Baju Melayu Mahfuz habis dicarik petugas paramedik di situ. Kerlipan matanya lemah memandang wajah-wajah yang ada. Dia tidak dapat membalas sebarang respons. Dilirik ekor mata sedikit ke kanan. Ritma jantungnya tidak sebaik selalu. Mahfuz tahu itu.Cardiac monitor dipasang dalam keadaan tergesa-gesa. Midazolam pun disuntik masuk ke dalam tubuh Mahfuz. Jenis sedatif ini akan mengurangkan ketidakselesaan pesakit semasa intubasi.
Kejutan eletrik demi kejutan eletrik dikenakan pada kulit dadanya. Kulit pada awalnya putih menjadi terbakar seakan-akan melecur dek defibrillator yang cuba menyelamatkan ritma jantung yang tersisa. Mahfuz sendiri boleh terhidu bau kulitnya hangus. Dia mengalirkan air mata kesakitan. Ada seorang doktor hadir berdekatannya buat menenangkan diri itu.
Lafaz syahadah yang dibisikkan diikuti Mahfuz. Semuanya perlahan pada pandangan mata. Terkelip-kelip kelopak matanya meminta simpati petugas paramedik untuk membawa pergi segala rasa sakit itu. Hati masih berzikir dikala tubuhnya terseksa.
Hingga garisan ritma pada skrin kaca menjadi lurus.
Defibrillator ditinggalkan mereka. Prosedur CPR pula dijalankan dengan penuh pengharapan. Para petugas dikejutkan pagi itu dengan dua orang mangsa kemalangan jalan raya. Penunggang motorsikal yang dibawa telah dirujuk ke dalam bilik pembedahan. Mereka tidak tahu apa khabar pemuda itu. Yang terbaring di atas katil ini ialah pemandu kereta yang dilihat kecederaannya tidak terlalu serius. Namun, keadaan menjadi hiruk pikuk apabila doktor menyedari keadaan jantung mangsa. Kelam kabut staff nurse membuat persiapan. Ada yang baru hendak duduk terpaksa bangun kembali.
Darah merah pekat masih segar di kaki Mahfuz. Jantungnya telah berhenti buat seketika.
Hanya sedikit puncak alunan diharapkan selepas prosedur CPR.
"VF!! Give me the defibrillator, set it to 200 Joules!! You, give the patient midazolam."
"One clear, two clear, everybody clear!!"
Mahu diberikan lagi defibrillator, rasa simpati hadir melihat Mahfuz menggeleng tidak mahu dalam lemahnya badan. Ritma jantungnya kembali beralun meskipun masih perlahan. Dadanya yang dilekap kesan terbakar berombak mencari nafas yang hilang lalu satu alat bantuan pernafasan diberikan.
Tulang betisnya yang tersembul keluar tidak dipedulikan mereka. Mereka hanya mahu memastikan Mahfuz kekal bernafas dengan keupayaan jantungnya.
***
"Ummi? Tak tidur lagi?" Fatihah menuruni anak tangga rumah perlahan-lahan. Suasana terang benderang di aras bawah di kala jam 3 pagi menghairankan gadis itu. Dia yang hanya berpakaian tidur bergegas mendapatkan Puan Munirah.
"Ummi, kenapa ni?" soal Fatihah. Dia melihat ke sekeliling ruang tamu, tiada apa pun yang mencurigakan. Linangan air mata wanita setengah abad itu membuatkannya jadi tidak boleh duduk diam. Lalu punggung berlabuh di sebelah bonda Mahfuz. Kedua-dua belah tangan tua itu ditarik naik ke atas riba.
YOU ARE READING
LUTH MAHFUZ : JALAN TAUBAT ✓[C]
RomanceBOOK #4 of 𝕳𝖎𝖏𝖗𝖆𝖍 𝕰𝖉𝖎𝖙𝖎𝖔𝖓 Bismillah LUTH. Seorang lelaki yang diibaratkan budak jalanan sejak kecil. Membesar di setiap lorong bagi mencari sesuap nasi. Tiada kasih sayang ibu bapa. Larinya dari rumah anak yatim kerana satu trajedi. MA...