Bab 21 : Si Mood Spoiler!

2.7K 217 2
                                    

Suara orang marah-marah kedengaran dari dalam lagi sebaik dia berdiri di situ. Hairan apa yang berlaku, Damon tolak pintu bilik tidur ke dalam sebelum Nampak isterinya sedang berdiri bercakap melalui telefon marah-marah akan sesuatu sambil aju tangan ke kanan dan kiri dengan bengang.

"Saya dah beritahu saya tak sempat!Saya baru selesai separuh dari jalan cerita tu?Dan awak expect saya siap semuanya?Logik la sikit?"

Damon dengan senyap tutup pintu bilik tu lalu letakkan briefcasenya ke sofa lalu gantung kotnya di lengan sofa pula. Sambil tu dia perhatikan Devina yang kelihatan serabut tidak terurus bercakap melalui telefon.

"Saya tak boleh siapkannya. Batalkan semuanya. Dan saya akan bayar ganti rugi.Saya tak tahu kenapa awak semua ni Haden. Apa saya tahu saya tak nak selesaikan semuanya dalam sekelip mata macam ni"

Kening Damon terangkat lepas dengar nama lelaki lepas dari mulut Devina. Siapa pulak tu?

Sambil mundar mandir kanan dan kiri tidak tentu arah. Devina cekak pinggang sebelah tangan, sebelah lagi pegang telefon dekat telinga kiri. Mendengar bait kata dari Haden dalam panggilan tu.

"Kau tak boleh berhenti. Aku akan extend death line jadi teruskan."tegas Haden.

"Oh my god!"ngerang Devina yang menekup sebelah mukanya dengan tapak tangan lalu di lurut ke bawah dengan rimas. "Please Haden, just forget about this can we?I pay you back!"desaknya. Dia tak nak buat lagi. Tak ada mood dan semangat. semua ni salah Haden sebab buatkan dia siapkan kerja secara rushing macam ni!

"Tak boleh. Peminat kau akan marah sekiranya promotion ni dibatalkan. Macam mana kalau dia orang mogok dan lari?Kau yang rugi."ujar Haden lagi.

Dan baru saja Devina hendak buka mulut, satu tangan muncul dari tepinya lalu Tarik tangan dia yang sedang memegang telefon jauh dari telinganya secara tiba-tiba. Terkejut melihat tangan itu, Devina pandang ke tepinya lalu bertemu muka dengan dada Damon. Dia gerak nak jauhkan diri, tapi tak sempat nak tarik tangannya jauh. Damon terlebih dahulu rangkul pinggang dia dari belakang lalu rampas telefon dari tangan dia dalam sekelip mata.

Dengan muka tiada perasaan dan seriusnya, Damon pandang skrin telefon Devina lalu sentuh butang merah memutuskan panggilan.

"Hei!Apa ni?"marah Devina sambil cuba turunkan tangan Damon dari pinggang dia. "Berikan semula phone saya tu."minta dia cuba capai telefon yang di pegang oleh Damon. Tapi ianya di bawa ke belakang badan pula.

"You look awfull right now?Do you ever look yourself at mirror today?"komen Damon semasa tunduk memandang Devina yang sedang berkerut kening tak puas hati padanya.

Tidak peduli dengan komen itu Devina tolak dirinya menjauh dari Damon. "Please...berikan saya phone tu semula. Saya busy ni."tanya dia dengan perasaan menggerutu nak menangis. Frust sangat dia hari ni. Penat!Pening!Kemudian kena menghadap lagi manusia-manusia ni!Memangnya anak beranak The Royal ni menyakitkan hati ya?Tadi baru Renna sekarang Damon pulak?Mereka ni lama-lama boleh buat tekanan darah dia naik betul la!

Damon diam tak cakap apa-apa sewaktu perhatikan Devina. Jarang dia Nampak Devina serabut seperti ini.Dan buat pertama kalinya, dia lihat mata ni seperti mahu menangis. Lantas tanpa berkata apa-apa, dia campak telefon Devina ke atas katil.

Devina yang Nampak telefonnya jatuh tepat atas tilam itu terus tolak dirinya lepas dari Damon dan bergegas hendak dapatkan ia.

Bergerak saja Devina ke katil itu, Damon ikut hampiri Devina dengan langkah tenang bersahajanya. Bila Devina tunduk hendak capai telefon tu, dia terus tolak Devina jatuh tersembam ke katil tu dengan kasar sebelum naik atas katil tu dan hempap Devina dari atas.

"Auw!"aduh Devina serta merta taktala wajah dia mencium tilam tu sebelum dengan sepantas kilat tubuhnya di baringkan atas katil dan satu hempapan berada di atas badannya. "What the hell?"pandang dia dengan terkejut ke atas lepas Nampak Damon.

"Siapa Haden?"soal Damon di atas Devina.

"Apa kena dengan awak ni?Bangun sekarang!"dada tu di pegang dengan Devina kedua-dua tangan. Cuba menolak Damon jauh.

"Saya tanya awak siapa Haden kan?"tangan yang ada dekat dadanya di pegang lalu di tolak ke tepi kepala Devina setelah itu.

Berkedip matanya masa tangannya dengan kuat di cengkam Damon. Devina mengetap gigi menahan sabar sewaktu balas renungan berapi Damon yang seakan hendak naik angin. "Memangnya apa urusanya dengan awak untuk saya beritahu."protesnya dengan nafas naik turun hendak mengaum marah.

"Apa urusannya dengan saya?"soal Damon dengan nada menduga mahu marah. "Saya suami awak. Dan awak isteri saya. Apa saja mengenai awak adalah urusan saya termasuk dengan siapa awak bergaul. Sekarang beritahu saya siapa si Haden ni?Dan kenapa awak marah-marah kerana dia?"

Melepaskan dengusan kasar, Devina palingkan kepalanya dengan kening berkerut marah ke kanan. Tak nak cakap! Lantak situ! Kalau dia beritahu bukannya Damon boleh buat apa-apa. Entah nanti di ejek paling tak pun dipadankan muka dengan suaminya saja!

"Devina"

Tidak mempedulikan panggilan tu, Devina hanya pandang ke tepi katil tu. Sedaya upaya tahan diri dari menjerit kebengangan dekat situ. Dah membuak-buak perasaan nak menjerit dekat dada dia sekarang ni!

Damon diam tak cakap apa-apa masa pandang tepi muka Devina. "Awak tak cakap apa-apa, saya takkan izinkan awak untuk bekerja jugak nanti..cuba la awak melawan kata saya."pesan dia. Degil betul isterinya ni. Tahu tak dia cuba nak tolong Devina sekarang ni?

Kepala Devina dengan laju berpaling menghadap Damon semula. "What?"Tak boleh kerja?Lelaki ni cari pasal ke!

"Awak dengar saya cakap apa tadi."Damon jungkit kening sebelah kanan dia.

"Urgh!I hate you!"ngerang Devina sambal menjuling mata jengkel.

Damon tersengih jahat. Dia dekatkan wajahnya ke depan muka Devina. "Really?Do you?"

Mata Devina mula naik turun cemas bila Damon perlahan-lahan mendekati bibirnya. Ah! Sudah! "Jangan awak berani-berani ya!"dia mula memulas tangan nak bebaskan diri dan kepalanya di tolak ke dalam lagi ke katil nak jauhkan diri.

Bersama senyuman nakal di bibir, Damon gerak hendak ke bibir Devina.

Devina hanya pandang gelabah setiap kali jarak mereka semakin mengecil!Ih!!What the fish!Dia tak mau!Arggh!!!

Seinci sebelum bibir dia sentuh bibir Devina, masa itu la pintu bilik tersebut di terjah dari luar.

BANG!

"Damon!"panggil suara tu dengan cemas tidak semena!

Devina secara reflex tolak Damon ke tepi katil sehingga buatkan lelaki tu tergolek jatuh ke lantai dengan debukan yang kuat.

"Argh!"aduh Damon sebaik dia jatuh melungkup dekat tepi katil tu.

Devina yang lihat ikut terkejut dan berdiri dekat situ hendak dapatkan suaminya. Namun dia bingung lepas nampak Danzo dekat situ. Adik bongsu Damon.

"Oops!"Danzo pandang kekok ke Devina yang berdiri di situ sebelum ternampak kepala Damon muncul dari tepi katil.

"What the hell Danzo!"marah Damon sambil berkerut kening menggosok belakang kepalanya yang terhantuk di lantai tadi. Kacau daun betul!

Devina tunduk memandang Damon lalu ke Denzo silih ganti. Dah kenapa pulak adik iparnya boleh ada di sini?Terkejut dia!Ahh..buat malu betul!Yang Budak ni pun satu, asal tak ketuk pintu sebelum masuk. Mujur la mereka tak buat apa-apa!

"Sorry...aku ingatkan kau seorang dekat sini...sorry...teruskan la apa saja yang kau orang nak buat tu.."kata Denzo sambil undur ke belakang.

Devina buat muka what the hell dia masa dengar.

Sementara Damon hanya jatuhkan mukanya ke katil kerana rasa malu yang amat. Tak guna punya adik!Urgh!

21. Menantu Dari NerakaWhere stories live. Discover now