22 : Hilangnya yang dahulu

2.2K 349 58
                                    

Hujung kakinya yang menyejuk diselimutkan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hujung kakinya yang menyejuk diselimutkan.

Mahfuz masih tak dapat menerima hakikat kejarannya sudah dipinang orang. Fikirannya asyik memaksa untuk dia lakukan sesuatu.

Mesej Arif yang mengajaknya ke Balawi berlalu sepi. Dia tak mahu ke sana dengan keadaan begini. Lebih baik duduk di bilik sendiri hingga kekusutannya terlerai.

Lelaki itu mencapai telefon pintar lalu nama Balqis ditaip dalam kenalan. Jarinya melekap pada skrin kaca, bingung mahu melakukan apa.

"Kenapa Balqis mesti pilih lelaki tu? Apa kurangnya aku?" bisik sang hati. Lama kelamaan dia boleh menggila hanya kerana mengejar cinta.

Balqis sudah menyekat nombornya daripada menghubungi. Maka sanggup dicari sim kad Mesirnya semalam untuk membolehkan dia bermesej dengan gadis itu. Sim kad tika dia di luar negeri diguna pakai kembali di dalam telefon itu.

Satu per satu huruf di tekan jemari.

Untuk: Balqis
Assalamualaikum, Balqis. Ni ana, Mahfuz. Ana minta sangat jangan blok nombor ni. Dengar dulu apa yang anak nak cakap...

Hati amat berharap agar gadis itu memberinya satu peluang. Dia tak mahu pengorbanannya ke Kelantan berakhir begini.

Daripada: Balqis
Waalaikumsalam. Ada apa?

Senyuman naik meleret. Mahfuz menarik nafas dalam sebelum kembali menaip.

Untuk: Balqis
Ana tahu kamu dah bertunang dengan Imran. Adakah sebab tu kamu langsung tak beri ana peluang? Atau ada sebab lain yang buat kamu awal-awal lagi tolak ana?

Daripada: Balqis
Ya, sebab ana tunangan orang. Kamu tak ada apa-apa salah pun.

Sedikit sinar cahaya menerangi gelapnya hari yang berlalu semenjak pulang dari Kelantan.

Untuk: Balqis
Beri ana peluang untuk buktikan yang diri ana lebih layak dari Imran. Ana lagi layak untuk jadi suami kamu. Fikirkanlah. Kamu tahu kan ana datang jauh-jauh dari Selangor hanya untuk jumpa ayah kamu? Kenapa masih menolak lelaki yang ikhlas untuk halalkan kamu?

LUTH MAHFUZ : JALAN TAUBAT ✓[C]Where stories live. Discover now