Tersebek-sebek Fatihah memandang Mawar. Dia tidak membenarkan rakannya mengemas pakaian. Baju yang baru dilipat dibuka kembali."Ish... Budak ni..." geram Mawar. Kain baju ditarik menjauhi gadis itu.
"Janganlah pergi," marah Fatihah pula. Ini akan jadi malam terakhir mereka berdua tidur sekatil. Sarat di hati mahu melepaskan Mawar pergi.
"Luth dah jadi suami aku... Esok dia akan keluar hospital. Aku kena bawa dia balik rumah flat kitorang dulu. Untuk selesaikan bayaran sewa rumah.. Kemas barang...," terang Mawar. Dia sendiri tak mahu berpisah dengan Fatihah namun ada tanggungjawab menanti. Harus didahulukan suaminya yang sedang sakit. Ijab kabul diangkat dengan mudah. Dia dan Luth pergi ke pejabat kadi siang tadi bersama-sama ibu dan Hakim tika waktu outing hospital.
"Aku tak nak duduk berdua dengan Balqis. Dia tu... Macam tak suka aku," keluh Fatihah. Sepahan baju yang dibuatnya diambil kembali. Dengan lemah gadis itu melipat baju rakannya.
"Jaga-jaga tau dengan dia. Aku tak sedap hati bila tengok kau dan Mahfuz." Bukaan bagasi dilebarkan. Baju-baju mula disusun dengan kemas memenuhi ruang.
"Aku risau... Kalau dia nak rampas Mahfuz dari aku. Kau tahu kan... Susah aku nak ambil hati ustaz-ustaz macam Mahfuz tu. Takut usaha aku ni sia-sia je."
"Pandai ya kau ambil hati Mahfuz?" seloroh Mawar.
"Mestilah," Fatihah tersenyum sendiri. "Kalau nak harapkan dia yang mengorat aku, memang tidaknya. Tapi terima kasih pada ummi yang beri aku jawapan bocor. Setidaknya aku tahu dia suka makan apa, apa yang akan buat dia gembira dan perkara yang menyenangkan dia."
"Kalau macam tu kau kena mengorat dia betul-betul tau," bersungguh Mawar memberi semangat. Matanya jadi bulat menunjukkan keazaman yang tekad.
"Zaman sekarang ni ramai perempuan bujang. Aku kena dapatkan Mahfuz sebelum perempuan lain ambil dia," balas Fatihah.
"Bagus... Macam ni lah baru kawan aku!" Ketawa sahaja Mawar pada malam itu. Dia menggeleng melihat perangai Fatihah ini. Sekejap murung, selepas itu dia bersemangat pula. "Kau kena kuat tau? Sebabnya... Kau pilih Mahfuz, jalan yang kau ambil ni berbeza. Aku dan kau orang biasa je, Mahfuz pula orang-orang alim. Aku tahu ada banyak cabarannya nanti."
Fatihah tersenyum nipis. Satu lipatan kain diletakkan ke dalam bagasi lalu dia berbaring di sebelah Mawar. Rasa mengantuk telah menjengah. " Kalaulah dia tolak aku lepas tahu aku ni dah takde dara... Kalau Khairul datang dan burukkan aku depan Mahfuz, aku redha. Cinta antara dua darjat... Memang susah, kan?"
Jam menunjukkan pukul 12 malam.
"Susah. Tak semudah aku dan Luth untuk kau bersatu dengan Mahfuz. Tapi... Setiap orang ada ujian masing-masing. Aku ada suami yang sakit kanser. Kami kena cari duit untuk rawatan Luth. Ini cabaran aku bila berkahwin dengan Luth. Kau juga akan ada cabaran dan ujian kau. Jadi, janganlah putus asa tau?" pujuk Mawar pula. Pipi Fatihah ditampar lembut.
YOU ARE READING
LUTH MAHFUZ : JALAN TAUBAT ✓[C]
RomanceBOOK #4 of 𝕳𝖎𝖏𝖗𝖆𝖍 𝕰𝖉𝖎𝖙𝖎𝖔𝖓 Bismillah LUTH. Seorang lelaki yang diibaratkan budak jalanan sejak kecil. Membesar di setiap lorong bagi mencari sesuap nasi. Tiada kasih sayang ibu bapa. Larinya dari rumah anak yatim kerana satu trajedi. MA...