29: Syaitan

2.1K 290 58
                                    

"Rasa better?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Rasa better?"

Bahu Luth ditepuk dari arah tepi. Dia menoleh sedikit untuk melihat siapa di sana.

"Aku okay," balas lelaki itu. Berada di dalam rumah pengajian sebegini mengecilkan dirinya. Dia melihat bahagian hadapan yang telah dipenuhi pelajar lelaki berjubah putih. Kekallah Luth bersandar di dinding belakang.

"Nak tanya," Luth memandang Arif.

Arif menanti soalan meniti dari bibir sahabat baiknya.

"Apa yang selalu aku buat dekat sini?" soal Luth. Berada di tempat tenang turut membawa pergi kecelaruan hatinya.

"Jomlah naik atas kalau kau nak bersembang. Takut kacau budak-budak ni pula dengan suara kita," cadang Arif. Ekor matanya melirik ke tangga berlantaikan kayu berkilat berdekatan mereka.

Bahagian muslimat juga ada namun telah dibahagikan dengan langsir. Luth tidak dapat melihat ummi dan Fatihah di sudut sana. Dia mengikut langkah Arif ke tingkat atas. Arif juga berjubah putih seperti dirinya. Anak tangga didaki satu per satu hingga ke tingkat atas.

Tiba di aras dua, mata Luth disajikan pula dengan susunan sofa di sebelah kanan. Terdapat beberapa wajah tua di dalam bingkai kaca yang tersangkut di dinding. Ada juga ayat Al-Quran seperti ayat Qursi bersulam benang keemasan yang menarik perhatian Luth.

Langkah Arif menuju jauh sedikit ke bahagian belakang. Dalam mengkagumi rumah pengajian itu, Luth terhenti pada satu kotak kaca. Terdapat beberapa helai rambut yang terpelihara di dalam kotak itu. Bau haruman pun menyucuk ke dalam rongga hidung. Kening Luth berkerut sedikit.

"Kau tengok apa tu Mahfuz?" laung Arif.

"Tak- Takde apa," jawab Luth. Tak silapnya, di bahagian bawah ialah kawasan seakan surau yang digunakan buat pengajian. Agak luas juga kerana rumah itu telah dipecahkan dinding dan dibina kembali mengikut tujuan asal. Di bawah juga terdapat bilik kerja seperti pejabat. Di atas ini mungkin ruang rehat sahaja.

Sepanjang berjalan di aras dua itu, memang mata Luth tidak henti meliar. Kisah kehidupan Mahfuz mula diceritakan padanya hanya melalui kepingan gambar bersaiz biasa di dinding. Ada seorang anak kecil dalam jubah putih berdiri utuh disebelah walid. Dikira itu Mahfuz.

Pintu bilik yang terkuak luas dimasuki Luth. Dia melihat pula ke sekeliling bilik itu. Terdapat sebiji katil bersaiz queen. Tirai di tingkap berwarna putih meleret ke lantai. Arif terlebih dahulu mendarat di atas katil itu.

"Ni bilik kita," ujarnya. Senyuman ikhlas Arif terselit pelbagai rasa kerana di bilik ini mereka banyak meluangkan masa bersama.

"Kosong je?" Luth agak hairan. Yang ada hanya dua biji loker dan satu rak baju. Tak dilupakan cermin panjang yang membolehkan dia menatap diri dari atas sampai bawah.

"Kenapa?" soal Arif kembali.

"Aku ingat walid kaya. Kenapa dalam bilik ni kosong je? Dalam bilik tidur dekat rumah aku pun kosong juga," luah Luth. Dia melabuhkan punggung di sebelah arif.

LUTH MAHFUZ : JALAN TAUBAT ✓[C]Where stories live. Discover now