31 : Kebodohan sendiri

2.2K 315 31
                                    

Pakaian yang banyak di almari hanyalah sleeveless yang bakal menonjol lengan kekarnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pakaian yang banyak di almari hanyalah sleeveless yang bakal menonjol lengan kekarnya. Mahfuz amat tidak selesa dengan itu. Disebabkan itulah dia menyarungkan jaket yang ada tersangkut di belakang pintu. Lelaki itu kekal terduduk di atas tempat duduk motor. Dengan sabar, Mawar dinantinya di kawasan parkir berhadapan kaki lima bangunan.

Sesekali matanya mengerling ke sekitar.

"Jawatan kosong..." gumam Mahfuz. Papan iklan di sebuah kedai berdekatan menarik perhatiannya. Dia membaca satu per satu info yang dipamerkan.

Sampai di bahagian skop kerja, minatnya menurun. "Tapi Mahfuz..."

Ambil sahajalah nombor yang tertera. Tidak kisah apa pekerjaan itu asalkan halal. Semulia-mulia kerja ialah yang halal. Ini bakal mengajarnya lebih bersyukur di kemudian hari. Lelaki itu segera mengeluarkan telefon pintar bagi mencatat nombor berkenaan.

Dia melihat jarak kedai makan itu dan pasaraya tempat kerja Mawar. Tidaklah jauh mana. Mungkin ini akan memudahkan mereka dua beradik bekerja setiap hari.

"Luth, lama tak nampak." Tiba-tiba seorang lelaki menghampiri motornya. Mahfuz menjongketkan kening sendiri. Dia tidak pernah melihat wajah lelaki ini.

"Aku dengar kau demam lama juga. Dah okay?" soal Ciko. Lengannya direhatkn pada kepala motor tunggangan Mahfuz.

"Alhamdulillah, okay je sekarang," jawab Mahfuz penuh yakin. Disangkakan itu lelaki yang baik, maka dia membalas senyuman manis juga.

"Mawar ada beritahu kau apa-apa?" Ciko tersenyum penuh makna. Senyuman jahatnya terukir elok di hadapan penjaga Mawar. Sehebat-hebat Luth, dia tidak mampu menjaga maruah adik sendiri.

"Apa? Yang mana satu?" Keningnya yang tidak gatal digaru.

Tawa Ciko meledak melihat wajah terpinga-pinga 'Luth'. Bahu rakannya ditepuk sekali. "Tentang aku datang rumah kau," ujarnya separa berbisik.

Tangan yang menggaru kening itu jatuh. Wajah Mahfuz berubah suram. "A-apa maksud kau ni?"

"Aku cuba ramai perempuan, tapi tak nafikan yang perempuan Melayu juga sedap," balas Ciko.

Mahfuz segera turun dari motornya. Leher lelaki asing itu dicengkam kuat. Dia menolak Ciko hingga belakangnya bertemu dengan pintu besi kedai yang telah terkatup . "Kau buat apa dekat Mawar?" soal Mahfuz berang.

Soal lain dia masih mampu bersabar seperti lelaki budiman, namun jika berkisar dengan maruah perempuan lihatlah perubahan drastik Mahfuz. Matanya memandang wajah Ciko tidak mahu lepas.

"Aku rasa adik kau." Ciko geli hati dengan tingkah 'Luth' yang mahu membelasahnya. Padahal Luth yang dikenali selama ini tidak kurang kotornya, sanggup belanjakan wang untuk mencari wanita peneman semalaman.

Wajah Mahfuz berubah merah padam. Bagai nak luruh jantungnya mendengar khabar itu.

"Kau ni tak relakslah. Kau sendiri dah enjoy dengan betina lain, ada aku marah? Jadi tak payahlah nak gelabah!" Lengan 'Luth' dikilasnya kebelakang lalu dia menghadiahkan satu penumbuk sulung memakan wajah 'Luth' sekuat hati.

LUTH MAHFUZ : JALAN TAUBAT ✓[C]Where stories live. Discover now