Sapaan pelukan dari belakang membantutkan niat hendak duduk di birai katil itu. Mata dilirik ke belakang bagi melihat si fulan yang tiba-tiba menerjah.
Fatihah tersenyum kecil. Lengan suaminya yang melingkar di pangkal dada diusap lembut. "Kenapa tiba-tiba peluk ni?"
"Saja... " Mahfuz tersengih sendiri. Masih berserban putih dek baru pulang dari rumah pengajiannya. Pintu bilik telah ditutup, khuatir ummi dan walid akan terlihat adegan suami isteri mereka ini.
Gadis itu berpaling ke belakang dengan perutnya yang telah dihuni satu nyawa. Badannya berdiri tegak di hadapan Mahfuz lalu pelukan tadi terlerai. Perubahan dek pembawakan anak itu boleh terlihat dengan pandangan mata. Kurusnya Fatihah dahulu telah ditenggelami dengan selera makan sendiri. Serban putih Mahfuz ditanggalkan gadis itu.
Mahfuz memimpin tangan isterinya lalu berlabuh di birai katil. Badan gadis itu pula ditarik agar terduduk di atas ribanya. Dia kembali memeluk Fatihah dari belakang. Kali ini tangan dilingkarkan pada perut si dia yang telah membukit. "Dah fikir nak pindah rumah ke tak?"
Gadis itu hampir terbuai dengan usapan hangat telapak tangan pada perutnya. Serban suami diletak ke tepi. "Saya tak kisah mana-mana. Sebab ummi pun baik..."
"Betul ni? Sebab kita dikira menumpang dekat rumah walid. Mana tahu awak teringin nak rumah sendiri." Sisi wajah disandarkan pada belakang tubuh sang isteri. Masing-masing selesa dalam pelukan itu. Mahfuz yang dah tentu tak mahu lepaskan isterinya semenjak tahu Fatihah hamil tiga bulan. Dia hanya ingin duduk dan membelai isterinya setelah pulang kerja.
"Saya betul-betul okay. Ayah dan ibu mertua saya baik. Sikit pun hati saya tak pernah terasa," yakin Fatihah.
"Kalau awak dah kata macam tu... Saya akan pilih untuk tinggal dekat sini dan jaga ummi dengan walid." Selaku satu-satunya anak yang ada di Malaysia, itu lebih baik. Isteri sendiri pun selesa di sini. Terkadang Mahfuz risau juga kalau-kalau Fatihah terasa hati nak-nak lagi selepas disahkan hamil.
"Awak tu tak apa ke tak ada rumah sendiri?" Fatihah melalukan jari di atas lengan suaminya. Lelaki itu kekal memeluk seperti tak mahu lepas.
"Saya tak kisah pun. Rumah walid pun dah cukup baik. Lagi pun rumah ni akan alih nama pemilikan ke atas nama saya. Kalau awak tak nak pindah... Jadi tak ada sebablah untuk saya perlu beli rumah baharu," terang Mahfuz.
"Nanti awak nak peluk sesuka hati tak boleh..." gumam Fatihah. Tabiat lelaki itu yang suka berkepit dengannya diutarakan si isteri.
Terus Mahfuz tertawa halus. Kepalanya menggeleng perlahan. "Dalam bilik dah cukup. Awak nak cakap saya gatal la ni?" Sebelah kening Mahfuz terjongket.
"Mana ada. Awak yang mengaku sendiri," balas Fatihah. Tiba-tiba ada satu tangan naik memicit hidungnya. Sebelah tangan Mahfuz yang lagi satu masih melekap pada perut gadis itu.
"Siapa gatal?" soal Mahfuz tidak puas hati.
"Awak." Fatihah berkeras kepala menggariskan jawapan muktamad. Habis suaranya jadi sengau.
"Siapa gatal?"
Tubuh yang tertolak ke atas katil diselangi hilaian ketawa. Gurauan suami isteri mengisi senja petang itu. Mahfuz terlalu gembira selepas menerima khabaran Fatihah hamil. Hampir lima bulan mereka bergelar sebagai suami isteri, kini telah ada seketul daging di dalam rahim gadis itu dengan usia lima bulan. Yang pasti itu benihnya sendiri kerana rahim Fatihah telah diselangi dengan tiga kali tempoh suci.
"Awak yang gatal," bisik Mahfuz di tepi telinga Fatihah. Dikucup dahi gadis itu dengan penuh kasih. Jari naik mengelus pipi sang isteri. Mereka saling bertaut mata untuk beberapa detik. Akhirnya Fatihah sendiri yang akur kalah dan tersenyum kecil.
"Awak," bisik Fatihah.
"Hm?" Kening dinaikkan Mahfuz.
"Saya nak melawat Mawar esok boleh?" Perlahan suara kerana Mahfuz sedang memeluk tubuhnya.
"Apa khabar bayi yang Mawar jumpa tu?"
"Alhamdulillah, bayi tu sihat. Dah lima bulan..." Fatihah turut teruja bercakap mengenai bayi bernama Aira itu. Dia yang sedang mengandung tak boleh duduk diam jika terdapat bayi di sisi. Pasti mahu cium sahaja.
"Boleh, sayang. Nanti kita melawat keluarga mereka." Keizinan diberikan Mahfuz. Bibir lelaki itu membuat lekukan senyuman manis.
***
votexkomen
***Dengan ini LUTH MAHFUZ melabuhkan tirai. Insya Allah jumpa di buku yang seterusnya!
YOU ARE READING
LUTH MAHFUZ : JALAN TAUBAT ✓[C]
Roman d'amourBOOK #4 of 𝕳𝖎𝖏𝖗𝖆𝖍 𝕰𝖉𝖎𝖙𝖎𝖔𝖓 Bismillah LUTH. Seorang lelaki yang diibaratkan budak jalanan sejak kecil. Membesar di setiap lorong bagi mencari sesuap nasi. Tiada kasih sayang ibu bapa. Larinya dari rumah anak yatim kerana satu trajedi. MA...