Bab 4 : The Wedding

2.9K 221 1
                                    

Waktu macam ni, mana-mana anak perempuan pasti mahukan hari berbahagia mereka ditonton oleh ibu dan ayah mereka. Sama ada dalam keadaan menangis atau tersenyum. Mana-mana boleh. Apa yang penting orang yang telah lahirkan mereka ke dunia ini dapat lihat anak mereka berkahwin. Tapi tidak pada Devina.

Membesar sebagai Yatim piatu sejak berusia 17 tahun bukan sesuatu yang dia boleh harapkan lebih dari tu.

Suka atau tidak, dia terima takdirnya. Kehilangan bumbung dan tiang hidupnya dan membesar sendirian untuk jadi seorang wanita yang kuat dan bijak dalam menanggani ujian hidupnya.

Untuk dia dia janji pada dirinya untuk jalani hidup sebaik-baiknya dan happy senantiasa. No matter what.

So...kahwin paksa atau bukan suka sama suka ya? F*ck that! Sebab sekarang dia dah ada tujuan hidup yang jelas.

Jadi isteri yang baik atau menantu yang jahat.

Itu pilihan dia sekarang ni.

Happy ke tak belakang cerita!

Sebab game baru nak mula.

Muahahaha.

"Adakah kamu Devina Winter, menerima Damon Knight, pasangan hidup susah senang, sakit dan sihat sebagai suami kamu?"tanya hakim di depannya.

Devina pandang ke tangan dia yang digengam erat dengan tangan bersarung tangan putih sebelum perlahan-lahan naik memandang lelaki lampai di sebelahnya. Kenalkan, Damon Knight, anak lelaki sulung tiga beradik, pewaris Utama keluarga The Royal, cucu pertama keluarga The Royal. Lelaki paling menjengkelkan dalam dunia ni!

Pendek cerita, segalanya yang wanita dalam dunia ini mahukan, Damon memilikinya, Rupa paras, kekayaan, harta, kuasa, kebijaksanaan, dan jugak...well of course status rasmi sebagai anak lelaki sulung yang amat di hormati dalam bandar ni luar atau dalam.

Disebabkan Devina ambil masa yang lama hendak menjawab, Damon si lelaki bermata coklat terang hazelnut itu pun palingkan kepala. Dia tundukkan matanya lantas bertentang mata dengan dengan mata Devina. Dia kuatkan sikit cengkaman pada jari jemari Devina yang sedang di pegangnya.

Tapi Devina sikit pun tidak berkedip. Malah menatap wajah Damon tanpa rasa gentar. Urgh! Tak menyabar betul!

"Ya...saya terima."lafaz Devina sambil pandang Damon. Dia cuba baca mata tu, tapi dia tak dapat kesan sikit pun garis emosi dari renungan dan juga di wajah Damon. Adakah lelaki ni tiada perasaan sama sekali?Tahu tak sekarang ni mereka bakal jadi suami isteri yang sah di sisi undang-undang. Dan perkahwinan sepatutnya suatu yang suci dan indah. Ini tidak, semua ini hanya suatu urusan bisnes dan sebuah pertaruhan semata?Tak menyesal ke dia buat semua ni nanti?

"Baik...dengan itu...secara rasmi, kalian berdua sekarang adalah pasangan suami isteri. Kalian boleh sarungkan cincin ke jari masing-masing dan kiss antara satu sama lain sebagai rasminya hubungan kalian."maklum hakim tu.

Lantas bridemaid dan groom maid datang bawakan dulang berisi cincin kahwin ke sisi mereka berdua.

Devina pandang ke Naylie, Damon pandang ke adik lelakinya. Lalu dengan serentak kedua-dua mempelai capai cincin dari dulang yang berbeza lalu di bawa ke jari manis kanan masing-masing.

Masa cincin yang dipegang Damon hendak masuk ke jari Devina. Tiba-tiba Devina tarik tangan dia tak mahu pakai cincin tu, tapi Damon pegang kemas jari jemari Devina lalu paksa cincin tu masuk. Dan apabila gilirannya dia hulurkan tangan ke Devina pula.

Devina teragak-agak. Tiba-tiba dia rasa menyesal dengan semua ni!

"Jangan nak Malukan aku...sarungkan cincin tu.."ketap Damon depan muka Devina.

Devina buat muka lalu sarung cincin tu dengan kasar. Jengkel betul!Dia mencebik selepas cincin tu tersemat rapi di jari Damon. Baru saja dia nak angkat kepala, pada masa itu satu tekapan terasa di tepi mukanya lalu satu lingkaran erat menjalar sekeliling pinggangnya. Lalu tubuhnya tersandar pada depan badan Damon.

What the heck!

Devina gerak hendak memandang Damon, pada masa itu la, Devina di beri kucupan dengan Damon di bibir dengan kuat. Kejung terus dia dekat situ.

Pada masa itu la bunyi tepukan gemuruh memenuhi ruangan tersebut. Memberitahu bahawa dengan rasmi, Miss Devina berubah menjadi kepada Mrs. Devina!

21. Menantu Dari NerakaWhere stories live. Discover now