38 : Gadis sunti

2.6K 320 93
                                    

"Ummi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ummi..." Mahfuz sudah penat menunggu. Dia yang terduduk di kerusi dapur menanti ketibaan Fatihah semenjak tadi. Hari ini lelaki itu pilih untuk duduk berehat di rumah memandangkan semalam dan hari-hari sebelum telah dia penuhi dengan banyak pergerakan.

"Ya?" Puan Munirah memperlahankan api dapur sebelum datang kepada anaknya.

"Mana Fatihah?" soal Mahfuz.  "Bukan ke dia selalu datang waktu tengah hari untuk tolong ummi masak?"

Hairan pula. Rancangan untuk berbual dengan gadis itu tergendala. Di rumah pengajian, Mahfuz tidak boleh bersembang dengan Fatihah kerana banyak mata-mata yang memandang. Nanti para pelajarnya sibuk mahu memasang telinga dan membuat spekulasi.

"Dia kata dia tak sihat." Ummi berlabuh di kerusi berdekatan Mahfuz. "Semalam pun dia tak datang ke sini."

"Sakit ke? Dah bawa pergi klinik?" Terpancar kebimbangan pada wajah lelaki itu. Patutlah semalam pun batang hidung Fatihah tidak kelihatan.

"Dia senggugut sejak semalam. Katanya sakit sangat sampai tak boleh nak berjalan."

"Ummi tak tengok dia?" Pelbagai persoalan mula bermain di minda Mahfuz. Keinginan untuk melihat gadis itu bertambah.

"Insya Allah petang ni ummi nak ke Balawi. Kesian pula dia sorang-sorang dalam bilik. Balqis pula mengajar dekat kelas." Wajah ummi juga tidak tenang memikirkan keadaan Fatihah. Dia harus melawat gadis itu. Tumisan cili yang telah pecah minyak memanggil Puan Munirah untuk ke kuali. Sudip mengacau tumisan itu sebelum potongan ayam dimasukkan.

"Ummi tolong tengokkan dia, ya? Adik risau kalau Fatihah sampai tak keluar bilik langsung." Mahfuz tersenyum nipis. Belakang badan dirapatkan ke bahu kerusi. Tanpa sengaja tongkat ketiaknya jatuh mencium lantai. Mahfuz terbongkok mahu mengambil tongkatnya.

Kehadiran satu tangan yang tiba-tiba mengangkat tongkat itu mengerutkan kening Mahfuz. Lantas lelaki itu mendongak.

Kelihatan wajah bersih Balqis sedang tersenyum ke arahnya. Mahfuz tahu Balqis sedang tersenyum berdasarkan lekukan mata dan naiknya pipi meskipun ditutupi sehelai purdah.

"Nah," ujar Balqis. Dia meletakkan tongkat Mahfuz bersandar pada meja.

"Mana Fatihah?" soal Mahfuz. Tidak sempat pun berterima kasih kerana lebih risaukan gadis itu. Makin lama, hatinya makin terpaut pada Fatihah.

"Ouh, dia tengah tidur. Dari pagi kerjanya tidur je," jawab Balqis selamba. Hatinya sakit tatkala Mahfuz menyebut nama musuh itu. Dia sudah pakai cantik-cantik begini pun Mahfuz tidak terdetik untuk memujinya. Baju abaya berwarna merah jambu dikenakan dengan selendang dan purdah baby blue tampak sangat menawan. Bahkan terdapat beberapa biji batu Swaroski pada helaian lapisan tudung bawal labuhnya.

"Dia betul-betul sakit?" soal Mahfuz lagi. Hatinya tidak tenteram selagi tidak mendapat jawapan yang jitu.

"Ustaz Mahfuz, kenapa kamu ni sibuk nak ambil tahu tentang wanita ajnabi?" bidas Balqis. Dia memandang lelaki itu dengan pandangan serong. Dalam hatinya terdapat sangkaan bahawa Mahfuz memang digoda Fatihah habis-habisan. Itu yang makan tak kenyang, mandi tak basah selagi tak dapat lihat wajah Fatihah.

LUTH MAHFUZ : JALAN TAUBAT ✓[C]Where stories live. Discover now