Prologue

2.1K 51 1
                                    



     Budak perempuan berumur 6 tahun membelek gaun berwarna merah hati yang dipakainya di hadapan cermin besar yang berada d dalam bilik nya itu. Gaun itu dipadankan dengan tudung berwarna merah terpasang kemas di atas kepalanya. Dari kecil lagi dia telah diajar oleh kedua ibu bapanya untuk menutup aurat. Hari ini adalah hari yang istimewa bagi budak perempuan itu, hari ini adalah hari lahirnya dan disambut dengan meriah di sebuah hotel milik ibu bapanya itu. Abang-abangnya dan adik lelakinya telah menunggu kedatangannya di hotel itu.

"Baby, cepat turun . Kita dah lewat ni" teriak mamanya Puan Rahayu dari tingkat bawah rumah itu. Baby adalah nama panggilan dia dekat rumah.

"Ok Mama, i'm coming" untuk kesekian kali dia membelek dirinya dihadapan cermin itu

"hmm perfect" omelnya sendiri sambil tersenyum. Dia bergegas turun ke tingkat bawah dan terus memasuki kereta daddynya dan mengambil tempat di kerusi belakang kereta itu manakala umminya duduk bersebelahan tempat pemandu.

Perjalanan mereka ke hotel itu hanya ditemani dengan gelak tawa tiga beranak itu. Lampu isyarat bertukar merah. Tiba-tiba, break kereta yang mereka naiki itu tidak dapat berfungsi. Mereka dilanggar dengan lori  minyak dari arah bertentangan sebelum terbabas dan terbalik. Di dalam kereta budak perempuan itu terbaring lemah, darah membasahi tubuh budak perempuan itu.

" ma..mama, dad..dy. Ba...by takut, jangan tinggalkan baby" ucapnya tersekat-sekat sambil memegang tangan kedua ibu bapanya yang sudah tidak bernyawa itu sebelum pandangannya gelap dan dia pengsan.

Seorang perempuan berhoodie memecahkan tingkap kereta itu menggunakan pemukul baseball dan mengeluarkan budak perempuan itu dari dalam kereta dan membawa budak perempuan itu pergi meninggalkan kedua ibu bapa budak itu.

**************************************************************

    Deringan panjang yang terhasil daripada telefon milik abang sulung budak itu, Adam Alexander telah membuatkan tetamu yang hadir pada malam itu menumpuhkan perhatian padanya. "Hello, ya saya... what?!" Telefon yang dipegangnya terlepas dan terjatuh di atas lantai selepas menerima berita yang mengejutkan itu dari pihak hospital. Dia jatuh terduduk, menangis teresak.
Abang kedua, Yusuff Alexander pula datang mendekati dengan penuh tanda tanya. Dia memegang bahu abang sulungnya itu dengan lembut. "Long, kenapa ni? What happen?" Soalnya. Adam tidak menjawab kerana dia juga berat hati nak bagitau berita itu pada adik-adiknya.

Kubur yang masih merah itu ditenung dengan air mata yang masih deras membasahi wajah kelima2 anak yang ditinggalkan Puan Rahayu dan Encik Sullivan itu. Kedua-dua ibu bapa mereka selamat dikebumikan manakala adik mereka hilang tanpa jejak. Polis hanya menjumpai mayat Puan Rahayu dan Encik Sullivan sahaja di tempat kejadian itu. Mereka yakin bahawa adik perempuan mereka itu masih hidup dan mereka tidak akan berputus asa untuk mencari adik mereka yang hilang dan mencari keadilan atas kehilangan kedua ibu bapa mereka. Ya, polis mengesahkan bayawa kemalangan yang melibatkan Puan Rahayu dan Encik Sullivan itu adalah akibat dari khianat.


                      TO BE CONTINUED....


                      TO BE CONTINUED

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.





#Hello readers sekalian. Maaf jika ada tersalah tatabahasa atau typo ke. Ini adalah novel saya yang pertama dan masih belajar dalam bidang penulisan lagi. Saya akan update secepat mungkin. Sekian saya Bunga Lily😘

Mr Mafia Stalker (Slow Update)Where stories live. Discover now