"Bismillah" button enter ditekan. Segala maklumat telah tersimpan."Alhamdulillah,selesai juga" ucap syukur aku ucapkan. Siapa je yang bergelar student tak bersyukur bila assigment yang memeningkan kepala sudah selesai. Mata melirik melihat jam dinding yang tersedia tergantung di dinding bilik milikku tersendiri. Sudah jam 1:00 pagi,patutlah mulut tidak habis-habis menguap. Meja belajar yang berselerak segera aku kemaskan, mata sudah berat menahan ngantuk.
***
"Nur Camelia Farasya, why are you late?" suara lantang milik lecturerku kedengaran sangat tegas. "I'm so sorry sir, I had a problem at home" aku hanya tertunduk malu apabila kawan sekelasku semua memandang kearahku. " Disebabkan awak,rakan sekelas awak semua terpaksa menunggu awak untuk meneruskan pelajaran,saya tidak mahu pelajar saya ketinggalan subjek yang saya ajar,come on Camelia, awak belajar dekat U bukannya dekat sekolah rendah lagi,ingat ya kelas,selagi kelas saya tidak penuh selagi itu saya tidak akan mulakan pelajaran,kamu Camelia sila duduk" aku hanya mengangguk nak mengorak langkah menuju kearah tempat kosong di belakang,sewaktu berjalan banyak mata yang menjeling tajam kearahku,aku hanya mengabaikannya dan terus melangkah.
Sewaktu pembelajaran sedang berjalan,aku tidak sama sekali focus,fikiran melayang memikirkan masalah yang berada di rumah. Sedar atau tidak waktu pembelajaran sudah selesai. "Okey class,please send your assigment next week yeah,don't forget" sebelum Sir Syamsul keluar dia sempat berpesan,dengan langkah yang malas terus aku menuju ke bilik milik Sir Syamsul.
Tok tok
"Yes,come in" pintu kayu yang sudah tersedia terbuka aku tolak dengan perlahan, kelihatan Sir Syamsul agak sibuk kerana tidak sama sekali dia mengangkat kepalanya. Dengan segera aku meletakkan assigment yang aku siapkan malam tadi ke atas mejanya. Kepalanya mendongak melihat aku. "Wow cepatnya awak siapkan kerja saya" mukanya kelihatan tidak percaya,ya mungkin lecturer lain pon tidak percaya kerja yang mereka beri tiga hari lepas sudah selesai,ya itulah aku,aku tidak gemar menangguhkan kerja kerana akhirnya aku yang sakit menyiapkan semuanya serentak,dulu waktu sekolah menengah sering sekali aku menangguhkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru-guruku dan akhirnya aku terpaksa tidak tidur selama satu malam untuk menyiapkan kerja sekolah tersebut dan apa yang terjadi kerja tersebut tidak dapat diselesaikan dalam satu malam,so now I need to change,right.
Aku hanya membalas dengan senyuman sahaja. "Okeylah sir saya nak keluar dulu,ada hal lain" badan ditundukkan sedikit sebagai tanda hormat,langkah laju meluru keluar dari bilik tersebut.
***
"Assalamualaikum" salam kuberi sebelum memasuki rumahku. Kaki mendaki tangga menuju ketingkat atas dimana terletaknya bilikku.Beg sandangku aku letak dihujung bilik,kaki terus mengorak langkah menuju ke bilik ibu,pintu dikuak perlahan. Ibu yang sedang lena tidur aku pandang,yeah aku masih mempunyai ibu,kini kami tinggal berdua sahaja,kalau aku ke kampus aku meminta jiranku untuk menjaga ibuku sehingga aku pulang dari kampus tapi hari ini dia pulang agak awal kerana anaknya yang sudah berkahwin datang menjenguknya.
"Aik Sya,bila balik?"
"Baru je balik bu,ingatkan ibu tidur tadi" aku terus mengorak langkah menuju ke katil milik ibu,punggung aku labuhkan disebelah ibu. "Ibu tidur-tidur ayam je,Sya dah makan ke?"aku hanya menggeleng sambil tersenyum.
"Ish dia ni,pergi makan,mandi lepastu solat" aku hanya mengangguk dan terus menuju ke dapur.
YOU ARE READING
Cinta Coffee
RomansaCamelia gadis yang selalu mengaitkan dirinya dengan kopi. Gadis yang tidak mempunyai sesiapa sejak ibunya meninggal dunia sehinggala ia bercinta dengan abangnya sendiri. "Kadangkala pahit kehidupan saya lagi pahit berbanding air coffea tanpa gula" C...