Kedua-dua belah tangan menongkat kepala yang kesakitan di atas meja makan. Sekalipun digenggam kepala itu, rasa peritnya tidak berkurangan. Lelaki itu pun bingkas berdiri, lebih baik dia merehatkan diri di katil. Langkah dihayunkan satu per satu menuju ke pintu bilik.
Perutnya sudah bergendang minta diisi, namun mana ada makanan di dapur saat itu. Menanti kepulangan sang adik dari tempat kerja, 30 minit berlalu begitu sahaja.
Terdetik pula niat bagi terus menunggu Mawar. Luth akhirnya berbaring di atas katil tiga serangkai. Kenapa ya Mawar masih tidak pulang? Padahal jam sudah menunjukkan pukul 10.45 malam.
Dia tidak punyai telefon pintar kerana telah dikebas peragut tempoh hari. Ibu memberikan sekeping not RM50, sayang pula nak guna buat beli telefon bimbit secondhand. Kasih sayang ibu padanya tidak pun berkurangan. Luth gembira, terlalu gembira dapat berjuma pengubat hati.
"Assalamualaikum." Bunyi pintu dibuka menyusuli ucapan salam.
Luth masih terbaring di situ. Dia menanti pemilik suara buat menampakkan diri.
"Mawar, kenapa balik lambat?" Soalan terus diajukan Luth pada adiknya.
Mawar yang mahu melulu ke kamar tidur terhenti langkah. Dia berjalan perlahan-lahan ke kawasan berkarpet. "Baru nak balik? Pergi rumah betina mana tadi?"
"Eh, apa pula main fitnah-fitnah. Abang pergi rumah Hakim. Mawar kenal tak Hakim?"
"Hakim? Mawar malas nak kenal siapa kawan abang sebab mesti semua perangai macam abang." Si bunga tidak pun ingat apa-apa dari zaman kanak-kanaknya kecuali Luth seorang. Jika ditanya tentang ibu pun, Mawar tidak mampu memutar kotak ingatannya.
"Mawar pergi mana tadi?" soalan tadi diulang Luth. Dia memandang sahaja gadis itu dengan kerutan dahi. Luka pada dahinya masih bengkak.
"Makan dengan Reza," jawab Mawar selamba. Jika diikutkan rasa hati dia langsung tidak mahu bersemuka dengan Luth.
"Abang lapar..." adu Luth. Moga Mawar terbuka hati untuk memasakkannya sesuatu. Wajah simpati dibuat Luth, dia memandang Mawar dengan kerdipan mata.
"Pergi la cari makanan sendiri. Ada motor, kan?" dingin Mawar membalas. Matanya menjeling lelaki itu.
Luth termati kata. "Tak, sekarang ni apa masalah Mawar dengan abang? Abang baru balik, Mawar sikit pun tak kisah pasal luka dekat kepala abang ni. Tiba-tiba nak marah tak tentu pasal..."
"Luka tu mesti sebab kena pukul. Buat apa nak tanya kalau dah tahu perangai abang sejenis macam mana? Luka sebab pergi buat projek dengan Ciko? Dah lah, telinga Mawar ni dah sakit nak dengar apa-apa pasal abang." Bertubi-tubi rasa hati cuba diterjemahkan. Dia menggosok telinga sendiri bengang. "Mawar dah tak nak dengar apa-apa pasal abang."
Kedinginan hubungan itu dapat dirasai Luth. "Pergi masuk bilik tu. Abang malas nak bergaduh," ujar Luth. Pelipisnya diurut kerana sakit.
"Malas?" Mawar berdecit. Senyuman sinisnya terpamer. "Pergi tidur dengan perempuan rajin pula? Dah berapa banyak perempuan abang dah rasa? Puas? Tak takut ke nanti Allah tarik nyawa masa tengah melan-"
"Mawar." Suara Luth naik seoktaf. Bergemalah suara garau itu buat seketika. Dia bingkas berdiri menahan sabar.
"Mawar ingat perempuan je murah... Rupanya ada lagi teruk. Apa dia? Lelaki sampah. Abang ingat ada ke orang nak beli sampah? Orang buang adalah." Anak matanya memandang tepat ke arah wajah Luth. Memang hati itu sudah berkecai. Biar Luth tahu hakikat hati Mawar.
"Mawar ada masalah ke kalau abang pergi berzina dengan perempuan lain? Ada masalah? Dah tu cara abang hidup. Kenapa Mawar nak pertikaikan?" Kini Luth maju beberapa tapak mendekati adiknya.

YOU ARE READING
LUTH MAHFUZ : JALAN TAUBAT ✓[C]
RomanceBOOK #4 of 𝕳𝖎𝖏𝖗𝖆𝖍 𝕰𝖉𝖎𝖙𝖎𝖔𝖓 Bismillah LUTH. Seorang lelaki yang diibaratkan budak jalanan sejak kecil. Membesar di setiap lorong bagi mencari sesuap nasi. Tiada kasih sayang ibu bapa. Larinya dari rumah anak yatim kerana satu trajedi. MA...