24 : Tengah Malam

2.3K 334 29
                                    

Lembaran kitab ditutup perlahan-lahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Lembaran kitab ditutup perlahan-lahan. Sungguh berat mulut untuk membuka bicara. Pengajian pada malam itu telah selesai dengan durasi satu jam sejak pukul 9 malam tadi.

Fatihah menundukan wajah sendiri.

"Dia tak sama taraf dengan Mahfuz. Saya anak ustaz, arif dalam usuluddin dan terdidik. Dia pula cuma seorang gadis yang kerja di stesen pam minyak dan baru nak berjinak-jinak dengan ilmu fardhu ain ni. Kenapa walid tak calonkan Mahfuz dengan mana-mana anak ustaz juga? Kenapa dia? Walid nak keturunan adik dibawa oleh gadis yang tak setaraf dengan kita?"

Gadis yang setaraf dengan lelaki seperti Mahfuz bukanlah dia. Dia hanya cebisan manusia yang tidak layak untuk mencintai lelaki itu. Lekukan sembapan mata menanggung tangisan tadi. Betapa dirasakan diri itu tersangat hina dan dijatuhkan Mahfuz tika dia mahu melintasi ruang tamu siang tadi. Mahfuz langsung dan tidak akan memandang gadis sepertinya.

Sehelai tudung bawal bidang 45 ini masih melekat di kepala. Hati pula cuba dikuatkan untuk menelaah ilmu setiap hari dengan wanita bergelar ummi. Lama mana dia mampu untuk bertahan di sini pun tidak tahu.

"Ummi, boleh tak Fatihah nak cakap sesuatu?" Hujung tudung bawal yang meleret ke riba digenggamnya.

"Ya?" balas Puan Munirah. Wanita setengah abad itu kekal bersila di atas permaidani rumah. Kitabnya disimpan kembali ke rak buku di sebelahnya lalu fokusnya kembali pada gadis muda itu.

Fatihah mengangkat wajah. "Ummi tak perlu calonkan saya untuk Mahfuz sebab saya memang tak layak untuk dia." Hati yang sama sedang mengejar cinta, hati yang sama juga mahu mengundur diri.

Wanita bertudung litup itu tersenyum nipis. "Kenapa kata macam tu? Fatihah dengar ya pertelingkahan petang tadi?"

"Terdengar masa lalu di ruang tamu. Betullah apa Mahfuz kata. Ummi carikan gadis yang setaraf dengan dia," ujar Fatihah. Impiannya untuk bersuamikan Mahfuz bukanlah sesuatu yang mudah.

"Tapi ummi nak Fatihah bersama Mahfuz." Di mata ummi, Fatihah dan Mahfuz ada persamaaannya. Dua-dua begitu semangat untuk menimba ilmu agama. Mahfuz sekarang ini pun sentiasa mengulang kitab yang telah dipelajari. Fatihah pula meskipun sukar pada awal, dia masih bertahan. Hanya kerana kekurangan gadis itu, Mahfuz mula memandang rendah.

"Ummi... Saya ni perempuan kotor." Fatihah menggeleng bersulam senyuman nipis. "Badan saya dah kena ratah dengan bekas teman lelaki saya. Bukan sekali dua... Banyak kali sejak kami mula buat hubungan intim. Nafsu saya ni setiap hari membuak minta dilayan. Saya cuba kawal diri dan tak jumpa dengan lelaki tu. Tapi dia cari saya. Saya masih larikan diri. Hinggalah malam tu saya datang ke sini. Mahfuz yang tolong halau kereta lelaki tu. "

LUTH MAHFUZ : JALAN TAUBAT ✓[C]Where stories live. Discover now