Bab 43 : Leave or Stay.

2.8K 191 2
                                    

Mariah silangkan tangan ke dada sewaktu pandang empat beranak yang saling tak ubah macam orang jalanan yang baru di kutip oleh pekerja kebajikan untuk di bantu. Dia yang tahu segalanya mengenai rancangan Devina hampir hendak ketawa melihat keadaan devastated anak beranak ni.

Yalah, dulu bukan main lagi gah!

Bangga!

Tunjuk diri tu paling bagus, paling berkuasa. Dan sekarang tengok siapa yang tersungkur? Untung-untung la mereka dapat cucunya. Kalau orang lain dah tak siapa kisah pun apa nak jadi pada mereka ni.

"Jemput la minum. Kamu semua kelihatan seperti baru saja dilanggar dengan ribut taufan saja gayanya."aju Mariah pada minuman yang terhidang di atas meja itu.

Kenzo beri senyuman nipis pada Mariah lalu menggeleng kepala. "Terima kasih. Kami tak apa-apa."

Mariah menjungkit bahu. Fine. Suka hati.

"Boleh saya tahu kenapa Puan sudi bawa kami ke sini?"tanya Renna pula sambil cengkam celah jari jemarinya.

"Oh...bukan saya. Semua ni idea Devina sebenarnya. Kalau saya jadi dia memang saya tak peduli apa nak jadi dengan kamu semua. Sebab well...you know that karma is a bitch."beritahu Mariah sebelum menarik sengih meleret jahatnya.

Danzo yang dengar buat muka menyampah lalu mengetap gigi menahan sabarnya.

"Devina?Dia yang suruh puan bawa kami ke sini?"tanya Damien pula.

"Of course. Dah semuanya ini adalah rancangan dia. Takkan la saya pulak kan.."kata Mariah sewaktu Devina muncul Bersama Damon dari arah pintu masuk ruang tamu. Mereka yang pandu sendiri akhirnya tiba lewat 10 minit ke situ. Mariah yang ternampak akan pasangan itu terus duduk tegak. "Ah!Sampai pun."

Devina kerling ke Mariah sebelum lirik akan keluarga mentuanya sewaktu jalan mengeliling sofa di situ lalu ambil tempat di sofa sama dimana Mariah berada. Iaitu berhadapan dengan Kenzo dan Renna. Lalu diikuti Damon. Lelaki tu duduk di sebelah Devina sambil memegang fail di tangan.

Mata Renna serta merta melirik ke menantunya sebaik lihat wanita berwajah dingin tanpa emosi itu duduk betul-betul menghadap dia. Pandang saja muka tu, dada dia mula sesak dan darah dia mulai menyirap naik ke otak dengan laju sampai berdenyut sakit urat kepalanya.

"Leave or Stay."aju Devina serta merta tanpa berbasa basi.

"Apa?"soal Danzo dengan kening berkerut.

Devina tidak alihkan mata dia dari Renna. Malah dia tenung dalam-dalam ke mata tu. "Leave or stay. Pilih antara dua tu sekarang."

"Apa yang kami dapat melalui dua pilihan tu?"tanya Kenzo pula.

Mariah yang duduk dekat situ topang kepala dengan tangan kiri yang di siku pada arm rest sofa itu.Nak join dengar apa lagi rancangan yang Devina buat untuk anak beranak didepannya ini.

"Pilih la dulu. Baru saya cakap."

Damien pandang ke Damon yang dia perasan selama beberapa hari sentiasa berada di samping Devina. Agaknya abang dia tahu sesuatu yang dia tak tahu ke?Yalah sepanjang masa ni, dia tak pernah Nampak Damon bantah atau tidakkan apa saja yang Devina lakukan pada keluarga mereka. Malah asyik back up Devina je! "Kau..."panggil dia sambil pandang ke Damon.

Damon gerakkan mata dia dari ibunya ke Damien setelah itu. "Ya?"

"Kau...kau dah buat keputusan?"soal Damien dengan perasaan kecewanya.

Barula Devina alihkan mata dia dari Renna selepas mendengar soalan tu. Dia pandang ke Damien sekejap sebelum pandang ke Damon.

"Lama dulu aku dah buat keputusan."beritahu Damon dengan senyuman nipis di bibir.

Disebabkan dia tahu apa jawapan Damon, Devina pandang semula ke Renna. Nak dengar apa pilihan ibu mentuanya terhadap pilihan yang dia berikan tadi.

"Leave. Ibu. Pilih leave. Ini mesti kalau kita pilih stay perempuan tak guna ni akan jadikan kita hamba dia."ujar Danzo dengan lekas.

Renna tersentak sendiri. Dia pandang ke Danzo lalu palingkan kepala ke Kenzo. Cuba nak dengar suaminya katakan apa-apa mengenai hal ni. "Apa pilihan awak Ken?"soal dia dengan perlahan.

"Ayah...kita pergi dari sini je."arah Danzo lagi.

Devina pandang ke Kenzo setelah itu. Susah sangat agaknya nak buat keputusan?Dia tanya soalan simple je kot. Budak-Budak tadika pun boleh jawab la. "Cepat sikit boleh tak?Saya tak ada masa selamanya nak tunggu awak semua beri jawapan."gesa dia setelah itu. Saja bernada seperti kejengkelan.

"Leave."jawab Kenzo setelah lama berfikir sewaktu semua di situ bertekak dan membebel sendiri. Dia tahu apa maksud stay itu. Dia tahu apa yang Devina cuba hendak lakukan selepas dia jejak kaki dalam rumah ni. Rumah yang sama masa dia pernah datang sewaktu bersahabat dengan Wood waktu mudanya. Ibarat melihat tayangan filem, dia boleh imbas setiap kejadian yang berlaku dalam ruangan ini.

Memori ketika dia bermain chess Bersama Wood sambil ditemani teman wanita yakni isteri Wood. Memori ketika dia bergelak ketawa mendengar cerita kartun Wood. Memori sewaktu Wood minta dan pujuk dia supaya berhenti timbulkan masalah di universiti. Semuanya!

Semua di situ palingkan kepala ke Kenzo lepas dengar suara garau dan dalam namun pada yang sama kedengaran sedih.

"Okay. Kalau macam tu dengar baik-baik apa yang saya akan katakan."Devina pandang dengan serius ke Kenzo yang sedang tundukkan mata memandang ke lantai itu.

21. Menantu Dari NerakaWhere stories live. Discover now