11 : Burger

2.4K 390 27
                                    

Sebatang rokok dikepit antara celahan jari tengah dan jari telunjuk kanan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Sebatang rokok dikepit antara celahan jari tengah dan jari telunjuk kanan. Rokok bukanlah kegemaran Luth sejak dari remaja, dia lebih gemar meminum arak untuk menghiburkan diri. Namun, dengan rokok fokusnya dan tagihnya pada minuman keras dapat dialihkan seketika. Malang sekali hal rokok pun Mawar akan naik angin. Semua yang dilakukan Luth akan jadi serba tidak kena pada mata gadis itu.

"Sorang je?" Lamunan jauh Luth disentakkan seorang lelaki berbaju tshirt hitam.

Dua ulas bibirnya tidak dirasakan mahu menjawab pertanyaan lalu Luth kembali menekur meja. Dia mengetuk hulu batang rokok pada sebuah bekas bagi menggugurkan abunya.

"Kenapa tak nak pergi bar malam ni?" Cepumas sungguh soalan itu.

Luth menggeleng perlahan. "Tak nak lah."

"Baru je aku nak bagi kau cuba arak Siam pula. Kalau kau minum ni sekejap je boleh stim." Wajah monyok Luth pada malam itu agak menghairankan Ciko. Tanpa berlengah mengenangkan perut berkeroncong semenjak tadi, Ciko meninggikan sedikit suara dengan kadar yang dapat didengari si penjual burger.

Stim memang satu perasaan yang seronok. Segala masalah pun boleh hilang serta merta. Makin kuat arak yang diminum, kesannya juga makin hebat.

" Kau ni macam putus cinta je. Perempuan hari tu dah pergi dah?" soal Ciko.

Kepulan asap rokok berbetuk 'O' dibuat Luth menggunakan bibirnya. Dia cuba untuk menghiburkan hati dengan perkara itu. Senyuman nipis terhias disebalik rambut yang dibiarkan jatuh ke bahu. Angin malam membelai rahangnya, sesaat dua dapat juga rasa sakit kepala berkurangan.

"Pergi matilah perempuan tu. Aku tengah fikir pasal Mawar sebenarnya," jujur Luth.

"Oh, Mawar. Hari tu aku ada nampak dia kerja jadi cashier dekat kedai serbaneka," ujarnya sambil mengeluarkan sepuntung rokok putih daripada kotak yang berhampiran dengan lengan Luth.

"Ya, dia kerja dekat sana sekarang. Satu sen duit aku pun dia tak nak ambil. Aku nampak cara pandangan dia dekat aku macam mana." Jelas kedengaran bunyi keluhan pada hujung ayat yang terungkap. Duit haram Luth tidak mahu diguna pakai Mawar lagi.

"Korang memang dari dulu duduk sekali, kan?"

"Ya."

"Tak pernah sekali pun kau 'rasa' dia? Serumah kot... Mawar pun lawa. Kau dan dia sekadar adik beradik angkat je, bukannya adik beradik kandung." Lengan Luth disiku Ciko sekali.

"Aku abang dia. Tulah tugas aku, jaga dia sejak kecil. Nampak macam tugas aku dah nak selesai... Mungkin aku dah tak diperlukan lagi." Sarat sungguh hati Luth  menyimpulkan cara layanan Mawar terhadapnya.

"Kau ni drama je lebih. Kalau kau tak nak adik kau tu, bagi aku je la," sengih Ciko penuh makna.

"Kaki aku ni dah lama tak makan kepala orang. Jangan sampai kau yang rasmikan nanti." Balasan senada Luth memudarkan senyuman Ciko. Tidak pernah sekalipun Luth terdetik mahu apa-apakan Mawar di atas kesedarannya. Kejadian malam itu sesuatu yang amat di luar kawalan. Deruan asap rokok dihembus ke wajah Ciko. Mata helang Luth tidak akan melepaskan wajah Ciko.

LUTH MAHFUZ : JALAN TAUBAT ✓[C]Where stories live. Discover now