32: Koma

2.3K 324 48
                                    

Songkok yang mahu diletakkan ke atas kepala terasa amat berat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Songkok yang mahu diletakkan ke atas kepala terasa amat berat. Matanya kekal memandang wajah sendiri di pantulan cermin. Dia terduduk di atas kerusi berhadapan meja solek sudah hampir setengah jam lamanya. Berbaju Melayu putih lengkap, sepatutnya inilah hari yang dinanti Arif Anwar.

Kelopak mata meredup ke bawah.

Perbuatan Mahfuz yang sedang menanggalkan kasut sukan diperhatikan Arif. "Janganlah mati awal. Aku ni... Ada hajat nak minta kau jadi pengapit aku. Aku dah reserved tempat untuk kau masa makan beradab nanti."

"Kau harapkan aku hidup untuk jadi pengapit je?"

"Hm, tu salah satu." Arif tersengih kecil. Hujung bibirnya yang tidak gatal digaru.

"Malas aku," cebik Mahfuz. Itu sahaja harapan Arif padanya?

"Wallahi, aku nak kau ada masa aku akad nanti. Kalau kau takde, aku takkan kahwin masa tarikh tu." Tangan diangkat seakan bersumpah. Arif memandang lelaki disebelahnya serius agar tidak menganggap itu sekadar gurauan.

"Jangan bermain dengan sumpah." Mahfuz menggeleng tidak setuju. Tangan ikrar Arif ditarik turun.

Mata lelaki itu jadi berkaca-kaca. Dia berseorangan di dalam kamar tidurnya. Sudah diagak, Arif akan jadi begini hanya kerana tiada Mahfuz di sisi.

Satu per satu butang baju Melayu dibuka lemah. Hatinya tiada di situ buat mengangkat akad bernikah dengan seorang gadis pujaan. Dia perlukan masa untuk bertenang kembali. Kemudian, Arif menanggalkan pula baju yang tersarung pada tubuh. Baju Melayu itu dibentangkan elok di atas katil. Tiada satu pun kedut hinggap pada kain baju Melayu kerana dia hanya termenung tidak bergerak sejak tadi. Tinggallah di tubuh kurusnya hanya sehelai tshirt hitam tidak bercorak.

"Arif?" sapa bonda di muka pintu.

Arif mengangkat wajah seraya tersenyum nipis.

"Kenapa tak bersiap lagi ni?" Wanita itu terpinga-pinga melihat wajah si anak.

"Ma, Arif nak pergi jenguk Mahfuz dekat hospital," ujar Arif. Kunci keretanya diambil sekali sambar. Majlis hari ini tidak dapat diteruskan tanpa Mahfuz.

"Arif, kamu tu nak kahwin. Kenapa sibuk fikirkan Mahfuz?" Puan Qalisya cepat-cepat menahan tubuh anak lelakinya yang melulu hendak keluar. Kedua-dua bahu Arif dipegangnya lembut. Terhentilah Arif di hadapan Puan Qalisya.

"Arif tak boleh," lelaki berkumis itu menggeleng. Matanya memandang wajah Puan Qalisya dengan redupan yang sedang merindui seorang sahabat. "Arif dah janji Mahfuz kena ada masa akad."

"Dia koma, Arif," bisik Puan Qalisya. Sukarkah Arif hendak menerima kenyataan itu?

Seminggu berlalu, kemalangan antara kereta Mahfuz dan dua buah kenderaan lain masih meninggalkan tamparan hebat buat Arif. Kalaulah pada malam itu dia lebih tangkas buat menghalang Mahfuz memandu dalam keadaan jantungnya yang sakit. Pasti Mahfuz sihat sahaja hari ini.

LUTH MAHFUZ : JALAN TAUBAT ✓[C]Where stories live. Discover now