33 : Orang ketiga

2.3K 309 85
                                    

Harus diingat, apa yang telah berlaku tidak dapat diubah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Harus diingat, apa yang telah berlaku tidak dapat diubah. Namun apa yang akan datang masih diberi pilihan untuk bagaimana ia disudahi.

Bunyi tarikan nafas sendiri dapat didengari telinga dengan jelas. Bunyi-bunyian mesin yang mengawal nafasnya tidak henti mengetuk gegendang telinga.

Dia bagaikan mayat hidup sahaja di situ. Hendak digerakkan tangan malangnya telah berikat. Terkelip-kelip memandang jururawat yang keluar masuk ke ruangan itu. Luth mengalirkan air matanya. Tiub pernafasan telah menghalang dia buat mengeluarkan sebarang suara.

Hati itu memanggil nama Mawar. Luth tidak punya idea kenapa dia diikat begini. Seluruh badannya jadi berat. Gambaran Mawar membunuh diri sendiri dengan kelaran tangan asyik ditayangkan oleh mindanya.

Lama dinanti untuk mana-mana wajah yang dikenali hadir kepadanya. Sesudah tiub itu ditanggalkan barulah Luth dapat membisikkan nama Mawar. Dia meneguk liur sendiri yang kesat di anak tekak. Sudah berapa lama air tidak membilas saluran esofagusnya.

Rasa penat menjengah meskipun dia hanya terlantar sahaja di atas katil. Perlahan-lahan kelopak mata diturunkan. Allah masih memberi peluang pada insan sehinanya untuk bernyawa.

Luth keliru melihat apa yang ada di hadapan mata tika itu. Semalam dia seolah terperangkap dalam jasad yang bukan miliknya. Kejadian Mawar dirogol Ciko acap kali terimbau, membuatkan nafasnya jadi tidak teratur. Hari ini tiba-tiba sahaja dia terbaring di atas katil hospital pula. Mindanya sedikit lesu buat memproses maklumat itu lalu dia memilih untuk melelapkan mata.

***

Alam koma telah mencampurkan antara realiti dan bayangan di akal Luth. Untuk masih berada dalam jasad yang sebenar bagai mati hidup semula.

Luth segera mencelikkan mata apabila terasa ada tangan yang menyentuhnya.

"Abang..." bisik suara yang dirinduinya. Persekitaran sekeliling diperhatikan Luth. Dia masih keliru.

"Mawar?" balas Luth perlahan. Elok rupa paras adik angkatnya tanpa sebarang lebam menghairankan lagi mata yang melihat. Namun itu tidak diendahkan, Luth benar-benar mahu memeluk Mawar buat memastikan itu adiknya. Tiada lagi tali yang mengikat tangan lelaki itu.

Cubaan Luth mengangkat tangannya yang lemah dihalang Mawar. Mawar menurunkan badan perlahan-lahan dan memeluk kepala lelaki itu. Dia berhati-hati tak mahu menyentuh luka jahitan di kepala Luth yang masih merah. Sisi wajah Luth dikucup sekali, terlalu rindu.

"Mawar... Abang minta maaf," ujar Luth. Dia terkebil-kebil mahu menangis saat itu. Benarkah Mawar telah diperkosa Ciko? Luth tidak tahu. Otaknya sakit hendak tentukan ya atau tidak. Keberadaan Mawar sudah melegakan hati yang tidak bernyawa.

"Tak apa..." Senyuman kecil tercalit di bibir merah milik si gadis. Dia kekal memegang tangan abangnya.

Tiba-tiba air mata Luth berlinang di pipi. "Mawar... Ciko bu-buat apa dekat Mawar?"

LUTH MAHFUZ : JALAN TAUBAT ✓[C]Where stories live. Discover now