina yang terkapai-kapaikan tangan ke belakang nak capai apa saja yang dia boleh pegang. Sekali tu dia terpegang telinga Damon. Nak selamatkan diri punya pasal, dia terus pulas telinga tu.

"Auw!Devina itu telinga saya! Sakit! Lepaskannya!" aduh Damon pula.

"Lepaskan saya dulu."

"Awak lepaskan saya dulu baru saya lepaskan awak!"

"Hah!Memang tak!"

Bergelut la dua orang tu dalam bilik tersebut. Cuba bertekak siapa patut lepaskan siapa dulu!

21. Menantu Dari NerakaWhere stories live. Discover now